Part 20

17.5K 522 4
                                    

Telefon Ammar berdering pada pukul lima pagi mengganggu lenanya. Matanya hanya dibuka sebelah sahaja untuk melihat skrin.

"Hello? Ya papa?" Soal Ammar kepada papanya.

"What?! Alright, Am pergi ke sana sekarang" Ammar bingkas bangun dan memakai pakaian untuk ke hospital. Mak Long dikejarkan ke wad kecemasan kerana mengalami sesak nafas.

Dia melihat Ainul sedang tidur dengan nyenyak sekali. Dia tidak sampai hati untuk mengejut isterinya itu. Biarlah dia pergi sendirian sahaja. Dia sempat mengucup pipi isterinya yang sedang tidur itu lalu terus bergerak keluar.

Ainul terjaga dari tidurnya. Dia menjeling ke sebelah.

'Aik. Takda? Takkan buat sarapan lagi kot?' Ainul tertanya tanya dalam hati.

Dia terus bangun dari katil dan segera menjenguk ke tingkat bawah.

"Takda pun. Ke mana dia pergi?" Ainul bermonolog.

Telefon bimbitnya berdering. Tertera nama suaminya di skrin. Dia berasa sedikit lega.

"Hello asalamualaikum Ain"  ucap Ammar.

"Hello, ya walaikumsalam. Am kat mana sekarang ni?" Soal Ainul yang bernada risau.

"Am kat hospital. Mak Long, dia sesak nafas" jawab Ammar.

Ainul terkejut mendengarkan berita itu.

"Ain siap cepat, nanti Am ambik Ain kita jenguk Mak Long"

Ain segera bersiap siap sebelum Ammar datang mengambilnya.

                       


Orang ramai terpaksa memapah Ziyad yang terbaring di tengah jalan. Ziyad terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya. Mujurlah dia mengalami kecederaan ringan sahaja. Namun luka dilengannya itu nampak serius.

Ziyad dihantar oleh orang awam ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ziyad akui dia agak leka sepanjang  dia menunggang motosikalnya. Dia seringkali teringat akan Ainul. Ahh, ini sudah parah!




Ainul dan Ammar memasuki bilik yang menempatkan Mak Long. Kelihatan Mak Long yang sudah menyedarkan diri itu tersenyum ke arah mereka berdua.

"Asalamualaikum Mak Long. Maaflah Ain lambat jenguk Mak Long. Abang Am ni haa, boleh pulak dia tinggalkan Ain" ujar Ainul kepada Mak Long sambil menarik muncungnya ke arah Ammar.

Ammar membulatkan matanya kepada Ainul. Ammar suka jika Ainul memanggilnya dengan panggilan Abang.

"Dah dia tu tidur lena sangat, sampai orang cium pipi dia pun dia tak sedar" seloroh Ammar.

Ainul mencubit manja lengan suaminya. Malu benar dia di hadapan Mak Long.

Mak Long sekadar tersenyum melihat telatah anak buahnya dan isteri.

"Ain dah makan ke belum?" Soal Ammar.

Ainul menggeleng. Manalah sempat untuk dia bersarapan. Bangun bangun sahaja sudah risau melihat suaminya itu tiada di rumah.

"Alolo kesiannya dia. Jomlah kita pergi kafeteria. Jom jom" ajak Ammar.

Ainul memandang Ammar tidak berkelip.

"Jomlah. Mak Long, nanti kami datang balik ya. Nak bawak tuan puteri ni pergi makan" pinta Ammar sambil menarik tangan Ainul.

Mereka berdua keluar menuju ke kafeteria.

"Em, Ain pergi dulu ya. Abang nak pergi toilet jap" Ammar menggelarkan dirinya Abang.

Ainul berkerut. Ainul mencapai tangan suaminya itu. Ammar kalih.

"Belakang Mak Long pun nak kena panggil Am 'abang' ke?" Soal Ainul.

Ammar tersenyum seraya mengangguk. Dia mengenyitkan matanya kepada Ainul. Ammar segera menuju ke tandas. Ainul masih berdiri terpacak di situ memandang susuk tubuh suaminya yang semakin menghilang.

'Ala, pergi tandas je pun. Takkan nak rindu pulak' kata Ainul dalam hati. Dia tersenyum sendirian dan terus memusingkan badannya.

Ainul terlanggar bahu seseorang. Dia mengaduh kerana rempuhan itu agak kuat. Dia memandang lelaki itu dan meminta maaf.

"Eh, Ziyad hang buat apa kat sini?" Soal Ainul sambil menggosok gosok bahunya yang sakit. Matanya menyorot ke tangan Ziyad yang berbalut itu.

"La tangan hang ni pasaipa? Accident ke?" Soal Ainul sambil menyentuh perlahan lengan Ziyad yang berbalut itu.

Ziyad mengaduh. Sengaja! Padahal tidak rasa sakit pun.

"Auch, sakit ke? Alamak sory sory" pinta Ainul.

Ziyad tertawa. Begitu juga Ainul. Ammar yang baru keluar dari tandas itu menyaksikan dari jauh kemesraan mereka. Ammar mempercepatkan langkahnya menuju ke sana.

"Haah, aku jatuh motor tadi. Jatuh sendiri. Ingat kat hang la jadi macam ni" Ujar Ziyad bersahaja.

Ammar muncul di antara mereka berdua. Ammar terbatuk batuk kecil.

"Jom Ain" Arah Ammar sambil menarik tangan isterinya untuk pergi dari situ. Sakit matanya melihat Ainul rapat dengan Ziyad! Begitu juga hatinya. Sakit! Geram!

"Abang janganlah laju sangat jalan tu" tegur Ainul yang kepenatan mengikut langkah Ammar.

Ammar senyap.

"Abang kenapa?" Soal Ainul.

Ammar memandang tepat kedua dua anak mata Ainul.

"Ain, jangan buat abang jealous boleh tak?" Pinta Ammar.

'Lah, takat bersembang je, takkan jealous?' Ainul berkata dalam hati.

"Yelah yelah, Ain mintak maaf. Tau? Senyumlah sikit, masam aje. Tak handsome dah" Ainul menyuruh suaminya untuk senyum.

Akhirnya Ammar mengukirkan juga senyuman. Namun tidak tahulah ikhlas atau tidak. Maklumlah, perasaan cemburu menguasai dirinya!

Sorry sangat sangat kalau tak best. Saya tahu banyak kekurangan. Harap comment dan vote ya! Terima kasih :):):)

Ternyata Salah MencintaimuWhere stories live. Discover now