Ziyad meraup wajahnya. Dia kesal dengan apa yang terjadi. Dia tidak percaya Ainul sudah menjadi milik orang lain. Gadis yang dicintainya, sudah berkahwin dengan lelaki lain. Gadis yang hanya selangkah akan menjadi miliknya telah menjadi hak orang lain.
"Aku tak percaya Ain macam tu. Aku yakin dia dianiaya!" Gumam Ziyad.
Dia percaya Ainul tidak sejelik itu. Dia tahu Ainul adalah gadis yang pandai menjaga batas pergaulannya. Dan dia yakin bahawa Ainul tidak bersalah. Namun begitu, Ainul bukan miliknya. Sudah tertulis bahawa Ainul bukanlah jodohnya. Ziyad redha.
Seusai solat Isya, Ainul berdoa kepada Allah agar mengampunkan segala dosanya. Dia memohon ampun atas kelalaiannya. Dia juga memohon agar rumah tangganya itu kekal dan bahagia meskipun perkahwinan itu atas dasar menutup aib keluarga. Dia tahu suaminya itu sedang membencinya. Gara gara dia, imej Ammar terjejas.
Ammar masuk ke dalam bilik. Dia melihat Ainul sedang berdoa sambil menangis. Dia seakan akan dapat merasai kesedihan gadis itu.
'Ahh, aku benci dia! Tak habis habis nak musnahkan kehidupan aku!' Bentak Ammar.
"Bos. Bos dah makan?" Soal Ainul yang masih memanggil Ammar dengan panggilan bos.
"Aku ni dah jadi suami kau. Takkan nak panggil aku bos lagi" Ammar bersuara. Mendatar saja nadanya.
Ainul tersenyum. Dia hanya diam.
"Just call me Am, aku dah makan tadi." kata Ammar sambil mencapai dua biji bantal.
"Am nak ke mana?" Ainul bersuara. Langkah Ammar terhenti seketika.
"Aku tidur bilik sebelah" kata Ammar lalu menutup pintu.
Ainul mengeluh. Suaminya bersikap dingin terhadapnya. Namun dia redha. Dia berdoa suaminya itu akan berlembut hati pada suatu hari.
Ainul terjaga pada jam 6.35 pagi. Dia lantas bangun dan menunaikan solat subuh. Usai solat subuh, dia turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan.
Ammar menuruni tangga sambil memakai jam tangan. Dia melihat Ainul sedang menghidangkan makanan di atas meja. Dia yang lengkap berpakaian kerja berdehem kecil.
"Eh, Am. Bukan ke Am cuti harini?" Soal Ainul.
"Aku malas nak cuti. Duduk rumah pun buat apa" balas Ammar. Dingin.
Ainul tersenyum tawar.
"Kau tak payah kerja dah. Aku sorang dah mampu nak tanggung kau" sambung Ammar.
Ainul mengangguk kecil. Dia berasa sedikit kecewa. Namun, arahan suami perlu dipatuhi.
"Am makanlah dulu" ajak Ainul.
"Aku dah lambat. Kau makan ajelah" kata Ammar lalu keluar memakai kasut.
Ainul mengejar lelaki itu. Lantas tangannya dihulur untuk bersalam. Dia cuba untuk mengambil hati suaminya.
Ammar mengeluh. Dia menghulurkan juga tangannya. Ammar terus berlalu menaiki kereta. Ainul memandang sayu ke arah kereta yang meluncur keluar itu.
Ainul setia menunggu suaminya pulang dari kerja. Dia sudah menyediakan makan malam untuk suaminya.
Bunyi kenderaan kedengaran. Ainul segera membukakan pintu.
"Lambat Am balik" soal Ainul sambil menyambut beg bimbit milik Ammar.
Ammar tidak menjawab. Dia sekadar memerhati saja Ainul mengambil begnya.
"Am dah makan? Jomlah makan, Ain dah sediakan makanan. Lama Ain tunggu Am tadi." pelawa Ainul.
"Kenapa kau tak makan je dulu" soal Ammar sambil menarik kerusi.
"Ain tunggu Am baliklah, makan sekali"
"Kalau aku takbalik, kau tak makan lah? Jangan jadi tunggul boleh tak"
Ainul hanya membatu. Dia menceduk ke dalam pinggan untuk Ammar. Baru sesenduk nasi saja...
"Dah, cukup" Ammar bersuara.
Ammar menadah tangan mambaca doa dan makan. Ainul menjadi pemerhati saja.
"Kau takmakan ke?" Soal Ammar sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut.
Ainul hanya menggeleng.
"Kau takmakan lagi kan? Makanlah. Nanti sakit kau menyusahkan aku je nanti!"
Ainul menahan air matanya daripada gugur. Dia mengambil perlahan pinggan dan menceduk nasi itu.
Selesai makan, Ammar terus naik ke atas. Ammar masih tidur di bilik tetamu. Benci sungguh lelaki itu pada Ainul.
Ainul tetap bersabar. Dia yakin hati suaminya itu akan lembut suatu hari nanti.
Please comment jika ada yang perlu diperbaiki. VOTE YA. TERIMAKASIHH. :):):):):)
ANDA SEDANG MEMBACA
Ternyata Salah Mencintaimu
RomantikKisah perih yang dilalui Ainul Mardhiah sewaktu di bangku sekolah berulang kembali apabila dia bertemu pujaan hati yang enggan menerima cintanya dahulu. Dia benar benar telah melupakan lelaki itu, namun ditakdirkan mereka bekerja di satu pejabat yan...
