"Assalamualaikum!" Laung Ziyad.
Ammar menjenguk ke luar. Tengkuknya dipanjangkan.
"Hm, sapa pulak tu?" Ammar bermonolog seraya keluar membuka pintu
"Ya nak apa?" Soal Ammar.
Ziyad menjongket kening.
"Kau tak kenal aku ke Am?" Ziyad menyoal kembali.
Dahi Ammar berkerut. Dia menggeleng.
Ziyad mengeluh.
"Aku Ziyadlah Am" kata Ziyad sambil menepuk bahu Ammar. Ammar tetap dengan muka toya.
Ainul segera menjenguk keluar.
"Ziyad! Eh abang jemputlah Ziyad tu masuk" laung Ainul dari muka pintu.
Ammar sekadar membuat isyarat kepala kepada Ziyad tanda menyuruh Ziyad masuk. Ammar segera menutup pintu pagar setelah Ziyad masuk.
"Asalamualaikum Ain. Hang sihat ke?"
Ainul tersenyum
"Walaikumussalam. Hang ada nampak muka aku macam tak sihat ke?" Soal Ainul sambil tersenyum.
Ziyad mengangguk sambil merenung tepat anak mata Ainul. Jelas terpancar derita yang ditanggung Ainul. Ziyad dapat merasainya. Namun senyuman diukir untuk menyembunyikan keresahan.
"Hang ni. Aku sihat ja lah. Yang tu je yang tak sihat lagi" balas Ainul sambil memuncungkan bibir ke arah Ammar yang sedang menonton televisyen.
"Dia tak ingat hang ke Ain?" Soal Ziyad. Ainul mengiyakan.
"Tulahh. Dengan aku dia taknak bercakap. Asyik tengok TV, makan pastu tidur. Itu je rutin dia" rungut Ainul.
"Takpa Ain, proses pemulihan" Ziyad menenangkan Ainul. Ainul juga berfikiran sebegitu.
"Ya, proses pemulihan" ulang Ainul, lantas mereka ketawa kecil.
"Dayana ada datang jumpa hang?" Soal Ziyad.
Ainul menggeleng.
"Untuk apa?" Soal Ainul kembali
"Untuk explain everything. About Ammar. Hang tau kan, Ammar tak salah"
"Biarlah Ziyad. Dia takpayah bagitau pun takpa. Aku dah maafkan Ammar. Sekarang ni, aku nak bagi pulih balik ingatan Ammar. Itu aje. Aku dah lupakan dah semua tu" panjang lebar Ainul berbicara.
Setelah selesai berbual, Ziyad meminta diri untuk pulang. Ziyad hanya berbual dengan Ainul. Berbual dengan Ammar cuma buat sakit hati saja! Tiada respons. Muka blur. Annoying! Ammar kini telah berubah 360 darjah.
Tidak lama kemudian, bunyi hon kereta kedengaran dia luar. Ainul ketika itu sedang membasuh pinggan di dapur. Dia menyuruh Ammar pergi menjenguk.
"Hisy, sape sajelaa yang asyik nak datang rumah aku aje ni!" Ammar merungut. Dia menekan butang untuk membuka pintu pagar automatiknya.
Perempuan itu lantas masuk ke halaman. Ammar membuka pintu. Ammar terkesima. Dayana hanya melemparkan senyuman menawan.
"Wait. I rasa. I macam kenal you. But....." ujar Ammar sambil tertunduk memicit dahinya. Dia cuba mengingati gadis itu.
"Hey Am, this is me! Dee! Dayana" kata Dayana sambil tersenyum.
Ammar tersenyum.
"Well, I kenal you. A bit. Patutlah rasa macam. You know, rasa macam dekat. Hahaha" kata Ammar sambil ketawa. Dayana juga turut ketawa. Ainul muncul dari dapur menyaksikan kemesraan mereka.
Dayana tersenyum sinis ke arah Ainul. Dia tidak menghiraukan kehadiran Ainul. Dia semakin rancak berbual dengan Ammar di muka pintu.
"Ehh you, masuklah takkan nak borak kat sini. Meh meh masuk!" Pelawa Ammar. Ainul hanya sekadar menyaksikan mereka berdua.
"Buatlah air. Berdiri lagi buat apa" Ammar membisikkan di telinga Ainul.
Ainul menuruti. Perasaanya bercampur dengan sedih dan cemburu melihat Ammar melayan Dayana dengan baik sekali. Dia sedih kerana Ammar dapat mengingati siapa Dayana walaupun hanya secebis. Namun, Ammar tidak dapat mengingati isterinya sendiri. Dia berasa terkilan.
Dari dapur, Ainul dapat mendengari suara mereka yang rancak berbual dan ketawa kegembiraan.
'Ammar ingat Dayana. Tapi, dia tidak ingatkah apa yang berlaku antara dia dengan Dayana?' Ainul bingung.
Ainul membuat teorinya yang tersendiri. Mungkin, Ammar hanya boleh mengingati perkara yang lalu. Perkara yang baru singgah dalam hidupnya, Ammar tidak mampu untuk ingat. Begitulah pada pendapatnya. Teori itu sekadar untuk menyedapkan hatinya saja.
"Ya, Ziyad benar. Proses pemulihan!" Ainul bermonolog.
Setelah puas berborak, Dayana ingin pulang. Niatnya untuk bertemu Ainul terbantut melihatkan Ammar yang melayaninya dengan baik sekali seolah olah tiada apa apa yang berlaku antara mereka.
'Am, you memudahkan kerja I' bisik hati Dayana lalu tersenyum meleret.
Setelah Dayana berlalu, Ainul segera mendapatkan Ammar.
"Abang sembang apa dengan dia?"
Ammar menjongket kening.
"Ada aku ambik tahu kau sembang apa dengan mamat tadi? Tak kan? So kenapa sibuk?" Soal Ammar kembali.
Ainul menarik nafas.
"Stay away from her abang. Dia berbahaya untuk kita! Dia akan rosakkan rumah tangga kita!" Terang Ainul.
"Hey, kau kenapa? Jealous? Ish, sudahlah!" Bentak Ammar lalu meluru ke tingkat atas.
Ainul terpana. Jantungnya dirobek oleh Ammar. Dia menahan air mata daripada gugur. Dia hanya mampu mengetap bibir menahan kesedihan.
Huhu, sory kalau tak best :( comment lah apa yang patut tau. And kalau sudi, vote dan followlah saya. Thanks :):):)
![](https://img.wattpad.com/cover/69653001-288-k482710.jpg)
YOU ARE READING
Ternyata Salah Mencintaimu
RomantizmKisah perih yang dilalui Ainul Mardhiah sewaktu di bangku sekolah berulang kembali apabila dia bertemu pujaan hati yang enggan menerima cintanya dahulu. Dia benar benar telah melupakan lelaki itu, namun ditakdirkan mereka bekerja di satu pejabat yan...