Part 36

12.7K 414 21
                                        

Ammar ingin membuat kejutan untuk Dayana. Dia telah membeli cincin yang menjadi idaman wanita itu. Dia tersenyum sendirian membayangkan reaksi Dayana nanti. Pasti dia gembira!

Sedang Ammar berjalan sendirian menuju ke parkir kereta, bahu Ammar di sentuh. Dia berpaling lantas satu tumbukan padu singgah di pipi Ammar. Ammar jatuh terduduk. Dia memegang pipinya dan mengerang kesakitan. Cecair hangat terasa mengalir di bibirnya.

"Kau apahal?" Ammar bingkas bangun dan ingin membalas tumbukan, namun Ziyad lebih pantas mencapai tangan Ammar dan memulasnya. Sekali lagi Ammar mengerang.

"Dulu kau hebat berlawan, kenapa sekarang lembik macam pondan ha? Owh, mungkin kau lupa cara nak berlawan kot? Sama macam kau lupa isteri kau sendiri." Sindir Ziyad.

Ammar menarik tangannya. Dia mengurut urut pergelangan tangannya yang sakit.

"Kau tak ingat kata kata aku Ammar? Aku akan rebut Ainul kalau kau sakitkan hati dia. Kau tak ingat ke?!" Tengking Ziyad.

Ammar menutup telinganya. Tidak mahu mendengar ucapan dari mulut Ziyad

"And kau janji takkan sakitkan hati dia sebab kau taknak aku rebut dia dari kau! Mana janji kau Am, mana?!" Sambung Ziyad lagi.

Ammar masih lagi menutup telinganya dan menggeleng gelengkan kepalanya. Dia terduduk.

Ziyad hilang sabar. Dia mencekak baju Ammar memaksa Ammar untuk bangkit. Setelah itu Ziyad menumbuk pipi Ammar bertubi tubi. Cecair berwarna merah terus mengalir dari mulut Ammar. Tubuhnya longlai. Akhirnya Ziyad melepaskan cengkaman pada baju Ammar. Ammar terjelopok jatuh. Dia tidak bergerak.

Ziyad meneguk air liur melihat Ammar yang terbaring lemah itu. Badan Ammar tidak bergerak.

'Dah mati ke?' Soal Ziyad dalam hati. Dia segera menepuk nepuk pipi Ammar. Tiada respons! Dia segera memeriksa nadi Ammar di pergelangan tangannya.

'Gulp' Ziyad sekali lagi meneguk air liur.

Ainul menerima panggilan yang mengejutkan daripada Ziyad. Dia segera menuju ke hospital bersama sama ibu, adik dan abangnya.

Ammar kelihatan terbaring lemah di atas katil hospital. Pipinya kelihatan bengkak dan lebam dek kerana dibelasah oleh Ziyad. Ainul meraba wajah Ammar yang tidak menyedarkan diri itu.

"Ziyad, hang pergi belasah dia tu kenapa. Hang tau kan dia tak stabil lagi. Otak dia tak balance lagi" Fakhrurrazi menepuk nepuk bahu Ziyad.

"Aku bengang kat dia. Emosional sampai terbelasah pulak. Takde niat pun nak belasah" ujar Ziyad selamba.

"Hang belasah sampai separuh mati budak tu" tegur Puan Safura lagi. Dia menggeleng gelengkan kepalanya.

Ainul keluar dari bilik Ammar. Dia hanya mendiamkan diri, tiada reaksi yang ditunjukkannya. Dia meluru pergi dari situ.

Ziyad mengejar Ainul. Dia menyentuh bahu Ainul untuk memaksa Ainul berhenti.

"Aku mintak maaf la aku tak sengaja belasah dia" pinta Ziyad.

"Aku dah takde kena mengena dengan dia. Jadi kalau hang nak belasah dia ke, nak bunuh dia ke terserah hang" tegas Ainul. Pertama kali Ziyad melihat Ainul setegas ini. Mungkin, hatinya sudah keras.

Ainul lantas meninggalkan Ziyad. Ziyad terlopong dengan kata kata Ziyad. Dia sudah bencikan Ammarkah?

"Aduh, habistu sape nak jaga Ammar kalau Ain nak balik?" Razi mengeluh.

"Hm, nampak gayanya akulah kena jaga. Aku yang bertanggungjawab atas Ammar sebab aku yang belasah dia sampai macam ni" Ujar Ziyad.

Razi bersalaman dengan Ziyad dan berlalu pergi bersama sama Puan Safura.

Ziyad memasuki bilik yang menempatkan Ammar. Dia menghampiri Ammar yang terbaring.

"Sorry bro, tak sengaja belasah kau. Tak sangka kau lemah lagi. Kau lemah lemah pun ada hati nak kahwin pulak, tu yang aku panas ngan kau tau tak" sempat lagi Ziyad memarahi Ammar yang tidak menyedarkan diri itu.

Ziyad memandang sekeliling.

'Line clear!' Bisik Ziyad dalam hati. Dia segera menepuk nepuk bahu Ammar menyuruh lelaki itu bangun.

"Weh weh. Bangun bangun. Bangun lahhhh" Ziyad menggoncang goncang tubuh Ammar.

"Wohoii, nampak aku tak?" Soal Ziyad sambil tangannya membuka kedua dua kelopak mata Ammar yang terpejam. Namun, Ammar masih tiada respons. Yelah, namanya pun pengsan, memanglah tiada respons!

Ziyad mengeluh. Seketika dia ketawa sendirian dengan perbuatan bodohnya sebentar tadi. Mungkin, Ziyad dilanda kebosanan yang amat sangat!

Ziyad akhirnya terlena di atas kerusi untuk menghilangkan bosan yang dialaminya.

Huhu, okay part ni bosan and merepek hahah. Apa apa pun komenlah apa yg patut ok, teguran ke cadangan ke. Kalau sudi vote dan followlah saya. Thanks ☺☺☺

Ternyata Salah MencintaimuCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang