Part 39

13.7K 378 20
                                        

Dayana termangu sendirian di bilik. Di tangannya terdapat sebilah pisau. Dia mengelus elus pisau di tangannya. Sesekali dia menikam nikam meja solek, sesekali dia ketawa.

Telefon bimbitnya berdering. Tertera nama Zaharul, bekas kekasihnya. Dia mengangkat dengan kasar panggilan tersebut.

"Kau nak apa lagi ha, jantan tak guna?!" Jerkah Dayana.

"Wooo, chillah Dee. I nak tanya you, apa khabar baby kita?" Soal Zaharul sambil kedengaran tawa sinis di hujung talian.

"Shut up! Dasar jantan tak bertanggungjawab!" Marah Dayana lagi.

"I dah suruh you gugurkan je kandungan tu. Tapi you yang taknak. You suruh I tanggungjawab? I tak ready lagi okay. " ujar Zaharul.

"Sekarang kau nak apa?!" Soal Dayana.

"I nak datang rumah you. Miss you baby"

"Shut up! Pergi mampus!" Hamun Dayana lantas talian dimatikan. Tanpa berfikir panjang, dia mengelar pergelangan tangannya. Tindakannya itu bagai orang hilang pedoman.

Darah mengalir dengan begitu banyak sekali. Akhirnya, Dayana tidak menyedarkan diri.

Seketika kemudian, mujur Zaharul tiba di rumah Dayana. Tujuan kedatangannya adalah kerana rindu pada gadis itu.

"Dee? Dayana? Baby?" Laung Zaharul, mencari kelibat Dayana.

Puas mencari di bahagian bawah, akhirnya Zaharul menapak ke tingkat atas. Dia lantas memulas tombol pintu bilik.

"Omg! Dee!" Zaharul terperanjat melihatkan Dayana dalam keadaan berlumuran darah. Dia lantas mengendong Dayana yang longlai.

"Dee, are you crazy!" Zaharul memarahi Dayana yang tidak menyedarkan diri. Dayana segera dikejarkan ke hospital.


"I want you. Ammar. I want you" Dayana berkata kata, namun matanya terpejam. Zaharul hanya memerhatikan Dayana yang tidak menyedarkan diri. Dia lantas mendail nombor telefon Ammar.

Seketika kemudian, Ammar muncul. Zaharul bersalaman dengan Ammar.

"Bro, kau tengoklah. Tak habis habis, sebut nama kau. Angau ke meroyan ke aku pun taktau" ujar Zaharul sambil berpeluk tubuh.

Ammar hanya mampu terdiam.

"Dia cuba bunuh diri? Gila lah perempuan ni" Ammar mula berbicara.

"Dia memang gila. Gilakan kau Am"

Ammar berserabut. Dia memicit micit dahinya.

"Doktor cakap, dia mungkin akan mengalami kemurungan lepas ni. Aku rasa kau je yang boleh pulihkan dia" ucap Zaharul lagi.

"Takkan aku? Apa aku boleh buat?" Soal Ammar, bingung.

"Kahwin dengan dia, and jaga dia" ujar Zaharul. Ammar menggeleng.

"Kahwin dengan dia? I have to say a big no! Come on, kau la yang patut kahwin dengan dia. Kau lah yang patut bertanggungjawab. Why me?!" Kata Ammar.

"Because she needs you more than me. Dia jadi macam ni sebab kau"

"Nonsense! Aku takkan kahwin dengan dia. Fullstop!" Tegas Ammar dan berlalu pergi. Dia menumbuk dinding.

Zaharul sekadar memeluk tubuh. Apa yang harus dia lakukan?

Ainul keluar dari bilik mandi setelah selesai mandi. Dia mengelap ngelap rambutnya yang basah. Dia menyanyi nyanyi kecil. Namun, nyanyiannya terhenti tatkala melihat sebatang tubuh yang sedang baring di katilnya sambil tersenyum memerhatikannya.

Ainul menjerit.

"Syyyyy. Sayang apa jerit jerit ni?" Ammar cuak.

"Awak buat apa kat sini?!" Soal Ainul.

Ammar tersenyum.

"Abang datang nak jemput sayang balik laa. Tak nak?" Ujar Ammar.

"Saya taknak balik!" Tegas Ainul.

"Kalau taknak balik, abang tidur sini ajelah" kata Ammar lalu terus memejamkan matanya.

"Ish, macam mana awak masuk bilik saya?" Soal Ainul.

"Ibu awak jemput saya masuk. Dia suruh saya naik atas. So, saya naiklah. Baik kan ibu mertua saya?" Seloroh Ammar.

Ainul mendengus.

"Sayang. Marilah duduk sini sebelah abang" pinta Ammar.

Ainul berkira kira untuk duduk. Akhirnya, dia duduk di hujung katil. Tubuhnya dihempaskan.

Ammar tersenyum lantas mendekati isterinya. Pantas saja Ammar memeluk pinggang Ainul dari belakang. Ainul meronta untuk dilepaskan, namun pelukan Ammar semakin kuat.

"Sayang maafkan abang. Abang silap. Walaupun abang amnesia, abang tak patut abaikan sayang. Abang tak patut layan sayang macam tu. Abang minta maaf" bicara Ammar panjang lebar.

"Awak hanya tau mintak maaf. Awak tak tahu yang sakit tu hati saya, bukan hati awak! Saya sakit hati masa awak cakap yang awak nak kahwin dengan Dayana. So sekarang pergilah, saya dah tak peduuuu....." belum sempat Ainul menghabiskan ayatnya, Ammar pantas mengucup bibir Ainul.

'Haaa, kan dah kena kiss. Padan muka, siapa suruh membebel. Hehehe' getus hati Ammar.

Ainul menolak tubuh Ammar. Ainul tertunduk. Malulah!

Ammar memeluk tubuh Ainul. Kali ini, Ainul membalas pelukan Ammar. Ammar gembira sekali, Ainul mungkin sudah memaafkannya.

"Ain juga rindukan abang" ucap Ainul sambil menitiskan air mata.

"Syyyyy. Jangan nangis. Tolong sayang, jangan nangis. Abang lemah tengok perempuan nangis" pujuk Ammar sambil mengesat air mata di pipi Ainul.

"Abang jangan gatal nak kahwin lagi ya! Kalau tak Ain tumbuk abang" Ainul memberi amaran.

Ammar ketawa kecil. Teringat pula peristiwa Dayana yang ditumbuk oleh Ainul.

"Amboi, keje nak tumbuk orang aje. Yelahh, abang janji" ujar Ammar sambil mengangkat tangannya seperti orang berikrar.

Akhirnya, mereka berdua terlena sambil berpelukan.

Haha, sory lah agak sibuk sikit. And, very sory kalau takbest :(
comment kalau ade pape yg perlu diperbaiki. kalau sudi, vote dan follow. Thanks :):):)

Ternyata Salah MencintaimuCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang