Part 47

12.5K 403 15
                                        

"Afrina. Bagitahu saya, kenapa Ain jadi macam tu?" Soal Ammar.

Afrina berkira kira untuk menjawabnya.

"Please tell me Afrina" rayu Ammar.

"Dia nampak awak peluk perempuan lain kat Aeon" ujar Afrina.

Ammar ternganga. Peluh dingin mengalir di dahi Ammar.

'Ahh sudah! Ain dah salah faham!'

"Bro, perempuan mana pulak kau peluk ni Am?" Soal Ziyad ingin tahu

"Ziyad. Perempuan tu actually.........."

*********

Ziyad menuju ke rumah ibu mertuanya. Ingin segera menemui Ainul. Dia sudah salah faham!

Ya, dia akui. Dia ada memeluk seseorang wanita dia Mall petang tadi. Tapi wanita itu bukanlah kekasih hatinya atau scandalnya! Dia harus segera pergi menemui Ainul.

Ammar mengetuk ngetuk pintu rumah.

"Ain! Ain, sayang. Bukak pintu ni sayang. Ain dah salah faham ngan abang ni. Ain, keluarlah sayang!"

Pintu rumah dibuka.

"Ibu.. Ain mana ibu. Ain dah salah faham ni ibu. Tolong panggil Ain keluar jumpa Am" rayu Ammar.

Puan Safura mengangguk lantas memujuk Ainul untuk keluar menemui Ammar.

Ainul menuju ke arah Ammar.

"Ain. Alamak sayang dah salah faham pada abang. Please sayang dengar penjelasan abang"

"Penjelasan? Semua dah jelas abang. Abang peluk dia depan Ain. Sakit mata Ain tahu tak" ujar Ainul.

"Sayang perempuan tu sebenarnya......" belum sempat Ammar menghabiskan ayatnya, Ainul sudah menutup pintu.

Ammar mengeluh. Dia menapak keluar menuju ke arah Ziyad.

"Dah bagitahu dia dah?" Soal Ziyad.

"Tak sempat" balas Ammar.

"Okay, aku ada idea" Ziyad memberi cadangan. Ziyad membisikkan sesuatu ke telinga Ammar.

Ammar menepuk dahi.

"Aku tak reti main gitar!" Ammar berkata.

Ziyad tersenyum.

"Biar aku ajar kau. Aku kan hebat, kau boleh jadi pandai bila belajar dengan aku" ujar Ziyad, memuji diri sendiri.

Ammar mencebik.

"Eleh kau! Belah la" Seloroh Ammar. Mereka ketawa.

"Kau nak ke tidak?" Soal Ziyad.

"Em, boleh la" balas Ammar.

***********

"Dee, I nak you kuat. Please" ucap Zaharul.

Dayana hanya terbaring lemah tanpa berkata kata. Tidak berupaya dia untuk bercakap.

"Rul. I rasa.. masa I nak sampai. Boleh tolong panggilkan Ainul dan Ammar?" Pinta Dayana. Dia lantas mengalir air mata.

Zaharul hanya menahan air matanya daripada gugur. Dia mahu kelihatan tabah di hadapan Dayana. Dia harus memberikan semangat kepada isterinya untuk terus bertahan.

"Dayana sayang. Please jangan cakap macam tu. Yakin you boleh survive, I yakin" ujar Zaharul sambil jari jemarinya menggenggam tangan Dayana.

"I nak jumpa Ainnnnn" pinta Dayana, nafasnya tersekat.

"I..... Banyak buat dosa pada dia. Pada Ammar. Tolong.... panggilkan...." sambung Dayana. Dia menarik nafas dengan kasar.

Zaharul mengangguk. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor Ammar.

"I dah call diorang. Dee..... please be strong. I love you. So much" ucap Zaharul, dia mengucup tangan Dayana. Dia juga mengucup dahi Dayana. Kelihatan wajah Dayana yang pucat dan cengkung. Namun, bagi Zaharul, Dayana tetap cantik.



"Sayang. Dayana nak jumpa sayang. Nak jumpa kita" beritahu Ainul.

Ainul sebak mendengarkan nama Dayana. Dia sedih kerana wanita itu kini telah nazak. Dia harus pergi menjenguk Dayana.

"Okay. Jom" Ainul bergegas menuju kereta Ammar.

Sesampainya di rumah Dayana, Ainul segera mendapatkan wanita itu.

"Allahuakbar" ucap Ainul tatkala melihat tubuh Dayana yang lemah itu

"Ainn..... I nak minta maaf... pada you. I banyak kali rosakkan hubungan you dengan Ammar. I.... berdosa pada you...." rintih Dayana. Air matanya tidak dapat ditahan lagi.

Ainul pada mulanya tidak mahu menitiskan air mata. Namun, dia tewas.

"I dah lama maafkan you Dayana. You tak perlu risau" ujar Ainul.

"Ammar.... I.... I dah banyak menyusahkan hidup you. I nak mintak ampun pada you. I fitnah you, I cuba perangkap you. I banyak cederakan you. Ammar.... terlalu banyak dosa I pada you" kali ini air mata Dayana mencurah laju.

Ammar juga menitiskan air matanya.

"Its okay Dee, I ampunkan you. Segala yang berlaku ada hikmahnya Dee" ujar Ammar.

Zaharul hanya menekup wajahnya. Tidak mampu dia mendengar rintihan Dayana yang menahan kesakitan.

"Ain.... You kena percaya Am sepenuhnya. Jangan sesekali ragukan dia. Jangan ragukan cinta dia pada you. Sebab you adalah segala galanya bagi dia" pesan Dayana.

Ainul terpempan.

"Walau apa yang jadi sekalipun, korang jangan berpisah. You kena saling mempercayai. Please, Ainul, Ammar ini permintaan I yang terakhir" pinta Dayana.

Ainul hanya mengangguk laju.

"Rul" Dayana menyeru nama suaminya.

Zaharul menghampirinya.

"I nak minta maaf. I tak mampu jadi isteri yang sempurna untuk you" ucap Dayana.

Zaharul menggeleng.

"Tak Dee, tak. You isteri terbaik dalam hidup I. Please Dee, jangan tinggalkan I" raung Zaharul.

"I nak you, cari pengganti I nanti. Yang boleh jaga you. Boleh kan?" Pesan Dayana.

Zaharul hanya membisu.

Dayana menarik nafas yang tersangkut.

"Rul, ajar dia syahadah" tegur Ammar.

Lalu Zaharul membisikkan kalimah syahadah di telinga Dayana.

Perlahan, Dayana melafazkan syahadah.

"Innalillahiwainnailaihirajiun"

Akhirnya, Dayana telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Zaharul menangis semahunya. Namun, Ammar menenangkan Zaharul.

Sory, kalau jalan cerita hambar. Takmampu mengusik jiwa korang. Apa apa pun, komen ap yg patut. Kalau sudi, vote dan follow. Thanks 😂😂😂😉😉

Ternyata Salah MencintaimuCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang