Kerusi malas di bahagian anjung rumah Nek Uza diduduk. Dua hari dia tak keluar dari rumah Nek Uza. Tidur dan termenung saja kerjanya kerana sakit kepala yang menyerbu. Hari ini baru bergerak keluar biarpun hanya ke anjung.
“Hai.” Tegur Arisha.
“Hai bakal isteri.”
Arisha tertawa mendengar gelaran yang digunakan oleh Fajar. Nampaknya mood Fajar dah membaik hari ini.
“Dah sarapan ke belum?”
Fajar angguk.
“Melati cakap awak sakit kepala. Sakit lagi?”
Fajar angguk lagi. Kali ini berserta mulut yang sedikit dimuncungkan. Acah manja sikit! Nak manja lebih-lebih tak boleh. Belum halal.
“Awak makan ubat tak?”
“Makan. Tengok keadaan sekarang, dah berbalik macam dulu. Tak ada peluang untuk kau rasa kasih sayang mak mentua. Kau nak ubah keputusan kau tak?”
“Pasal kahwin ke?”
Fajar angguk mengiakan.
“Tak. Kenapa saya nak ubah keputusan saya?”
“Tengok keadaan sekaranglah. Hidup aku… huru-hara sikit.”
“Biarlah. Yang penting saya faham keadaan awak. Saya kahwin dengan awak sebab saya suka awak.” Arisha menyengih. Tangan sudah menongkat dagu.
“Tebal muka kau depan aku.”
“Saya jujur. Akad nikah nanti macam mana? Nak tunda ke?”
“Tak. Aku sebenarnya nak tanya kau dulu pasal akad nikah tu. Manalah tahu kau tiba-tiba nak ubah keputusan sebab apa yang jadi. Bapak kau nampak keadaan aku. Aku tak tahu apa yang keluarga kau fikir.”
“Bapak tak cakap apa-apa. Dia tunggu saya bercakap dengan awak je. Disebabkan hal awak dengan mak awak, bapak nak tahu kalau-kalau awak nak pilih tarikh lain.”
“Tak ada gunanya pilih tarikh lain. Aku sendiri tak tahu dan tak dapat jamin aku dengan mak aku akan berbaik semula. Memandangkan kau tak nak ubah apa-apa, kita akan teruskan ikut perancangan.”
“Okey.”
Fajar pusing sedikit lalu menongkat dagu. Sepasang mata kembali memandang seraut wajah Arisha.
“Aku tertanya-tanya, ada apa dalam fikiran kau sekarang? Dah tahu keluarga aku ni bermasalah, nak lagi kahwin dengan aku.”
“Masalah dalam keluarga awak takkan beri kesan buruk dekat saya. Kan saya pernah cakap, saya nak tarik awak untuk rasa sebuah keluarga bahagia. Saya takkan lupa janji saya dan saya takkan pernah menyesal buat keputusan nak kahwin dengan awak. InsyaAllah.”
“Kenapa aku rasa kau lagi handal mengurat orang?”
Terhambur tawa Arisha. “Mengurat orang yang tepat kena handal sikit. Risau melepas. Dahlah handsome, comel pula tu bila blushing.”
Fajar kemam bibir, menahan senyum. Kepala dipusing ke arah lain untuk mengelak diri daripada dilihat oleh Arisha. Malu sikit….
“Jom keluar,” ajak Arisha.
“Nak pergi mana? Pukul 8 lagi ni.”
“Pantai. Tok su ajak bapak pergi berkelah hari ni. Saya nak ajak awak sekali. Keluar jalan-jalan hirup udara segar sikit.”
“Aku tak rasa nak keluar. Pakaian pun tak ada kat sini.”
Arisha pandang pakaian yang tersarung pada tubuh Fajar. Berkain batik dan tuala untuk menutup bahagian dada.

YOU ARE READING
UNTUK MENERIMA SEADANYA
Romance[COMPLETE] [FAMILY/ROMANCE] Hilangnya cahaya saat kasih sayang memudar. Kenapa perbezaan itu menyakitinya? Goresan luka menjadi semakin dalam mendengar bait-bait kata daripada ibu kandung. Bukan sekali, malah telah menikam pendengarannya berkali-kal...