Part 19

18K 526 9
                                        

Ainul terjaga lewat pada pagi itu. Mungkin kepenatan. Dia tergesa gesa turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan buat suaminya. Alangkah terkejutnya dia, Ammar telah pun menyediakan sarapan pada pagi itu. Melihatkan Ammar yang lengkap memakai apron, Ainul tergelak kecil.

"Morning Ain. Ni, Am dah sediakan sarapan. Ain duduklah makan" pelawa Ammar.

Ainul masih lagi berdiri terpacak. Terkejutnya masih belum hilang. Ammar yang melihat Ainul masih berdiri itu lantas menarik kerusi untuk Ainul. Perlahan Ainul duduk di kerusi itu..

"Oh, tunggu Am tarikkan kerusi baru nak duduk rupanya. Patutlah tercegat aje" perli Ammar.

Ainul tersengih.

"Ish, bukan macam tu Am. Ain terkejut je tengok Am masak sarapan pagi ni. Hmm, bau macam sedap aje" puji Ainul.

"Bau sedap, rasanya mesti sedap. Jom kita makan" Ammar berkata sambil menarik kerusi.

Ainul pula mencedukkan nasi goreng ke dalam dua pinggan. Ammar kemudiannya membaca doa makan.

"Aaaminnn. Jom kita makan!" Ujar Ammar dengan penuh teruja.

Ainul menyuapkan nasi goreng buatan Ammar itu ke dalam mulut. Ammar pula minum kopi dahulu.

'Ya Allah, tawarnya!' bicara Ainul dalam hati. Namun, dia diamkan saja. Mahu menjaga hati suaminya itu. Dia kemudiannya makan seperti biasa.

Ammar yang baru selesai minum kopi menyuapkan pula nasi goreng itu ke dalam mulut.

Muka Ammar berkerut. Diluahkan kembali nasi itu.

"Ain. Tak sedaplah. Macam mana Ain boleh telan ni. Wekkkk!" kata Ammar, mengutuk masakannya sendiri.

Ainul ketawa.

"Tawar ke masin ke, Ain tetap makan sebab nasi ni special" ujar Ain sambil menyuapkan lagi nasi goreng itu.

Ammar mencebik. 'Yelah special sebab Am yang masak, hehehe'

"Sudahlah Ain, jangan makan lagi. Kita beli ajelah ye? Am taklalu lah makan masakan sendiri" pinta Ammar.

"Hahaha, okaylah Am" Ainul lega. Sekurang kurangnya dia tidak perlu memakan lagi nasi goreng itu.

Ainul berpaling ke jam dinding. Dia terkejut.

"Am, Am dah lambat pergi ofis!" Jerit Ainul.

Ammar juga tergesa gesa melihat jam.

"Alamak! Am lupa. Jom Ain, ikut Am pergi ofis. Lepastu kita pergi makan. Kesian Ain lapar. Jom siap cepat" arah Ammar.

Ainul mengangguk seraya naik ke bilik untuk bersiap. Begitu juga Ammar yang kelam kabut memakai pakaian kerjanya.

Setelah siap, Ainul segera turun ke bawah.

"Ain siap dah? haa jom" kata Ammar sambil memakai jam tangan.

Melihatkan tali leher Ammar yang senget, Ainul menghampiri suaminya itu.

"Am, meh sini. Tie tu, senget" kata Ainul sambil membetulkan tali leher Ammar.

Tatkala itu, Ammar merenung wajah mulus Ainul. Ainul mengangkat wajahnya sedikit. Kini, mata mereka saling bertentangan. Jantung Ammar berdegup kencang.

Setelah selesai membetulkan tali leher Ammar, Ainul berundur.

"Am acah je. Am kan bos. Suka hati Am lah nak datang awal ke nak datang lambat" kata Ammar sambil tersengih.

"Yelah Am. Sebagai bos, kenala tunjuk teladan yang baik" ujar Ainul.

"Dah dah, jom kita pergi makan dulu" kata Ammar justeru menuju ke kereta.

Setelah selesai makan, mereka menuju ke ofis Ammar. Ainul melihat bangunan itu dengan penuh keterujaan. Ainul sebetulnya merindui tempat ini. Tempat Ainul bekerja dahulu.

"Tengok apa sampai macam tu sekali? Rindu?" Tegur Ammar kepada Ain yang kelihatan teruja.

"Rindulah sikit" ujar Ainul sambil tersenyum.

Ammar menguak pintu bilik pejabatnya dan menjemput Ain masuk. Pekerja pekerja di situ melihat dengan penuh tanda tanya.

Suryani, rakan sepejabat Ainul dahulu menegurnya.

"Ain. Lama sungguh tak jumpa hang. Pasaipa hang berenti lagu tu ja? Morning bos!" soal Suryani seraya mengucapkan selamat pagi kepada Ammar.

"Morning. Am masuk dulu ya" balas Ammar sambil tersenyum dan berbisik kepada Ainul.

"Saja je Yani. Nak jadi suri rumah yang berjaya pulak" jawab Ain bersahaja.

"Amboi hang sejak menikah dengan bos ni, happy memanjang" puji Suryani.

Ainul tersentak.

'Aku baru aje happy start semalam!' Ainul berkata kata dalam hati. Ainul sekadar tersenyum kelat.

"Okay lah Ain. Aku sambung buat kerja dulu noh. Sat lagi bos marah pulak" pamit Suryani. Ainul hanya mengangguk faham.

Ainul mengetuk pintu bilik Ammar dan terus masuk.

"Haa, Ain. Ain nak duduk kat sofa ke nak duduk kat sini?" soal Ammar sambil menepuk nepuk pahanya. Ammar tersengih.

"Takpelah Ain duduk kat sofa aje" jawab Ainul. Dia mencapai majalah di bawah meja untuk di baca.

Tiba tiba pintu biliknya dibuka. Kelihatan Dayana yang berpakaian seksi, hanya berskirt atas paha dan berbaju tanpa lengan.

"Morning sayang" ucap Dayana tanpa menyedari kehadiran Ainul di sofa. Ammar terkesima melihat Dayana tiba tiba muncul.

Dayana terus menghampiri Ammar dan duduk di samping Ammar.

'Cis, minah menggeletis datang! Hey, patutnya aku yang duduk di situ tadi!' Ainul menjerit dalam hati.

Ammar bingkas bangun dan menuju ke arah Ainul. Dia lantas duduk di samping Ainul.

"Ouhh, bitch ada di sini rupanya. Kau buat apa kat sini ha? Menyemak aje!" Lancang Dayana mengherdik Ainul.

"You lah menyemak! You buat apa di sini ha? Jangan sesedap mulut aje cakap Ain ni bitch! You cermin dulu diri you" tengking Ammar.

'Yes yes yes,! Ammar back up aku!' Ainul bersorak dalam hati.

Dayana hanya menjongket kening dan tersenyum sinis.

"I nak you pergi balik. Jangan ganggu I lagi! Now, get out!" Tengking Ammar lagi.

"No, taknak. I nak duduk sini" Dayana masih berdegil. Dia terus menuju ke kerusi milik Ammar.

"Fine, you duduk sini" Kata Ammar sambil menarik tangan Ainul. Mereka berdua keluar dari bilik itu.

Dayana terlopong. Ditumbuknya meja itu tanda geram. Dia mengetap bibir.

'Its okay perempuan, today is your day. Next time would be mine' Dayana tersenyum sendirian.

Huhu, sory sangat kalau tak best :(
Teruskan comment untuk saya perbaiki. Jangan lupa vote. Terimakasih..

Ternyata Salah MencintaimuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang