Hari Ahad. Okey hari yang paling dibenci oleh para pelajar sekolah. Kejap kejap Farah menguap. Kantuknya masih bersisa. Apatah lagi mendengarkan ucapan pengetua sekolah yang sememangnya membaca 'teks ucapan' bersama sedikit tazkirah ringkas.
Kemudian mata Farah melilau memerhati sekeliling. Ada yang buat homework sembunyi sembunyi, ada yang main conteng conteng buku. Dan...apa apa saja yang dilakukan oleh para murid untuk menghilangkan rasa bosan mereka. Okey majoritinya ramai yang menahan mata daripada terlelap. Hm...that is normal.
Mata Farah tertangkap pada seorang hamba Allah yang handsome dia...hmm Farah hanya tersenyum sendiri. Menikmati pemandangan indah di pagi hari.
'Daripada aku ngantuk bosan dengar pakcik kau membebel kat depan tu, better aku tengok muka crush aku lagi bermanfaat. Ceh!' gumamnya didalam hati.
Firman. Only if you know that I exist. Pandang lah aku walaupun hanya sekali. Pinta Farah di dalam hati.
Sedang Farah leka memerhatikan Firman, tiba tiba satu gumpalan kertas tepat mengena dibatang hidungnya.
"Oh...my...God...! Siapa punya kerja ni!?" Marah Farah. Hening seketika suasana di dataran perhimpunan itu. Menyedari kelantangan suaranya, Farah menayang sengih dua saat. Farah, you and your bad tempered. Please, control!!
"Apa pandang pandang? Ada hutang?" Farah tayang muka tak bersalah setelah membuat bising.
Farah membuka gumpalan kertas itu.
[Hello? Mata kau pandang mana sis?]
Rolling eyes. Tak payah nak pening pening fikir siapa yang hantar sampah ni. Farah segera memandang Jane yang berada di barisan 4 Arif. Jane menjongketkan sebelah keningnya memandang Farah.
Farah sekadar memberikan jelingan sambil flip hujung tudungnya ala ala flip hair gitu yang memberi maksud, 'Hello? Jangan sibuk hal orang please?'
Farah ingin memulangkan semula 'sampah' yang diberi oleh Jane tadi. Namun, pepatah melayu ada mengatakan. Malang tidak berbau~
"Farah..."
Farah terdiam. Eh ada orang panggil nama aku ke? Soalnya sendiri. Kemudian dia memandang depan. Hai lah nasib...encik pengetua sudah bercekak pinggang di hadapan ya. Memohon kerjasama untuk memberikan perhatian. Farah hanya menayang sengih kerang busuknya. Sekali lagi Farah mengalihkan pandangan ke arah Firman.
O.M.G.
Pandangan maut diberikan oleh Firman kepadanya. Haa Farah. Kau nak sangat dia pandang kau kan tadi? Apa lagi?
Farah memberikan senyuman paling manis untuk encik Firman kita. Dan sedikit mini love.
Firman membuat isyarat tangan. Farah fokus kearah gerak tangan Firman. Maklumlah. Rabun sedikit kita ni.
Firman menggenggam buku limanya, mengeluarkan ibu jarinya dan kemudian di leretkan sepanjang lehernya.
Farah menelan liur. Namun dia tersengih kembali dan menghadiahkan Firman sekali lagi mini love bersama kenyitan mata.
"Euw...gedik!" Bisik hati Firman. Nafas dilepaskan kuat sebelum menukar posisi tempatnya berdiri agar tidak perlu menatap wajah perempuan tiga suku itu. Siapa je tak kenal si Farah tu? Weird and brutal.
Farah mencebirkan bibirnya melihat Firman menukar arah. Eleh, ingat dia kacak sangat lah tu! Namun bibir tetap tersenyum apabila Firman membuat isyarat 'Im watching you' dari jauh.
........
"Piannn!!!!!" Farah menjerit memanggil nama Pian. Nada keterujaan amat kedengaran dari suara dan riak wajahnya.
Pian memandang pelik dari jauh. Haih budak ni. Dari jauh dah menjerit jerit. Tak chill lah.
