Setelah mendengar penjelasan dari Donnie dan melihat beberapa bukti kukuh, Ammar dan Ziyad menghantar Donnie ke klinik. Kos perubatan juga ditanggung sepenuhnya oleh Ammar.
"Bro, apa apa contact aku. Terima kasih la sudi bawak aku pergi klinik. Sekarang aku team kau!" Ujar Donnie. Dia membuat gaya high five pada Ammar dan juga Ziyad.
Donnie berlalu pergi. Segala bukti telah diserahkan pada Ammar.
"Ziyad, aku nak ucapkan terima kasih sebab tolong aku. Yang paling penting sebab kau percaya kat aku" ujar Ammar.
"Takpe lah bro, tugas aku sebagai kawan kau dan Ain" kata Ziyad sambil menepuk bahu Ammar.
Ammar tersenyum.
"Aku tau aku ada banyak buat kau sakit hati. Aku mintak maaflah sebab tu" sambung Ammar lagi, kali ini berserta dengan sengihan.
Ziyad tergelak.
"Memang pun. Sakit hati aku. Serius perangai kita macam budak budak. Jumpa gaduh jumpa gaduh" ujar Ziyad. Pecah tawa mereka berdua.
Ammar menghulurkan salam. Ziyad menyambut serta pelukan.
"Sekarang, aku pun team kau!" Kata Ziyad setelah meleraikan pelukan.
Mereka ketawa sekali lagi.
"Tapi aku tak tahu mana nak cari Ain"
"Takpe, nanti kita akan jumpa dia jugak. Sekarang ni kita fikir macam mana nak buat Ain yakin dengan kau and macam mana nak settle si lahanat tu" jawab Ammar.
"Macam mana kalau Ain tak percaya" Ammar bimbang. Dia ragu ragu.
"Kau kena yakin Am. Takpa aku ada backup kau. Donnie pun ada, kan kita satu team" ujar Ziyad untuk meyakinkan Ammar.
"Af, hang nak pergi mana?" Soal Ainul yang sedang mengunyah kerepek. Sejak mengandung, dia kini kuat makan!
"Aku nak pergi market kejap. Hang ada nak kirim apa apa ke?" Soal Afrina
"Belikan aku cadburry. Beli tiga. Nah duit" pesan Ainul sambil menghulurkan not lima puluh.
"Amboi, sampai tiga sekali. Hang ni kuat makan kan sekarang ni. Pregnant apa?" Soal Afrina.
Ainul sekadar tersengih.
"Haha, okaylah aku pergi dulu" pamit Afrina.
"Thanks Af!"
Afrina sedang leka memilih barang barang dapur. Tiba tiba dia disergah oleh seorang lelaki. Afrina terkejut.
"Ya Allah, Ziyad. Lemah jantung aku dibuatnya. Hang ni kejenye sergah orang je kan? Ish" marah Afrina.
"Hahaha, lama tak sergah hang. Lama tak jumpa hang noh"
"Tulaa lama la gak. Tulaa aku sibuk sikit." Ujar Afrina.
"Oh samalah aku pun sibuk gak ni. Amboi, banyak beli cadburry. Mengidam ke?" Soal Ziyad.
"Haha tulah, Ain kir....." Afrina terlepas cakap.
'Ain? Ohh, Ain ada kat rumah hang' bisik hati Ziyad.
"Siapa kirim?" Soal Ziyad, berpura pura tidak dengar
"Ermm, adik aku Airin. Okaylah Ziyad aku gerak dulu!" Afrina ingin cepat berlalu.
"Ehh, cepatnya? Takut ke sebab dah kantoi?" Soal Ziyad sambil tersengih.
Afrina turut tersengih, kepala yang tidak gatal digaru.
"Hang jangan bagitau sapa sapa Ziyad. Tau?"
"Aku tak bagi tau sape sape, jangan risau. Aku bagitau laki dia je" Ujar Ziyad.
"Jangan! Ain tak bagi!"
"Kenapa? Kesian laki dia tau tak, jiwa kacau!"
"Hm. Bagusla macam tu. Sampai bila nak macam ni je. Tapi. Kau jangan bagitau dia, aku yang bagitau kau. Tau?!"
Ziyad ketawa. Wajah gadis itu jelas ketakutan.
"Ye, aku janji"
Afrina melemparkan senyuman sebelum berlalu pergi. Jantung Afrina berdegup kencang setelah berjumpa dengan Ziyad.
Ya, Afrina telah lama menyukai Ziyad. Namun dipendamkan saja kerana dia tahu Ziyad suka kepada Ainul. Dia juga sedikit kecewa saat Ziyad bertunang dengan Ainul
Namun, kini Ainul sudah bersuami. Adakah ini peluangnya untuk mendapatkan Ziyad?
Afrina menggeleng geleng. Dia tersengih sendirian.
Di rumah, Afrina tidak lekang dari senyumannya. dia kelihatan happy saja.
"Ai Af, hang kenapa? Asyik tersenyum sorang sorang je dari tadi" tegur Ainul.
"Takde apelah Ain" jawab Afrina sambil tersengih.
"Ish, mana boleh takde ape. Ni mesti ada something" Ainul penasaran.
"Aku.... aku jumpa Ziyad tadi" ujar Afrina.
"Owhhh patutlah happy semacam je. Af! Kau ada bagitau dia aku kat sini?" Soal Ainul.
"Ish, takdelah. Mana ade. Jangan risau" Afrina cuba meyakinkan Ainul.
Ainul menarik nafas lega.
Ziyad menghubungi Ammar.
"Hello. Bro aku tau Ain kat mana"
"Serius ke?! Kat mana weh?!"
"Takpe, kita lepak kat kedai semalam. Aku ada plan untuk kau"
Huhu, sory kalau tak best. Kekurangan idea, hahah. Apa apa pun komenlah apa yg patut. Kalau sudi vote dan follow. Thanks :):)
ANDA SEDANG MEMBACA
Ternyata Salah Mencintaimu
RomansaKisah perih yang dilalui Ainul Mardhiah sewaktu di bangku sekolah berulang kembali apabila dia bertemu pujaan hati yang enggan menerima cintanya dahulu. Dia benar benar telah melupakan lelaki itu, namun ditakdirkan mereka bekerja di satu pejabat yan...
