Part 41

12.3K 367 11
                                        

"Kamu Ammar Rizal?" Soal seorang lelaki tua yang berpakaian kemas.

"Ya saya" jawab Ammar.

Lelaki tua itu menghulurkan salam. Ammar membalasnya. Pada Ainul, dia hanya menguntumkan senyuman.

Ammar mengenali lelaki tua itu. Ya, Datuk Borhan, papa kepada Dayana.

"Ada apa Datuk?" Soal Ammar. Dia memandang sekilas Ainul yang tak keruan. Bimbang.

Datuk Borhan menghela nafas.

"Just call me uncle. Uncle Han"

"Okay, uncle Han. Ada apa?"

"Awak tahu keadaan my daughter, Dee?" Soal Uncle Han.

Ammar meneguk air liur. Kelihatan Ainul sudah berubah riak wajah tatkala terdengar nama Dayana.

"Ya. Tapi ada apa kena mengena dengan saya?" Soal Ammar lagi.

"She needs you Ammar" ungkap Uncle Han. Muka Ammar terasa panas. Ainul kelihatan terkejut sekali.



"You see. Keadaan dia makin teruk. Tiap tiap hari sebut nama kamu. Makan pun takmahu" ujar Uncle Han. Mereka menjenguk Dayana di luar sahaja kerana doktor tidak membenarkan siapa siapa pun masuk

Terlihat dari luar, Dayana yang kelihatan murung setelah keguguran. Ternyata, Dayana menghidap barah pangkal rahim. Seorang misi ingin menyuapkan makanan kepadanya, namun Dayana menepis pinggan tersebut.

"Uncle rasa, kamu saja yang boleh pulihkan dia. Kamulah semangat dia Ammar. Uncle merayu pada kamu. Kahwinilah dia. Kamu rawatlah dia" rayu Datuk Borhan.

Ainul menahan air mata mendengarkan ayat yang terkeluar dari mulut uncle Han. Uncle Han memandang sayu wajah Ainul. Wajah yang penuh pengharapan.

"Tapi saya dah ada isteri. Saya tak mungkin duakan dia. Takda cara lain ke uncle?"

"Takda jalan lain dah Ammar. Dia cuma mahukan kamu. Please, uncle merayu pada kamu. Ini demi kebaikan Dayana. Dia sakit Am, barah pangkal rahim. Berilah dia merasa hidup dengan kamu" rayu Uncle Han.

Ammar memandang Ainul. Ammar meraih tangan isterinya. Dia mengucup tangan Ainul

"Jangan risau sayang. Abang takkan kahwin dengan Dee" Ammar menuturkan itu kepada Ainul.

Kelihatan Uncle Han tertunduk lemah. Ainul merenung wajah tua itu. Dia teringat akan arwah ayahnya. Uncle Han memandangnya dengan penuh sayu. Uncle Han sanggup merayu pada Ammar semata mata untuk memujuk Ammar supaya berkahwin dengan anaknya. Semata mata untuk kesembuhan anaknya.

Dia berpaling pada suaminya. Lantas Ainul mengangguk tanda setuju. Air matanya bercucuran.

Ammar menggeleng laju.

"No sayang, abang dah janji takkan kahwin dengan dia. Itu janji abang!"

"Takpe, Ain reda. Ini demi uncle Han dan Dayana. Ain terima semua ni abang, dengan hati terbuka." Ucap Ainul, air matanya terbit. Dia harus redha meskipun sulit.

Air mata Ammar gugur tatkala mendengarkan itu. Sungguh tulus hati Ainul. Ammar lantas memegang erat tangan Ainul. Dia memeluk tubuh Ainul.

"Abang cintakan sayang seorang. Hanya sayang sorang yang ada dalam hati abang" bisik Ammar ke telinga Ainul.

"Saya tak janji uncle" ucap Ammar sambil menarik tangan Ainul pergi dari situ.

"Abang takkan kahwin dengan dia. Titik!" Tegas Ammar.

"Abang sanggup tengok Dayana macam tu? Abang sanggup tengok uncle Han sedih?" Ujar Ainul.

Ammar terdiam membisu.

"Biarkan Dayana merasa hidup dengan abang. Dia mungkin tidak dapat hidup lama abang. Berilah dia peluang" pujuk Ainul.

Ammar terdiam lagi.

"Tentang Ain, abang jangan risau. Ain takkan marahkan abang. Ain izinkan" bicara Ainul. Dia tidak menangis. Dia harus tabah!

Ammar memandang sayu wajah isterinya.

'Kenapa sayang sanggup berkorban demi orang lain? Kenapa sayang terlalu baik?'

Wuuuu, sory kalau takbest. Komenlah ap ap yg patut. Kalau sudi vote dan follow. Thanks 😂😂😂😂

Ternyata Salah MencintaimuCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang