Part 35

12.6K 385 8
                                        

'Kahwin?'

Ainul tersentak. Dia melepaskan pegangan tangan Ammar. Sakit hatinya mendengar ungkapan Ammar sebentar tadi. Dia terus meluru ke atas. Ammar mengangkat kepalanya dan memerhati kelibat tubuh yang semakin menghilang itu.

Ammar kembali meletakkan kepala di sofa. Dia bersiul siul kecil. Senang hati agaknya! Tidakkah dia tahu bahawa dia sudah melukai hati seorang wanita yang bergelar isteri kepadanya? Sejak Ammar hilang ingatan, Ainul tidak pernah dianggap sebagai isteri. Bagi Ammar, Ainul hanyalah orang asing dalam hidupnya.

Ainul mencapai bantal. Di tekupnya wajah di atas bantal tersebut. Air mata berlinangan. Dia sedih mengenangkan suaminya yang ingin berkahwin lain. Ainul bingung. Apakah kekurangan dirinya sehingga Ammar tega ingin berkahwin lagi? Tidak cukupkah kasih sayang yang dicurahkan selama ini?

Ammar seringkali membuat hatinya terluka. Bahagia yang dia kecapi bersama Ammar rupanya hanya sementara. Sakit hati pula yang harus ditanggung selama lamanya. Sungguh, dia dibebani rasa kecewa yang teramat sangat!

'Abang. Kenapa abang buat Ain macam ni? Ain bersabar dengan abang selama ini. Ini balasan abang pada Ain? Siang malam Ain berdoa agar abang cepat sembuh, ingat semula detik detik indah kita. Tapi sekarang abang nak cipta kebahagiaan dengan orang lain pulak' rintih Ainul. Jujur, dia letih dengan semua ini!

Ainul hampir putus asa dengan Ammar. Dia kecewa teramat sangat. Ternyata, Ammar lebih bahagia bersama Dayana. Ainul redha!

Ainul akhirnya terlena ditemani air mata.

*************

Ainul mengemas ngemas barangannya. Bagasinya kelihatan sarat dengan kesemua pakaiannya. Dia segera turun ke bawah mengheret beg pakaiannya itu. Berat sungguh!

Ammar yang berada di dapur itu segera menghampiri Ainul.

"Eh nak ke mana pulak ni?" Soal Ammar.

"Ain nak balik rumah ibu" jawab Ainul acuh tak acuh. Dia kini tawar hati dengan suaminya sendiri.

Ammar memeluk tubuh.

"Nak buat apa pergi sana? Siapa nak masakkan untuk aku nanti?" Soal Ammar.

"Am kan nak kahwin lagi nanti. Am suruhlah isteri baru Am masak. Ain nak Am lepaskan Ain" tegas Ainul. Kini, dia tidak lagi memanggil Ammar dengan panggilan abang.

Ainul lantas menepis tubuh Ammar dan berlalu pergi. Namun, jauh di sudut hati, Ainul berharap agar Ammar menghalang kepergiannya itu. Tapi Ammar membiarkannya. Mungkin, Ammar lebih bahagia tanpa Ainul disisinya.

'Kenapa abang tak halang Ain?' Ainul mengeluh. Jadi benarlah, Ammar sudah tidak memerlukan dirinya lagi. Ainul melangkah dengan rasa hampa.

Dia memberi salam setelah sampai ke rumah ibunya.

"Eh, Ain?" Puan Safura hairan. Mengapa anaknya itu pulang? Pasti ada sesuatu yang berlaku antara dia dan Ammar.

"Ain balik rumah ibu ni mesti sebab gaduh dengan Ammar" Puan Safura menduga.

Ainul tersenyum.

"Semuanya dah berakhir ibu. Ain dan Ammar dah takda apa apa lagi. Ain mintak Ammar untuk lepaskan Ain" ujar Ainul. Puan Safura terkejut.

"Kenapa boleh jadi macam tu? Takda jalan penyelesaian lain ke Ain?" Soal Puan Safura. Sungguh dia terkejut mendengarnya.

Ainul menggeleng.

"Takda jalan dah ibu. Yang ada cuma jalan mati. Dia nak kahwin dengan perempuan lain ibu. Ain mintak dia lepaskan Ain masa nak pergi rumah ibu, dia tak halang Ain pun. Maknanya dia betul betul nak lepaskan Ain" ujar Ainul panjang lebar. Kali ini air matanya tidak dapat ditahan lagi. Dia menangis dalam dakapan ibunya.

Puan Safura menepuk nepuk belakang Ainul meminta agar Ainul bersabar. Segala yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.

Awiy yang terkejut dengan kehadiran kakaknya itu segera meluru ke arah Ainul.

"Eh, kakak, kenapa ni?" Soal Adawiyah.

Ainul menyeka air matanya. Dia mengukirkan senyuman.

"Takde apelah Awiy" bohong Ainul.

"Akak. Awiy bukan budak budaklah. Ceritalah kat Awiy kak"

Ainul menghela nafasnya.

"Takde ape Awiy, betul. Akak cuma gaduh sikit je dengan Abang Am. Jangan risau, sikit aje"

Awiy mengangguk lantas memeluk tubuh kakaknya. Dia sangat merindui kakaknya itu.


Ammar terasa sunyi tatkala ini. Kebiasaannya, dia akan terdengar bunyi bunyian di dapur. Tapi kini sudah tiada. Dia menghela nafas.

Dia lantas mencapai telefon bimbitnya. Dia mendail nombor milik Dayana untuk mengajak dia keluar.

"I'll pick up you!"

Talian di matikan. Ammar bingkas bangun untuk bersiap.



"Asalamualaikum!" Ziyad memberi salam.

"Walaikumussalam. Abang Ziyad, ada apa?" Adawiyah menyoal Ziyad.

"Abang ada bawak lepat pisang. Mak abang buat, dia suruh kirim kat makcik" ujar Ziyad lantas tersenyum.

"Terima kasihh. Abang taknak masuk dulu ke? Kak Ain ada kat dalam"

"Kak Ain ada kat dalam? Buat apa? Suami dia ada?" Soal Ziyad.

"Takda. Ada masalah rumahtangga sikit" Adawiyah membuat isyarat berbisik kepada Ziyad.

"Em, Awiy boleh panggil kak Ain kejap tak?" Pinta Ziyad.

"Okay. Kak!!! Abang Ziyad datang ni. Nak jumpa akak!" Laung Adawiyah

Ainul segera turun apabila Awiy memekik namanya.

"Awiy masuk dulu ya. Taknak ganggu" usik Adawiyah.

"Ain. Ammar buat apa pulak kali ni?" Soal Ziyad.

Ainul hanya terdiam.

"Aku nak dia lepaskan aku" ujar Ainul

Ziyad ternganga.

"Kenapa Ain?" Soal Ziyad lagi.

"Dia... Nak kahwin dengan Dayana"

'Pulak? Kurang ajar Ammar!' Ziyad menjerit dalam hati. Dia menumbuk dinding lalu segera meninggalkan Ainul.

"Ziyad! Ziyad! Hang nak pergi mana?" Soal Ainul.

"Aku nak ajar si Ammar!" Laung Ziyad. Kelibatnya langsung hilang dari pandangan

Sory kalau tak best. Comment lah apa yg patut, cadangan ke teguran ke. Kalau sudi, vote dan followlah saya. thanks :):):)

Ternyata Salah MencintaimuCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang