Part 37

12.8K 396 31
                                    

"Omg! Sayang, what happened to you!" Jerit Dayana sejurus sahaja masuk ke dalam bilik Ammar. Ziyad yang sedang tidur itu terjaga.

"Kau apahal bising aku nak tidur! Beruk lah kau ni!" teriak Ziyad yang berang apabila lenanya terganggu.

Dayana mencebik.

"Eh, kau buat apa kat sini? Kau nak bunuh dia kan? Kau nak tekup bantal kat muka dia kan?!" Tuduh Dayana.

"Eh, kalau aku nak bunuh dia dah lama dah aku bunuh. Takpayah susah susah aku bawak dia pergi hospital! Dia jadi macam ni akulah yang belasah dia!" Terang Ziyad kepada Dayana. Jujur sungguh!

Mata Dayana membuntang. Terkejut mendengarkan ayat yang terpacul dari mulut Ziyad.

"What?! Kau yang belasah dia? Now, biar aku pulak yang belasah kau!" Ucap Dayana sambil mengepalkan tangannya.

Ziyad tersengih.

"Kau perempuan, ada hati nak belasah aku. Dia ni yang lelaki pun separuh mati aku belasah. Kalau kau, aku tak tahu la, boleh arwah lah kot" Ziyad memerli.

Dayana memeluk tubuh. Bibirnya diketap. Geram sungguh dia dengan Ziyad saat ini.

"Well, aku taknak lah belasah kau. Nanti kalau kau arwah, tak sempat pulak kau nak bertaubat. Kau banyak buat salah tau dengan kitorang. Bukan salah sikit, kaw kaw punya banyak!" Sindir Ziyad lagi.

Dayana mendengus kasar. Dia lantas mencekik batang leher Ziyad.

"Eh kau! Lepaslah woi, geli! Hahahahaha. Woi lepas!" Teriak Ziyad yang kegelian apabila Dayana mencekik lehernya.

Ziyad memang sensitif di bahagian leher. Pantang disentuh, pasti kegelian. Dia menjerit apabila dicekik Dayana bukan sebab kesakitan, tetapi kegelian!

Ziyad segera menolak tubuh Dayana dengan kasar. Tidak sanggup dia menahan kegelian. Dayana tertolak ke belakang dan tubuhnya menghempap Ammar.

Ammar tersentak. Dia terjaga serta merta. Ziyad lantas memanggil doktor.

"Sayang, you dah sedar. Thanks God!" Ujar Dayana sambil memegang kedua dua pipi Ammar. Ammar menepis tangan Dayana.

"You buat apa di sini? I... I dekat mana ni?" Soal Ammar.

"You dekat hospital sayang. Beruk tu yang belasah you!" Ujar Dayana sambil menuding jari ke arah Ziyad. Ziyad menjegilkan matanya ke arah Dayana.

"Beruk tu kaulah! Aku yang panggil kau beruk tadi" marah Ziyad.

Doktor masuk untuk buat pemeriksaan. Dia hairan melihat tingkah mereka berdua yang bising sejak tadi. Dia menggeleng gelengkan kepala.

"Ziyad!" Panggil Ammar.

Ziyad mendekati tubuh Ammar. Begitu juga Dayana. Ammar mencuba untuk bangun namun gagal. Dia memegang kepalanya yang sakit teramat sangat.

"Ain mana?" Soal Ammar.

"Ain ada kat rumah ibu dia. Kau dah okay ke? Kau dah ingat? Kau kenal tak siapa aku? Ni, beruk ni kau kenal tak?" Soal Ziyad. Teruja.

Ammar tersengih.

"Beruk ni aku kenal. Kau, mestilah aku kenal" ujar Ammar ketawa kecil.

"Sayang kenapa you panggil I beruk?" Dayana menarik muncung.

"Itulah yang sesuai untuk you. Dah la you pergi balik I nak rehat" Ammar menghalau Dayana pulang.

"Sayang what happened to you? I datang jenguk you. Ada isteri you datang melawat you? Takde kan?" Soal Dayana lagi. Kali ini Ammar memejamkan mata. Malas untuk melayan Dayana.

"Aku pun kau halau balik ke?" Ziyad bersuara. Ammar lantas membuka mata

"Ziyad lepak sini sembang ngan aku. Dee, you baliklah" arah Ammar. Ziyad tersenyum sinis sambil membuat gaya tangan menghalau Dayana.

Dayana mengetap bibir. Dia lantas mengangkat kaki dari situ.

'Ingatan dia dah pulih ke? Shit!' Bentak Dayana.

Sory memang merepek lagi part kali ni. Huhuhu. Commentlah apa yg patut ya. Kalau sudi, vote dan followlah saya. Thanks :):)

Ternyata Salah MencintaimuWhere stories live. Discover now