"Ziyad oi. Dah dah la tu frust menonggengnya. Kamu dah macam orang hidup segan mati takmau mak nengok." Mak Leha membebel kepada Ziyad yang kelihatan tidak terurus. Jambang di muka dibiarkan tidak bercukur. Rambut serabai. Macam orang mati bini!
"Bunga bukan sekuntum Ziyad oi. Kamu nak nanti mak carikan yang lagi cantik dari si Ain tu. Yang lagi baik dari dia lah. Yang tak malukan nama keluarga." Sambung Mak Leha, namun ada sedikit unsur menghina membuatkan Ziyad tersentak.
"Ain bukan macam yang mak sangka. Ziyad cintakan Ain. Ziyad akan tunggu Ain." Kata Ziyad dan terus berlalu pergi.
Mak Leha sekadar menggeleng geleng.
"Apela yang ada pada si Ainul tu sampai kau tergila gilakan dia" omel Mak Leha sendirian.
Ziyad keluar ke taman untuk menenangkan amarah terhadap mak nya.
'Ain. Aku akan tunggu hang Ain. Hang tau kan aku sayang kat hang, lama dah. Tapi aku silap Ain, aku silap. Aku tak luah kat hang' rintih Ziyad di dalam hati. Air mata jantannya gugur. Air mata lelaki merupakan sesuatu yang ikhlas terbit dari hati mereka.
"Ain kalau hang tak bahagia, aku ada untuk hang. Aku sanggup tunggu hang Ain"
********************
"Mak Long. Mak Long kenapa tak tidur lagi ni, dah lewat?" Soal Ainul kepada Mak Long yang sedang menonton televisyen.
"Belum lagi Ain. Mak Long nak tengok hindustan ni dulu. Ain kalau dah ngantuk tidurlah dulu"
"Takpelah Mak Long, Ain teman Mak Long jelah" Ainul berkata sambil tersenyum.
Ammar tiba tiba muncul di ruang tamu dan duduk di sebelah Ainul. Ammar mengangkat tangan Ainul dan meletakkannya di atas pehanya. Ainul tersentak. Ainul ingin saja menarik semula tangannya, namun tangannya di pegang erat oleh Ammar.
"Mak Long ni memang kalau dah mengadap hindustan, tak makan tak tidur pun takpa dah" Ammar bersuara lantas tersenyum kepada Ainul.
Ainul sekadar tersenyum kelat. Pandai sungguh si Ammar ini berlakon mesra dengan Ainul di hadapan Mak Longnya.
Mereka menonton filem hindustan itu bersama sehingga tamat.
"Haaa habis pun. Sedihnya" bicara Mak Long sambil mengesat air matanya.
"Eleh Mak Long, tak brutal lah, nangis pulak" Seloroh Ammar.
"Hisy kamu ni. Dah jom masuk tidur. Ainul, jom. Eh Ainul? Lahhh, dah tidur rupanya"
Ainul tertidur. Kepalanya dilentokkan di bahu Ammar.
"Lah, tidur pulak? Aduh macam mana ni Mak Long? Ainul, Ainul" soal Ammar kepada Mak Longnya sambil tangannya menggoncang badan Ainul.
"Haa apa lagi, kamu dukung lah dia masuk bilik. Itu pun taktau lagi. Dahla, Mak Long masuk tidur dulu ya" pamit Mak Long.
Ammar meraup wajahnya. Dia menarik hembus nafas. Ditenung wajah Ainul yang sedang tidur. Di usap usap rambut Ainul yang menutupi wajah. Dia lantas bangun dan mendukung Ainul masuk ke dalam bilik.
Ammar meletakkan Ainul di atas katil. Ammar memandang Ainul dengan pandangan yang penuh nafsu. Jantungnya berkocak. Bagai dirasuk syaitan, Ammar terus mencium leher Ainul dengan rakus. Nafsu menguasai diri Ammar di saat ini.
Ainul terjaga tatkala terasa badannya ditindih. Dia menjerit. Ammar pantas menekup mulut Ain. Air mata Ainul mengalir. Sanggup Ammar melakukan itu terhadapnya. Ainul mengharap Ammar melakukan itu kerana kasih sayang. Namun apa yang dilakukan Ammar adalah kerana nafsu semata mata! Ainul berhenti meronta ronta. Dia redha diperlakukan seperti itu. Ya, Ainul redha! Air matanya terus mengalir.
Suasana di pagi itu sangat sunyi sekali. Ainul menunaikan solat subuh setelah menyucikan diri. Ainul mengadu nasibnya kepada Penciptanya. Dia menangis semahunya mengenangkan kejadian semalam. Hatinya sedikit tenang setelah itu.
Dia lantas turun ke bawah. Dia ke dapur. Kelihatan Mak Longnya sedang menyelongkar peti sejuk untuk mencari bahan membuat sarapan.
"Cari apa tu Mak Long" soal Ainul.
"Mak Long nak cari ayam, Mak Long nak masak mihun goreng"
"ohh, takpa Mak Long, biar Ain tolong ya" kata Ainul.
"Eheh, kenapa mata kamu macam bengkak aje tu Ain? Kamu menangis ke?" Soal Mak Long yang terlihat mata Ainul yang sedikit bengkak.
"Eh, taklah Mak Long. Ain kalau tidur lambat, bangun memang macam ni" bohong Ainul sambil tersenyum palsu.
Mak Long hanya diam. Dia tahu Ainul bohong. Dia juga tahu Ainul sebenarnya baru habis menangis.
Setelah selesai makan, Ainul ke dapur untuk mengemas dapur dan mencuci pinggan.
Mak Long memanggil Ammar.
"Am. Apa kamu dah buat pada Ainul?" Soal Mak Long.
Ammar sedikit terkejut. Dia teringat kejadian semalam. Dia tidak menyedari apa yang dia lakukan terhadap Ainul. Dia terasa ada sesuatu yang mengawal dirinya. Ya, nafsu syaitan yang telah menguasai dirinya!
"Buat apa Mak Long? Mana ada Am buat apa apa" Ammar bersuara.
"Mak Long tengok mata dia bengkak. Mak Long tahu dia baru lepas nangis"
"Manalah Am tahu. Dia rindu keluarga dia lah tu" duga Ammar.
"Hisy kamu ni. Isteri sendiri pun tak tahu. Bawak lah dia jumpa keluarga dia nanti" arah Mak Long.
"Ye. Yelah Mak Long"
Ammar menyesali perbuatannya semalam. Dia tahu dia telah melukakan hati Ainul. Dia rasa bersalah kepada Ainul.
'Ahh, biar dia pula yang rasakan bagaimana rasanya sakit hati!' Bentak hati Ammar. Dendamnya itu masih belum pudar.
Em, okay ke tak, huhu. Comment ya dan jangan lupa vote, tq :):)
ANDA SEDANG MEMBACA
Ternyata Salah Mencintaimu
RomansaKisah perih yang dilalui Ainul Mardhiah sewaktu di bangku sekolah berulang kembali apabila dia bertemu pujaan hati yang enggan menerima cintanya dahulu. Dia benar benar telah melupakan lelaki itu, namun ditakdirkan mereka bekerja di satu pejabat yan...
