"Sah?"
"Sah!!!!"
Ammar selamat bernikah pada hari itu. Dia masih terkilan dengan apa yang berlaku. Segala galanya berlaku dengan sekelip mata. Kerana kejadian itu, dia terpaksa bernikah demi maruah keluarga kedua dua belah pihak. Dia telah memalukan keluarga. Dia teraniaya!
"Sayang. You akan jadi milik I lepas ni."
Ammar menolak tubuh Dayana yang memeluknya. Dia menghalau wanita itu keluar.
"You jangan buat hal di sini! Esok I nak you balik KL!" Arah Ammar sambil menarik lengan Dayana supaya keluar dari situ.
Dayana mengaduh. Cengkaman tangan Ammar itu ternyata sangat kuat. Dia menggosok gosok lengannya yang sakit itu.
"You tercegat apa lagi di situ. Berambus!"
Dayana menarik muka. Dia terus melangkah kaki pergi dari situ.
Ammar menghempas pintu. Dia mengeluh panjang melihat tingkah Dayana yang ingin menggodanya. Dia duduk di katil. Tiba tiba pintunya di ketuk lagi.
'Ahh, siapa pulak!' Ammar berang.
Dia membuka sedikit pintunya. Rupanya Ainul.
"Eh, bos. Bos dah tidur ke? sorylah ganggu bos malam malam macam ni"
"Takpelah. Saya baru nak tidur. Ada apa awak datang?"
"Sebenarnya saya tertinggal fon saya. Tadi masa saya nak pergi toilet, saya letak fon kat atas meja. Bos boleh tolong ambik tak?"
"Ohh. Tunggu jap eh. Saya pergi tengok"
Ammar pergi menuju ke meja.
'Aik, takda pun?'
"Ehh Ainul, mana ada. Cuba awak ingat balik, betul ke awak letak atas meja?" Ammar menyoal.
"Ehh betullah bos. Saya letak atas meja" Ainul menjawab yakin.
"Awak pergilah masuk check"
"Takpa ke bos?" Soal Ainul.
"Takpa, awak nak cari fon je kan. Bukan nak buat apa pun."
'Haih menyusahkan betullah!' Ammar berkata dalam hati.
Ainul mengangguk seraya masuk ke dalam. Dia menuju ke meja tempat dia letak telefon bimbitnya itu. Ammar sekadar tunggu di luar.
"Yelah bos, takda. Kat mana ehh. Saya letak sini tadi" Ainul berkata sambil menggeledah seluruh meja itu.
"Takpela, biar saya try call" cadang Ammar. Dia terus masuk menutup pintu. Dia mencapai henfonnya di atas katil dan mendail nombor milik Ainul.
Bunyi dering kedengaran
"Lahhh, di bawah katil rupanya bos. Aduh sorylah bos menyusahkan saja" Ainul tertunduk tunduk untuk mencapai handfonnya di bawah katil. Mungkin jatuh ketika Ammar sedang bergelut dengan Dayana.
Ammar tersenyum. Tiba tiba pintu diketuk. Ainul dan Ammar saling berpandangan.
"Awak tunggu di sini, jangan ke mana mana" arah Ammar.
Ammar segera turun dari katil dan membuka pintu. Kelihatan empat orang lelaki yang berkopiah putih.
"Asalamualaikum. Kami menerima aduan bahawa terdapat pasangan yang bersekedudukan di sini"
Ammar panik. Dia terasa dunianya gelap.
Lelaki itu masuk dan mendapati katil dalam keadaan berselerak. Di atas lantai kelihatan seorang gadis yang duduk bersimpuh dengan tudung dan bajunya sedikit terselak. Mungkin kesan daripada tundukan untuk mencapai telefonnya.
mereka berdua ditangkap berdua duaan tanpa ikatan perkahwinan!
Puan Safura hanya mendiamkan diri sejurus sahaja pernikahan Ainul selesai. Dia malu dengan apa yang berlaku. Dia berasa bersalah dengan Mak Leha dan Ziyad. Ainul benar benar telah menghancurkan hatinya.
Ainul menghampiri ibunya. Dia mahu meminta ampun kepada ibunya. Dia telah mencemarkan maruah keluarganya.
"Ibu ampunkan Ain ibu. Ampunkan Ain. Ain tahu Ain dah jatuhkan maruah keluarga kita. Tapi Ain nak ibu tahu, Ain tak bersalah dalam hal ini bu, ibu kena percaya Ain" Bicara Ain sambil menangis teresak esak.
Puan Safura masih mendiamkan diri. Dia menghela nafas panjang.
"Benda dah jadi Ain. Tak kiralah salah siapa pun. Ibu kasihankan Ziyad. Dia sayangkan kamu."
"Ain tahu. Tapi Ain tak berniat nak lukakan hati Ziyad. Bukan salah Ain ibu" Ain membela dirinya.
"Asalamualaikum" kedengaran suara lelaki memberi salam.
Lelaki itu masuk ke dalam rumah.
"Haa, itu laki kamu. Pergilah ikut dia balik" arah Puan Safura.
Ainul menuruti, dia menyalami ibunya. Puan Safura mengusap usap kepala Ainul. Air matanya mengalir. Amat sukar untuk dia melepaskan Ainul.
Di lubuk hati Puan Safura jelas sekali kecewa.
"Ammar. Tolong jaga Ainul baik baik ya" pesan Puan Safura.
"InsyaAllah makcik. Ehh, insyaAllah ibu" Ammar membetulkan kembali kesalahannya.
Ainul masuk ke dalam kereta milik Ammar setelah begnya dimasukkan ke but kereta.
Suasana sepi sepanjang perjalanan menuju rumah Ammar. Ainul tidak berani untuk mengangkat muka. Dia tahu lelaki itu marah.
Ammar memandang sekilas Ainul yang hanya tertunduk.
"Kau kenapa diam aje dari tadi? Dah bisu?" Soal Ammar, kasar!
Ainul tersentak dengan soalan itu.
"Dah takda apa yang nak di cakapkan. Saya diam sajalah" jawab Ainul.
Ammar kembali diam. Mukanya tegang. Dia sangat marah dengan Ainul. Rasa bencinya kepada gadis itu semakin membara.
Ammar menekan pedal minyak dengan kuat. Kereta yang dipandu meluncur laju melambangkan kemarahan Ammar.
So, okay ke tak? Hope sangat kalian enjoy, hahaha. Kalau ada apa apa yang perlu diperbaiki, silalah comment. Dan jangan lupa vote. Thanks. :)
ANDA SEDANG MEMBACA
Ternyata Salah Mencintaimu
RomanceKisah perih yang dilalui Ainul Mardhiah sewaktu di bangku sekolah berulang kembali apabila dia bertemu pujaan hati yang enggan menerima cintanya dahulu. Dia benar benar telah melupakan lelaki itu, namun ditakdirkan mereka bekerja di satu pejabat yan...
