"Ibu nak Ain kahwin."
Ainul yang sedang makan tersedak.
"Ibu mesti tengah buat lawak kan? Ish, tak lawaklah ibu" Ainul menjawab.
"Kahwinlah Ain, senang nanti ada orang jaga kamu. Ibu ni entah bila bila boleh mati. Nanti siapa nak jaga kamu?" Puan Safura membalas.
"Ish ibu ni ape cakap pasal mati pulak" riak wajah Ainul berubah sejak ibunya membicarakan soal mati.
"Eh eh, kenapa pulak. Mati itu pasti Ain oi" Puan Safura menjegil ke arah Ainul.
"Tapi Ain mana ada boyfriend, macam mana nak kahwin" rungut Ainul.
"Ibu dah berpakat dengan Mak Leha kamu tu nak satukan kamu dengan Ziyad" Puan Safura berterus terang.
"What?!! Ibu bio benor??!!" Ainul terkejut, sehingga terkeluar loghat perak.
Ainul bukan tidak mahu kahwin dengan Ziyad. Tapi dia takut dia tidak boleh menyayangi lelaki itu. Kerana... kerana dia sudah menyayangi lelaki lain.
Mak Leha menyarungkan cincin tunang ke jari manis Ainul. Ainul mengukir senyuman yang tawar. Dia tidak menyangka bahawa dia akan bertunang dengan Ziyad. Tidak terfikir langsung!
Puan Safura berkata kepada Ainul, cinta itu boleh dipupuk.
'Hai macam mana nak pupuk, hati aku ni ada orang lain!' Bisik hati kecil Ainul.
Ziyad kelihatan ceria. Bibirnya sentiasa mengukir senyuman. Kalah perempuan!
Mungkin dia gembira gadis yang disukainya telahpun menjadi tunangannya.
Ainul pergi menemui Ziyad yang duduk di halaman depan rumahnya tatkala orang ramai sedang rancak berborak di ruang tamu.
Ziyad menyedari kehadiran Ainul itu mengukir senyuman. Begitu juga Ainul.
"Ziyad. I wanna ask you something" Ainul memulakan bicara.
"Yaa sure!" Ziyad berkata dengan nada mendatar.
"Hang yakin ke apa yang family kita rancang?" Soal Ainul.
"You know, family's choices is the best. Aku ikut je cakap diorang, sebab aku tau itu yang terbaik" tenang Ziyad menjawab.
"Hang tau kan, aku ngan hang cuma kawan. Tak lebih dari tu"
"Yaa, kita kawan, sampai kahwin." Kata Ziyad sambil mengenyitkan matanya.
Ainul kelu. Namun dia tersengih. Tersengih dalam kebingungan!
Malam itu Ammar kebosanan. Dia mencapi telefon bimbit lalu meghantar mesej kepada Ainul.
'Hai sayang. Buat apa tu?'
Ainul membaca mesej itu.
'Gulp?' Ainul menelan air liur tatkala menbaca mesej dari Ammar.
"Sayang? Errrr, euwww!" Ainul berkata dengan dirinya sendiri.
'Err, takde buat apa pun. Bos, why you call me sayang? Please stop it, im not your sayang'
Sent!
Ammar menaip laju. Keyboard warrior!
'Why not? macam mana kalau awak memang betul betul my sayang?'
Sent!
Ainul menarik nafas panjang tatkala membaca mesej Ammar.
'im sorry bos, i wanna sleep. Saya nak tido! Bye bye!'
Sent!
'Eeh pompuan ni. Susah betul nak sangkut dengan aku ni apahal. Kurang kacakkah aku?'
'Hm, okay, jangan lupa mimpikan yang indah pasal saya. Bye gudnite MY SAYANG'
Sent!
'Takpa. Nanti kau akan tau sape Ammar Rizal Datuk Zikry!" Ammar berkata dalam hati. Matanya dipejam serapat rapatnya tanda geram dengan gadis itu.
Huhuhu, sila komen jika tak best. Haha. sila komen jika nak update part yg seterusnya. Jangan lupa vote. Thanks.
ANDA SEDANG MEMBACA
Ternyata Salah Mencintaimu
RomantikKisah perih yang dilalui Ainul Mardhiah sewaktu di bangku sekolah berulang kembali apabila dia bertemu pujaan hati yang enggan menerima cintanya dahulu. Dia benar benar telah melupakan lelaki itu, namun ditakdirkan mereka bekerja di satu pejabat yan...
