"Alhamdulillah" Ainul memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah. Ainul diterima bekerja di syarikat tersebut.
Ainul berasa hairan. Bukankah Ammar membenci dirinya? Tapi kenapa Ammar terima dia bekerja?
Ainul beranggapan bahawa dia akan ditolak mentah mentah, namun perkara sebaliknya berlaku.
"Kau lagi. Kau sengaja ikut aku, kerja sini, sebab kau nak goda aku kan. Kau jangan mimpilah nak dapatkan aku" kata Ammar, Perlahan namun menusuk hati.
Ainul menarik nafas sedalam dalamnya. Dia mencuba untuk mengawal amarahnya.
"Encik. Saya Ainul Mardhiah. Saya datang untuk temuduga" Ainul cuba bersikap professional.
Ammar membetulkan kot. Dia berdehem kecil.
"Duduk!" Arah Ammar.
Perlahan Ainul menghampiri kerusi itu.
Ainul tertunduk.
Ammar tersenyum manja kepada Ainul. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya . Ini merupakan peluangnya untuk membalas dendam!
"Okay saya minta maaf ya, Ainul?" Kata Ammar sambil tersenyum.
Sesi temuduga berjalan seperti biasa.
Ammar bersiul siul kecil menghampiri kereta miliknya dan masuk lantas menghidupkan enjen kereta. Dia tersenyum kecil mengingatkan Ainul. Dia membayangkan apa yang bakal dilakukannya untuk misi membalas dendam.
Mengapa Ammar terlalu membenci Ainul sedangkan bukan gadis itu yang bersalah? Bukankah gadis itu pernah bertakhta di hatinya tanpa diketahui gadis itu suatu ketika dahulu?
Benarlah kata orang dendam mengaburi segala galanya.
Ainul berasa sedikit lapang mengenangkan Ammar yang mungkin sudah tidak membencinya lagi.
Dia berasa bahagia tatkala Ammar melayaninya dengan baik. Inilah kali pertama seumur hidupnya lelaki itu bersikap baik terhadapnya.
Ya, Ainul mula jatuh cinta kembali kepada Ammar!
Ainul memulakan kerjanya dengan sepenuh tumpuan.
Namun, Ainul juga perasan bosnya, Ammar acapkali memerhati gerak gerinya.
Ainul berasa tidak selesa. Pergerakannya terasa kekok. Ammar seringkali melemparkan senyuman yang menggoda kepada Ainul. Jantung Ainul berdegup kencang. Hatinya berbunga bunga. Perasaan sukanya terhadap Ammar kini kembali bertamu. Namun, segera Ainul menepis perasaan tersebut. Tidak mahu terlalu berharap.
Ammar datang menghampiri Ainul. Ainul terasa hendak melarikan diri, namun tidak sempat.
Ammar terbatuk batuk kecil. Senyuman semanis krimer pekat sekali lagi dilemparkan. Ainul tersenyum kelat. Jantungnya berdegup kencang bagai baru selesai berlari seratus meter!
"Ainul. Sudi tak keluar lunch dengan saya?" Pelawa Ammar.
Ainal menelan air liur.
'Ya Allah. Dia ajak aku lunch! Nak pergi ke tak, nak pergi ke tak' Ainul berkira kira di dalam hati.
"Diam tanda setuju." Ammar bersuara.
"Okay let's go" sambung Ammar. Dia terus berlalu.
Ainul masih lagi tercegat. Ammar yang sudah berada di hadapan berhenti seketika dan berpaling.
"Come on" Ammar berkata sambil tersenyum lagi.
Ammar sengaja ingin mencuri hati gadis itu kerana dia tahu gadis itu pernah menyukainya. Setelah gadis itu jatuh hati dan berharap padanya, dia akan buat gadis kecewa dan merana. Itu rancangannya!
Ainul menapak perlahan menuju ke arah Ammar. Ammar kemudiannya berjalan dan tersenyum sinis.
'First step, done!' Bisik Ammar dalam hati.
Gaissss okay ke tak cerita ni?? Please comment apa yang perlu diperbaiki :) jangan lupa vote sekali. Hehehe, terimakasihh :)
ANDA SEDANG MEMBACA
Ternyata Salah Mencintaimu
RomantikKisah perih yang dilalui Ainul Mardhiah sewaktu di bangku sekolah berulang kembali apabila dia bertemu pujaan hati yang enggan menerima cintanya dahulu. Dia benar benar telah melupakan lelaki itu, namun ditakdirkan mereka bekerja di satu pejabat yan...
