"Abang" tegur Ainul yang sedang bersarapan.
"Ye yang" sahut Ammar.
"Ain bosan lah duduk rumah. Ain nak ikut abang pergi ofis boleh?" Pinta Ainul. Matanya bersinar sinar mengharapkan suaminya itu mengizinkannya.
Ammar membulatkan mata.
"Nanti abang tak buat kerja, asyik berkepit dengan sayang aje" ujar Ammar.
Ainul menarik muncung sedepa.
"Ala, boleh lah abang. Ya?" Rayu Ainul.
"Ya, okay sayang. Anything for you" jawab Ammar seraya tersenyum.
"Yeay, thanks abang! Sayang abang. Ain bersiap dulu ya!" Ujar Ain keriangan. Dia sempat mencium pipi suaminya itu sebelum bergerak ke bilik untuk bersiap.
Ammar menggeleng geleng dan tersenyum. Banyak perubahan pada diri Ain sejak dia mengandung. Manjanya terlebih! Garangnya juga sama naik.
Sampai saja di pejabat, Ainul seperti biasa duduk di sofa sambil membaca majalah. Dia juga kadang kala membantu suaminya itu mengemas fail fail yang berteraburan.
Pintu tiba tiba terbuka. Alia, setiausaha Ammar.
"Encik Ammar, Datuk panggil masuk ke bilik"
Ammar kehairanan.
'Ada apa papa panggil?' Dia menyoal dalam hati.
"Okay, saya ke sana kemudian" balas Ammar.
"Sayang, abang pergi jumpa papa kejap" pinta Ammar.
Ainul sekadar mengangguk. Dia mengambil kesempatan untuk duduk di kerusi bos milik Ammar.
"Wah, bestnya!" Sorak Ainul kegembiraan.
Pintu dikuak lagi. Ainul kira itu Ammar. Ataupun setiausahanya masuk untuk memanggil Ammar lagi.
Tapi ternyata itu ialah.....
'Minah menggeletis!' Ainul berkata dalam hati. Dia tidak mengendahkan Dayana yang sudah berdiri terpacak di situ.
"Mana pergi Sayang aku?" Soal Dayana.
'What? Sayang kau? Siapa sayang kau? Tiba tiba je!' Ainul berang.
"Sayang kau? Siapa? Mungkin kau salah bilik" jawab Ainul selamba.
"Nope, aku tak salah bilik. This is my sayang's room" jawab Dayana. Tak mahu kalah.
"Ini bilik suami aku. Datang mana bilik sayang kau?!" Ainul meninggikan sedikit suaranya. Geram sungguh!
"Well, aku hari hari datang sini untuk jumpa my sayang. Tiba tiba ada kau pulak harini. Ops, ada bitch di sini. Dasar perempuan perampas!" ujar Dayana sambil tersenyum sinis.
Ainul sudah hilang sabar. Dia lantas bangun dari situ dan bergerak menghampiri Dayana.
"Debushh!" Sebiji penumbuk singgah di pipi Dayana. Ainul sudah tidak tahan lagi dengan kata kata yang keluar dari mulut Dayana.
Alah, penumbuk perempuan. Kuat mana saja?
Dayana mengerang. Ainul puas. Lalu Dayana menarik tudung Ainul dan pergelutan berlaku. Kali ini giliran Ainul pula ditumbuk.
Mujur Ammar masuk untuk meleraikan pergaduhan itu. Dia menarik isterinya dari terus bergaduh.
"Sayang. Kenapa gaduh ni? Hey Dee! You buat apa lagi di sini? Better you keluar!" Halau Ammar.
"Sayang. You ingat isteri you ni baik sangat ke? Dia yang mulakan dulu. Dia yang tumbuk I. Ni, tengok ni!" Adu Dayana kepada Ammar sambil menunjukkan pipinya yang ditumbuk Ainul.
'Apa? Ain yang tumbuk? Well done sayang! I love you so much!' Bicara Ammar dalam hati. Dia tidak sangka Ainul seberani itu.
Ammar ketawa setelah itu.
"Sayang tumbuk dia ke? Bagus sayang abang ni" ujar Ammar kepada Ainul dan mecuit dagu isterinya itu yang kelihatan serabai.
"Hah, you tunggu apa lagi?! Silalah keluar. Nak kena tumbuk dengan isteri I lagi ke?" Soal Ammar kepada Dayana.
Dayana menghentak kaki dan terus meluru keluar.
"Kurang ajar punya perempuan! Kau tunggu jelah nasib kau nanti!" Bentak Dayana.
Ammar membawa Ainul duduk di sofa. Pipinya bengkak.
"Betul ke sayang tumbuk dia dulu?" Soal Ammar. Ainul mengangguk.
Ammar ketawa. Ainul memandang Ammar.
"Sape suruh sakitkan hati Ain. Dia panggil Ain bitch, dari haritu lagi. Lepastu dia cakap dia hari hari datang sini. Dia cakap Ain ni perampas. Itu lagi buat Ain geram!" Bebel Ainul.
Ammar menelan air liur. Ya, memang benar hari hari Dayana ke sini. Tetapi, biasalah. Ammar melayaninya acuh tak acuh. Jika dihalau, pasti tidak mahu keluar. Jika dipanggil sekuriti, gadis itu akan diheret oleh pakcik guard yang garang itu! Jadi, biarlah.
"Abang tengok, sayang sejak mengandung ni makin garang. Tengok, siap bukak gelanggang wrestling pulak tu" Ammar berseloroh.
Ainul tersenyum manja.
"Haa, tengok tu. Makin garang satu hal. Ni makin manja pulak. Eyy, geram abang tengok" ujar Ammar sambil mencubit manja pipi Ainul.
Ainul mengaduh.
"Alamak, sory sayang sory. Meh abang sapu ubat" ujar Ammar. Dia membetulkan tudung Ainul yang sudah senget itu sebelum menyapu ubat ke pipi Ainul.
Hati Ammar tidak berhenti ketawa mengenangkan peristiwa tadi apabila biliknya itu menjadi gelanggang wrestling!
Huhu, sorylah kalau hambar ya. Comment jika perlu diperbaiki. Jangan lupa vote ya. Thanks. Harap sudi follow saya. :):):)
ANDA SEDANG MEMBACA
Ternyata Salah Mencintaimu
RomanceKisah perih yang dilalui Ainul Mardhiah sewaktu di bangku sekolah berulang kembali apabila dia bertemu pujaan hati yang enggan menerima cintanya dahulu. Dia benar benar telah melupakan lelaki itu, namun ditakdirkan mereka bekerja di satu pejabat yan...