Ewah ewah kau. Sedap betul buat taik mata ya?
"Piannnn, bangun!!!" Panggil Farah lagi.
"Piannnn!!!!!!" Kuasa voltan yang tinggi bersama sentuhan mak ketam. Akhirnya hidup semula si Pian ni.
"Apa ni woi! Kacau aku tidur je! Blah sana main jauh jauh!" Marah Pian.
"Ala Pian, aku ada cerita best ni. Taknak dengar ke?"
"Penting sangat ke cerita tu? Nanti nanti lah kau cerita." Kata Pian sambil mula melabuhkan kepalanya di atas meja semula.
"No!!!!! Kau kena dengar juga! Pian, Pian bangun! Pian bangun! Pian, Pian! Bangun!!" Okey dah macam boleh buat sorakan untuk hari sukan!
"Okey fine. Aku bangun ni. Haa ada apa yang best sangat tu?" Akhirnya Pian mengalah. Dia menongkat dagu memandang Farah. Budak depan aku ni bukan boleh dibuat main. Kang ada jugak dia terbalikkan meja aku ni kang. Tak pun kerusi aku ni dipatahkannya. Haih naya!
"You know what?!!!"
"What?" Pian melihat riak keterujaan diwajah Farah. Ha ni mesti pasal crush dia ni. Okey siap sedia. One...two....
"Aku dapat surat cinta! Yang ke dua dari dia!!!!! Yeahhh!!" Haa kan dah naik 6.5 oktaf daripada 10. Rakan sekelas yang lain tidak menghiraukan. Kerana apa?
#ko ingat kalau ko tegur si Farah ni, dia nak layan? Kang tak pasal pasal mata pen terpacak cantik depan mata kau nanti!
Erghh. Aku dah lah ngantuk ni. Eii budak ni kan!!
"Huh okey. So apa yang kau rasa sekarang?" Soal Pian.
"Weii ofcouse lah....I feel like flying...." Balas Farah sambil berpusing pusing mengelilingi Pian.
"Okey..dah habis?"
"Dah!" Balas Farah sambil mengangguk beberapa kali dengan senyuman yang mekar dibibirnya.
"Okey dah pergi main jauh jauh sana. Beta mahu beradu! Dont disturb me untill teacher Nasuha coming! Kalau tak, kau kena treat aku rehat nanti!" Sesudah Pian memberi amaran kepada Farah, dia terus selamat memasuki alam kematian semula.
"Tak guna punya Pian! Aku punya lah beria cerita kat kau, kau boleh lagi nak tidur. Jangan harap aku nak kejut kau. Biar kau kena berdiri atas kerusi! Uwekk! Farah menjelir lidah kepada Pian. Well kawan tak guna kan? Hahaha.
Ni lah Farah. Farah Nur Syazlin binti Dato' Kamel. Seorang yang hyper, sentiasa berfikiran positif, agak mental sikit orangnya. So beware lah dengan dia ya? Friendly memang friendly tapi haremmm tak suka bergaul dengan orang. Sombong pon boleh gak lah. Eee friendly ke namanya tu? Okey whatever!
Tapi kalau dah berborak dengan dia comfem ah korang yang tak ingat dunia! Bestfriend dia? Tu ha si mangkuk tingkat yang dah mati sekejap tu.
Pian. Nama sebenar Darwish Farhan bin Azrai. Tak handsome langsung! Euww handsome lagi abang pengawas ku kui kui hahaha. Ceh gurau. Ramai peminat babe. Perangai gila gila. Annoying pulak tu!
Bukan lah anak orang senang seperti Farah. Tapi hidup sederhana itu lebih baik bukan? Hehehe. Takpe janji handsome! Okey dah cukup melalut. Bye!
YOU ARE READING
BUDAK
Novela JuvenilAku yang dulu mengejar jasad yang tidak bernyawa. Berharap akan ada keajaiban untuk dia membuka pintu hati untuk aku. Namun, makin aku kejar, makin aku sedar. Ianya hanya sekadar harapan. DIA yang sering berada disisi tatkala hati dilanda kesedihan...