Part 22

14.4K 496 12
                                        

Ammar terlopong setelah doktor memberitahu perkara yang sebenar. Dia seolah olah tidak mempercayainya.

"Terima kasih doktor, terima kasih doktor" ucap Ammar sambil menggoncang goncang tangan Doktor itu. Mukanya jelas terpancar kegembiraan.

"Ya sama sama. Isteri kamu dah boleh di bawa pul......." belum sempat doktor itu menghabiskan ayatnya, Ammar sudah meluru keluar untuk mendapatkan Ainul.

Doktor itu menggeleng geleng seraya tersenyum melihat tingkah Ammar yang kelihatan teruja itu. Dia faham benar perasaan lelaki apabila mendengar berita sebegitu.

"Ain? Hang okay tak?" Soal Ziyad yang terlebih dahulu masuk menjenguk Ain.

"Aku okay ja" jawab Ainul ringkas.

Ammar pula baru muncul.

"Ehem" Ammar terbatuk kecil.

Ziyad dan Ainul berpaling ke arah Ammar.

"Aku ni kau taknak tanya okay ke tak?" Soal Ammar menyindir Ziyad. Keningnya dijongketkan.

Ainul tersenyum kecil melihat suaminya yang cemburu itu. Namun dia bimbang cemburunya itu akan menjejaskan perhubungan di antara mereka bertiga.

"Kan kau boleh berjalan, siap boleh angkat Ain tadi. Mestilah kau okay kan, tak payah la aku nak tanya lagi" balas Ziyad.

Ammar mencebik. Ammar dan Ziyad asyik berperang mulut saja sejak dari tadi. Ziyad terlalu mengambil berat soal Ainul. Ammar pula terlalu cemburu melihatnya.

"Sudah sudah. Apela gaduh macam ni. Macam budak kecik ajelah" akhirnya Ainul mencelah. Rimas dengan mereka berdua yang asyik berperang mulut.

"Dah jom sayang kita balik" pelawa Ammar dengan memanggil Ainul 'sayang'. Sengaja ingin membuat Ziyad sakit hati!

Ziyad membuat muka menyampah. Ammar tersenyum tanda puas.

'Hahahahaha, rasakan! Nak menggatal dengan bini aku ya?' Ammar ketawa dalam hati.

"Aku balik dulu ya Ziyad" ujar Ainul. Ammar pula melajukan langkahnya keluar dari situ sambil menarik tangan Ainul.

Ammar sempat melambai dan melebarkan senyuman yang sinis kepada Ziyad.

Ziyad akui dia menyampah dengan kelakuan Ammar.

'Tau pun kau nak layan dia baik baik ya, takut aku rampas dia lah tu. Ammar Ammar' Ziyad berbicara dalam hati. Dia juga terus berlalu dari situ.

Namun Ziyad dapat merasakan peluangnya untuk merebut Ainul semakin tipis. Ammar sedikit pun tidak memberi peluang kepadanya!

'Belajarlah lupakan Ain' bisik hati kecil Ziyad.



Ammar tersenyum sepanjang pemanduannya pulang ke rumah. Ainul memandang Ammar dengan hairan. Oh ya, baru Ainul tahu mengapa Ammar bersikap begitu!

Terngiang ngiang di telinga Ammar kata kata doktor itu sebentar tadi.

"Sebenarnya, isteri kamu mengandung dua bulan"

Ammar tersenyum sekali lagi. Mengingatkan tingkahnya yang seperti kanak kanak apabila mendengar berita itu nyata menggeletek hatinya. Malu benar dia di hadapan doktor itu tadi.

Sesampainya dia di rumah, Ainul bertanya kepada Ammar.

"Am, doktor cakap apa?"

Ammar diam. Lupakah Ainul bahawa dia harus panggil Ammar dengan panggilan abang?

'Ehh, lupa pulak! Abang laa bukan Am' Ainul menepuk dahinya.

"Ehem. Abang. Doktor cakap apa?" Ainul membetulkannya semula.

Ammar tersenyum dan berpaling ke arah Ainul.

"Sayang tak tau ke? Doktor tu tak bagi tahu sayang?" Soal Ammar hairan.

Ainul menggeleng. Ainul tahu sebenarnya, tapi biarlah. Tengok sajalah reaksi Ammar dahulu.

"Sayang, abang akan jadi papa tak lama lagi! Dan sayang akan jadi mama" ujar Ammar dengan nada yang teruja.

"Seriously?!!! Syukur alhamdulillah" ucap Ainul. Mereka berdua berpelukan.

"I love you sayang" Ammar membisikkan kalimah itu di telinga Ainul.

Ainul meleraikan pelukan.

"Eh, sejak bila panggil Ain sayang ni?" Soal Ainul.

"Sejak tadi" kata Ammar bersahaja. Dia tersengih pada Ainul. Teringat tatkala dia mula memanggil Ainul sayang sewaktu di hadapan Ziyad kerana ingin membuat lelaki itu cemburu.

"I love you too, abang" ucap Ainul.

Huhuhu. Kalau ade ape ape yg perlu diperbaiki, sila comment. Jangan lupa vote. Thanks. Sory kalau takbest.

Ternyata Salah MencintaimuCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang