"Abang kena kahwin dangan Dayana. Abang mesti bertanggungjawab atas apa yang abang dah buat" tegas Ainul.
"What? Sayang abang takkan kahwin dengan dia. Abang dah ada sayang dalam hidup abang. Bukan abang yang buat, please sayang, trust me!" Ammar cuba meyakinkan isterinya.
"Habis yang dalam gambar ni siapa abang? Abang ingat Ain tak kenal ke suami Ain sendiri? Abang kan dalam gambar tu? Abang kan?" Ujar Ainul, dia menahan air mata daripada gugur.
"No sayang, you dont know me at all. Kalau sayang betul betul kenal abang, sayang takkan percaya semua ni. Kalau sayang benar benar kenal abang, sayang tahu yang abang takkan buat semua ni"
Ainul menekup wajahnya. Tidak mahu mendengar apa apa lagi penjelasan Ammar. Baginya, segala galanya sudah jelas! Tidak ada apa apa lagi yang perlu dijelaskan.
"Sayang, I was framed! Please trust me!" Rayu Ammar. Air mata jantannya mengalir.
"Please abang, leave me alone" ujar Ainul lalu kakinya menapak lemah menuju ke tingkat atas. Ammar meraup wajah. Kepalanya berserabut tatkala ini. Apa yang pasti, rancangannya untuk berbulan madu tidak menjadi gara gara Dayana.
'Ain suruh abang kahwin dengan Dee? Sayang dah gila ke?!' Bentak Ammar dalam hati.
Ainul bersendirian dalam bilik. Dia menahan air mata. Dia telah bertekad dia tak mahu nangis. Dia teringat janji Ammar padanya dahulu.
"Am janji Am takkan buat Ain sedih sedih lagi. Am takkan buat Ain nangis lagi"
Sejak dari itu Ainul berazam tidak mahu menangis. Namun apa yang terjadi hari ini benar benar memaksanya untuk menangis.
"Mana janji abang takkan buat Ain nangis lagi? Kenapa abang mungkir janji abang pada Ain?" Ainul akhirnya menangis jua mengenangkan kelakuan suaminya.
Ainul mengusap usap perutnya.
"Sayang, kalau apa apa jadi pada rumah tangga umi dengan abi, umi janji umi akan jaga sayang walaupun sorang diri" Ainul berbicara dengan bayi di dalam perutnya itu.
Ammar mahu selesaikan masalah ini dengan Dayana segera. Dia mahu menghentikan semua ini secepat mungkin.
"Dee, how could you do this to me? You nak apa sebenarnya dari I?!" Ammar berkeras. Kali ini dia takkan beri muka.
"I want you. Only you, thats all" ujar Dayana bersahaja.
"You nak apa lagi dari I. You yang tinggalkan I dulu. Remember? Do you remember?!" Ammar menengking Dayana.
"I just want you to marry me. I masih sayang you Am. Ya, I mengaku I tinggalkan you dulu. Itulah kesilapan I yang terbesar dalam hidup I. So please, I tak mintak banyak, just marry me. I tahu you sayangkan I lagi kan?" Ucap Dayana sambil mengusap rambut Ammar.
"I takkan balik pada you. I dah ada isteri yang terbaik dalam hidup I. I tak perlukan you dalam hidup I. Fullstop!" Ammar berbicara panjang lebar dan terus berpaling.
"Atau you nak I bagi gambar ni pada papa you? Biar dia sakit jantung, and, goal?" Dayana mengugut Ammar.
Langkah Ammar terhenti. Dayana sudah keterlaluan. Kemahuan Dayana tidak ada yang tak tertunai. Ammar menghela nafas panjang.
"Please Dee, jangan bagi pada papa I. Dee, now look, you boleh dapatkan mana mana lelaki yang lebih baik dari I. Boleh tak you just, lupakan I" ujar Ammar, berharap Dayana akan mengerti.
"You betul betul nak I beri pada papa you, or Mak Long you? Okay fine!" Kata Dayana lalu mengangkat kaki ingin pergi dari situ. Ammar lantas memaut lengan Dayana. Dia bimbang Dayana betul betul lakukannya. Dia terlalu sayangkan papanya. Cukuplah dia kehilangan kasih sayang mamanya yang telah menghilangkan diri. Dia tidak mahu kehilangan papanya pula.
"Okay, Dee. I akan fikirkan. I merayu pada you, jangan beri pada papa I. Please" rayu Ammar.
Dayana tersenyum kemenangan. Kali ini dia yakin, Ammar akan menjadi miliknya.
Ammar melangkah lemah. Jika dia tidak mengahwini Dayana, pasti gambar itu tersebar pada papanya dan Mak Longnya. Dia bimbang orang tua itu terkena serangan jantung. Dia risaukan kesihatan mereka. Dia takut kehilangan orang yang dia sayangi.
Jika dia mengahwini Dayana, bagaimana pula dengan perasaan isterinya. Pasti Ainul kecewa dengannya. Dia juga tidak mahu kehilangan Ainul.
Sungguh, Ammar dalam dilema!
Huhu, sory kalau tak best tau. Comment jika perlu diperbaiki. Kalau sudi, vote dan followlah saya. Thanks :):):)
ANDA SEDANG MEMBACA
Ternyata Salah Mencintaimu
RomantikKisah perih yang dilalui Ainul Mardhiah sewaktu di bangku sekolah berulang kembali apabila dia bertemu pujaan hati yang enggan menerima cintanya dahulu. Dia benar benar telah melupakan lelaki itu, namun ditakdirkan mereka bekerja di satu pejabat yan...
