Ziyad menuju ke restoran berhampiran untuk membeli minuman. Dia terlihat Afrina yang sedang makan berseorangan di meja makan.
'Kesian kau, forever alone. Samalah macam aku' detik hati Ziyad.
Tiba tiba, muncul idea nakal di fikirannya.
'Hehehe' Ziyad perlahan menuju ke arah belakang Afrina, lalu.....
"Huahhhhhh!!!!!!" Ziyad menyergah.
Afrina yang ketika itu sedang makan, terkejut benar dengan tindakan Ziyad itu. Habis tersembur makanan di dalam mulutnya. Dia terbatuk batuk, tersedak!
Ziyad cuak melihatkan Afrina yang tidak henti henti batuk itu. Dia berasa serba salah. Dia menepuk nepuk lembut belakang Afrina. Dia juga segera menghulurkan air minuman untuk Afrina.
"Weh, Af sorry sorry. Aku tak berniat nak sergah hang" Ziyad meminta maaf. Tak berniat ya? Hmmmm.
Afrina memandang sekilas Ziyad yang keresahan. Batuknya masih bersisa.
"Ya Allah, Ziyad hang kalau tak sergah aku tak boleh ke? Nasib baik tak tercekik aku!" Marah Afrina.
Ziyad sudah membuat isyarat tangan memohon maaf daripada Afrina. Padahal dalam hatinya sudah mengekek ngekek ketawa. Terhibur!
Afrina menjeling tajam.
'Nasib baik handsome. Kalau tak, aku pulas kepala hang ke belakang' gumam Afrina dalam hati.
"Ala Af. Sorry lah eh. Okay, untuk menebus kesalahan aku, makanan ni semua biar aku belanja" cadang Ziyad.
"Okay fine. Tolong lah Ziyad jangan buat macam gitu lagi. Lemah jantung aku tahu tak?" Pinta Afrina.
"Okay, harini aku janji aku tak buat lagi. Esok, insyaAllah aku buat" ujar Ziyad.
Afrina membulatkan matanya.
"Hahaha marah ke? Takpela, aku memang suka buat buat hang marah dari dulu lagi. Sebab nampak comel" puji Ziyad.
Sekelip mata sahaja pipi Afrina bertukar warna. Malu apabila Ziyad berkata begitu. Namun, Afrina cuba mengawal perasaannya.
"Kalau hang buat lagi, siaplah. Aku benam kepala hang kat mangkuk tandas" Afrina memberi amaran. Pecah tawa mereka berdua saat ini.
Afrina berasa sedikit bahagia. Ziyad. Ziyad telah membuat dia bahagia!
Datuk Zikry bermundar mandir di pejabatnya. Berdiri tak kena, duduk tak kena. Ammar kemudiannya masuk ke ruangan milik papanya itu.
Ammar berkerut melihat Datuk Zikry yang seperti kucing hendak beranak.
"Papa ni dah kenapa?" Soal Ammar kehairanan.
Datuk Zikry memandang Ammar sekilas. Dia menggigit hujung jari telunjuknya.
"Ammar...." panggil Datuk Zikry.
"Yes Papa?" Sahut Ammar.
Datuk Zikry terjeda seketika.
"Takde apelah!" Ujar Datuk Zikry sambil menyambung mundar mandir.
Ammar menggeleng geleng kepala.
'Inilah penangan cinta' bisik hati Ammar. Dia mula tersenyum nakal.
"Pa..." panggil Ammar.
"Hmmmm?" Jawab Datuk Zikry.
"Papa nak kahwin tak?" Soal Ammar.
Muka Datuk Zikry berubah. Mulutnya ternganga.
"KAHWIN???!!!"
"Aku terima nikahnya Rosemawati binti Zain Malik dengan mas kahwinnya satu ratus ringgit tunai"
"Sah?"
"Sah!"
Datuk Zikry mengenyit matanya dan menunjukkan isyarat thumb up pada Ammar. Ammar juga turut mengenyitkan matanya. Like father like son!
********
"Sayang" panggil Ammar.
"Hmm?" Sahut Ainul.
"Abang rasakan, we should continue apa yang terbantut haritu lah. What do you think sayang?" Ujar Ammar.
"What do you mean abang?" Soal Ainul.
"Honeymoon?" Ucap Ammar sepatah. Ainul mula melirikkan senyuman. Sudah lama dia ingin berbulan madu, namun masa tidak mengizinkan kerana masalah yang berlaku dahulu.
"Sure!" Jawab Ainul kegirangan.
"Sayang nak pergi mana?" Soal Ammar.
"Mana mana pun tak kisah, asalkan abang selalu ada di sisi Ain" ucap Ainul.
Ammar merenung redup wajah isterinya itu.
"Mestilah abang selalu ada di sisi sayang. Habistu nak duduk di sisi siapa lagi?"
Ainul tersenyum.
"Kita pergi next week ya? Abang nak minta izin cuti kat papa dulu"
"Okay"
"Papa. Am nak mintak cuti next week ya?" Ammar meminta izin.
"Nak pergi mana?"
"Am ingat Am nak sambung honeymoon yang tak jadi haritu"
Datuk Zikry berkerut dahinya.
"Mana boleh! Papa pun nak cuti next week!" Tegas papanya.
"Alaaa, papa nak pergi mana pulak?" Soal Ammar. Hampa!
"Am ingat Am sorang je yang nak pergi honeymoon? Papa pun nak pergi juga!" Datuk Zikry berbicara.
Ammar ternganga.
'Aik dah tua pun nak honeymoon juga? Duduk rumah mandi kolam sudahla!' Gumam Ammar.
"Kalau macam tu, kita pergi sama sama lah? Okay?" Ammar menjongket keningnya. Begitu juga Datuk Zikry. Mereka berdua lantas ketawa.
Like father like son!
Bila nak habis daaaa... hahaha, insyaAllah a few part lagi, then tamatlah. Maaf kalau hambar. Komenlah apa apa yg patut. Kalau sudi, vote dan follow. Thanks 😂😂
ANDA SEDANG MEMBACA
Ternyata Salah Mencintaimu
RomantikKisah perih yang dilalui Ainul Mardhiah sewaktu di bangku sekolah berulang kembali apabila dia bertemu pujaan hati yang enggan menerima cintanya dahulu. Dia benar benar telah melupakan lelaki itu, namun ditakdirkan mereka bekerja di satu pejabat yan...
