Telefon bimbit Ainul berdering. Jam penggera berbunyi menandakan sudah pukul 6.20 pagi.
Ainul bermalas malas atas katil. Liat sungguh dia untuk bangun pada pagi itu. Memikirkan tanggungjawabnya untuk menunaikan solat subuh, digagahkan juga dirinya untuk bangun.
Setelah selesai solat, Ainul bersiap siap untuk berjoging. Memang itu telah menjadi rutin harian Ainul pada hujung minggu.
Setelah berpakaian lengkap, Ainul menyarungkan tudung berwarna hitam dan bergegas turun ke bawah.
Ainul terserempak dengan Ahmad Ziyad sewaktu dia berjoging di taman rekreasi berhampiran rumahnya. Kebetulan Ziyad juga melakukan aktiviti yang sama. Ziyad lantas menegur Ainul.
"Assalamualaikum Ain. Kenapa hang takdatang kenduri haritu?" Soal Ziyad.
"Waalaikumussalam. Ouhh, sorylah Ziyad. Aku sakit kepala sangat sangat time tu. Itulah aku takdapat datang" jawab Ainul.
"Ouhh, sekarang ni hang dah okay ke?" Soal Ziyad kembali.
"Dah okay dah, hang takpayah risau ok"
Sememangnya mereka lebih selesa membahasakan diri mereka 'aku hang' kerana sudah terbiasa dari kecil. Bunyinya memang agak kasar, tetapi itu lebih menjadikan mereka rapat.
Setelah hampir empat puluh lima minit mereka berjoging, Ziyad mengajak Ainul untuk bersarapan di gerai berhampiran. Namun, Ainul menolaknya kerana alasan ibunya sudah menyiapkan makanan.
"So Ain, hang dah dapat kerja ke belum?" Soal Ziyad lagi.
"Belum. Tapi aku ada dapat offer dekat satu company ni. Minggu depan interview." Balas Ainul sambil menayangkan giginya yang tersusun cantik.
"Ohh. Goodluck. All the best. Aku tau gigi hang lawa, tak payah nak tayang sangat" kata Ziyad sambil terhambur tawanya.
Ainul juga turut ketawa.
Dalam hati Ziyad memuji kecantikan yang dimiliki Ainul. Gadis ini sebenarnya tidaklah secantik para artis, namun wajahnya boleh dikategorikan sebagai cantik.
Setelah lama berborak, akhirnya Ainul meminta diri untuk pulang.
Ziyad hanya memerhati susuk tubuh Ainul yang semakin menghilang itu. Dia sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Ainul.
Berkali kali sudah Ziyad memberi hint, namun Ainul seakan akan tidak mengerti atau pura pura tidak mengerti!
Namun Ziyad tidak akan berputus asa. Dia akan terus berusaha untuk menawan hati gadis itu. Pasti!
Ammar mengemas barangannya untuk pergi bercuti ke Singapura bersama papanya. Dia berasa sedikit teruja kerana dia sudah lama tidak meluangkan masa bersama papanya.
Ammar terdiam sejenak. Dia masih berdendam dengan lelaki yang telah meragut kebahagiaan keluarganya. Dia juga sedang memikirkan Ainul yang merupakan anak kepada lelaki itu!
Ammar mengepalkan tangannya. Geram!
'Aku akan pastikan kau rasa apa yang aku rasa! Ainul Mardhiah!'
Hari ini ialah hari yang di tunggu tunggu oleh Ainul. Hari temuduga untuk bekerja. Ainul harap segala galanya akan berjalan dengan lancar dan dapat diterima untuk bekerja.
Ainul berasa sedikit gementar. Ainul menarik hembus nafas untuk tenangkan diri.
"Cik Ainul Mardhiah" akhirnya namanya dipanggil. Dia segera bangun.
"Cik boleh masuk sekarang" ujar Khairul PA bos di syarikat itu.
Ainul memulas tombol pintu. Dia masuk dan menutup pintu dengan perlahan.
Ainul memberi salam kepada lelaki yang sedang duduk membelakanginya.
Lelaki itu berpaling sambil menjawab salam.
"Walaikumusss.....salam" jawab lelaki itu. Dia terkejut. Matanya membuntang setelah melihat Ainul
Begitu juga dengan Ainul.
'Ammar Rizal' Ainul membutirkan nama itu dalam hati.
ANDA SEDANG MEMBACA
Ternyata Salah Mencintaimu
RomanceKisah perih yang dilalui Ainul Mardhiah sewaktu di bangku sekolah berulang kembali apabila dia bertemu pujaan hati yang enggan menerima cintanya dahulu. Dia benar benar telah melupakan lelaki itu, namun ditakdirkan mereka bekerja di satu pejabat yan...
