Part 18

18.5K 600 6
                                        

Fakhrurrazi memapah Ziyad ke dalam rumahnya. Luka di wajah Ziyad kelihatan agak teruk. Ada darah yang mengalir lewat mulutnya.

"Hang okay tak ni Ziyad? Jomlah aku bawak pergi klinik" soal Razi. Cemas!

"Takpa takpa, aku okay. Sorylah Razi oi, nampaknya plan kita nak pergi mancing tak jadi. Tak pasal pasal aku kena tumbuk tadi" Ziyad berkata kepada Razi.

"Itulah, lahanat punya adik ipar. Puas aku dapat tumbuk muka dia" Razi memaki Ammar sambil tangannya dikepalkan.

"Huish Razi, apa cakap macam tu. Tak baik tau!" Tegur Puan Safura seraya menampar bahu Razi.

"Sorylah ibu. Razi emosional" kata Razi sambil membuat gaya ingin menangis.

Ziyad terhambur tawanya. Namun hatinya juga turut merasakan apa yang Razi rasa. Geram, rasa ingin menghadiahkan sebiji penumbuk ke pipi Ammar sebagai balasan!

                      ***********

Ainul sekadar membuntuti Ammar masuk ke rumah. Ammar menuju ke bilik untuk mandi. Begitu juga dengan Ainul.

Usai mandi, Ammar merebahkan diri di sofa ruang tamu. Dia menyentuh pipinya yang bengkak.

"Tskkk, aduhh" Ammar mengaduh.

Ainul yang telah selesai menyediakan makanan menjenguk Ammar di ruang tamu.

'Hm tidur?'

Ainul mengambil first aid kit. Dia lantas duduk di samping suaminya. Di tenung wajah Ammar yang bengkak akibat ditumbuk oleh abangnya.

Terdetik rasa kasihan terhadap suaminya itu. Dia berasa sedikit gembira kerana Ammar sudi menjemputnya pulang ke rumah.

Ainul menuangkan ubat pada kapas, dan menyapu lembut ke pipi Ammar yang bengkak. Air matanya tiba tiba sahaja terbit dari tubir mata.

Ammar terjaga setelah merasakan ada sesuatu yang menyentuh pipinya. Ainul segera ingin bangkit, namun Ammar pantas memegang pergelangan tangan Ainul. Langkah Ainul terhenti. Tarikan tangan Ammar itu memaksa Ainul duduk di samping Ammar.

Ammar mengesat air mata di pipi Ainul. Seraya berkata....

"Ain, maafkan Am. Am tahu Am dah banyak lukakan hati Ain. Am tak pernah hargai Ain."

Ainul terpana. Ainul terus mengalirkan air mata. Namun, kali ini merupakan air mata kegembiraan.

Ammar mencapai tangan Ainul, lalu dikucup tangan yang sering menyediakan kelengkapan dirinya, namun tidak pernah dihargai oleh Ammar.

"Am tak buat salah apa pun pada Ain. Ain yang patut minta maaf sebab tinggalkan Am"  kali ini, Ainul pula yang mencium tangan suaminya itu.

Ammar menarik Ainul ke dakapannya. Setelah sekian lama, baru Ainul dapat merasakan pelukan hangat dari lelaki yang dicintainya. Baru kini dia merasakannya.

Ammar juga telah lama mengidamkan saat saat ini. Kini, dadanya terasa sedikit lapang.

Tatkala berada di dakapan Ammar, Ainul terdengar bunyi sesuatu dari perut Ammar.

Ainul mengangkat kepalanya.

"Am lapar eh?" Soal Ainul.

"Mana Ain tau?" Soal Ammar hairan.

"Tuuuu, berbunyi" Ainul memuncungkan mulutnya ke arah perut Ammar.

Pecah ketawa mereka berdua saat itu.

"Jomlah makan. Ain dah lama siapkan makanan tu" pelawa Ainul.

"Lah, yeke? Kenapa tak bagitau awal awal? Kalau tak, takde la bunyi perut Am ni" kata Ammar sambil tersengih.

"Ain nak cakap tadi, tapi ada drama pulak, layan jelah dulu" Mereka berdua tertawa lagi lantas bergerak menuju ke meja makan.

Ainul memanjatkan syukur kepada hadrat Ilahi. Akhirnya, doanya itu dimakbulkan. Air mata kegembiraan sekali lagi terbit.

Azan Isya berkumandang. Ainul dan Ammar juga telah selesai makan.

"Ain, lepas ni boleh kita solat Isya berjemaah" pinta Ammar.

"Boleh sangat tu Am. Ain dah lama teringin nak Am jadi imam" kata Ainul sambil mengemas pinggan mangkuk.

"Eh Ain, sini. Biar Am angkatkan. Ish, berat tu. Biar Am buat. Ain pergi naik atas dulu" arah Ammar.

"Takpela Am. Kita buat sama sama. Bergotong royong amalan mulia" seloroh Ain.

Ammar tersenyum.

'Pandai bini aku buat lawak' getus Ammar dalam hati.

Sory update lambat, sebab busy sikit. InsyaAllah malam nanti pulak. Sory sangat sangat kalau takbest and ada kekurangan. Sila comment dan jangan lupa vote. Thanks :):):)

Ternyata Salah MencintaimuCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang