Part 16

18.6K 611 4
                                        

Ainul terlupa meminta izin suaminya untuk pulang menjenguk ibunya.

Dia mengambil keputusan untuk mesej sahaja.

'As salam. Am. Ain nak nak mintak izin jenguk ibu jap. boleh tak? MOHON REPLY'

Beberapa minit kemudian, mesej masuk.

'Ya okay boleh. Pergilah berapa lama pun aku tak kisah. Aman sikit hidup aku'

Ainul tersentak membaca mesej itu.

'Ingatkan dah berubah' bicara hati Ain. Air matanya terasa ingin jatuh.

'No Ain jangan menangis. Sampai bila nak jadi lemah. Kau kena kuat!' Ainul bermonolog.

Ainul mengemas barangannya dan pergi ke rumah ibunya.

"Asalamualaikum. Ibu.. ohhhh ibu" Ainul memberi salam setelah sampai ke rumahnya.

"Walaikumsalam. Ehh, Ain. Ibu!!! Ain datang ni ibu!" Jawab Fakhrurrazi abang Ainul.

"Abang bila sampai Malaysia. Tak bagi tahu Ain pun" Ainul bernada merajuk sambil menyalami abangnya.

"Aku baru je sampai Ain oi. Masuklaa dulu" pelawa abangnya.

"Aiiiinnnn. Ya Allah rindunya ibu kat Ain. Mana Ammar?" Puan Safura mendekati anaknya itu dan memeluknya.

"Ain pun rindu sangat kat ibu" kata Ain kegembiraan, namun air matanya tiba tiba mengalir.

"Ehh kenapa ni Ain? Kamu gaduh dengan Ammar ke?" Soal Puan Safura

"Ibu.. ibu nak tahu tak.." kata Ainul tersekat sekat.

"Apadia sayang? Cakap kat ibu"

Fakhrurrazi hanya mampu menyaksikannya.

"Ibu ingat tak Puan Rose, scandal ayah?"

Raut wajah Puan Safura berubah.

"Dia ialah Mama Ammar. Ammar cakap, dia bencikan arwah ayah. Dia juga bencikan Ain ibu." Tangis Ainul dalam pelukan ibunya.

"Ain, hang sabar ya Ain. Aku takmau hang sedih macam ni. Aku baru balik Malaysia, aku nak happy happy ngan keluarga, bukan sedih sedih macam ni" pinta Fakhrurrazi.

"Sampai hati Ammar buat macam tu kat Ain. Lagipun semua ni bukan salah Ain" keluh Puan Safura.

"Ain, hang bagitahu aku si Ammar kat mana. Biar aku ajar dia" Fakhrurrazi berang melihatkan adik kesayangannya diperlakukan seperti itu.

"Biarlah abang, biar Ain settle sendiri. Ya?" Bicara Ainul. Air mata nya masih lagi mengalir.

Dia sudah lama bersabar dengan sikap Ammar. Kali ini kesedihannya tak dapat dibendung lagi. Namun, dia berasa sedikit tenang tatkala berada di dakapan ibunya.

"Asalamualaikum. Razi! Ohhh, Razi" Ziyad datang untuk melawat sahabatnya, Fakhrurrazi yang baru pulang ke Malaysia.

"Walaikumussalam. Eh, Ziyad! Haa masuk masuk. Ya Allah rindu sungguh aku kat hang" mereka berdua berpelukan setelah lama tidak datang.

Fakhrurrazi menjemput Ziyad masuk. Apabila Ziyad masuk, dia terlihat Ainul, bekas tunangnya itu di ruang tamu sedang menangis.

Ziyad meluru ke arah Ain.

"Hang kenapa Ain? Bagitau aku. Laki hang pukul hang ka Ain? Bagitahu aku" soal Ziyad kepada Ainul bertubi tubi.

Ainul hanya mendiamkan diri. Ainul menggeleng saja. Tidak mahu aib keluarga dibuka.

"Takda apalah Ziyad. Aku rindu ibu aku ja" jawab Ainul.

"Hang jangan tipu aku Ain" Ziyad berkata.

"Ziyad, kalau aku ada masalah sekalipun, aku akan settle sendiri. Okay Ziyad. Aku harap hang faham" Ainul berbicara lantas menapak anak tangga menuju biliknya.

Ziyad meraup wajahnya. Dia risau benar gadis yang dicintainya itu diapa apakan oleh Ammar. Sungguh dia risau!

Fakhrurrazi mendapatkan sahabatnya itu.

"Dah la Ziyad. Aku tau hang sayangkan adik aku tu lagi. Tapi hang kenala paham, rumah tangga dia, biarlah dia selesaikan"

Ziyad sekadar mengangguk.

"Hang datang ni nak jumpa aku kan? Mana pergi niat hang yang suci lagi murni tu?" Soal Fakhrurrazi menyindir Ziyad.

Ziyad tersenyum. Lantas menumbuk perlahan bahu Razi.

Terhambur tawa mereka berdua.

Di dalam bilik, Ainul menangis semahunya. Dia kira, Ammar sudah boleh menerimanya. Namun, sikap Ammar itu masih tidak berubah. Masih menghamburkan kata yang menghiris hatinya. Tidakkah Ammar tahu yang dia juga mempunyai hati dan perasaan?

Ternyata mencintai lelaki itu menjadi satu kesalahan. Ammar menganggap dirinya mungkin hanya perempuan simpanannya sahaja. Air mata Ainul mengalir laju.

'Am, Ain cintakan Am. Sejak di sekolah menengah lagi. Kenapa Am tak pernah nampak semua tu?' rintih hati Ainul. Ainul sering hidup bertemankan air mata sejak akhir akhir ini.

"Ya Allah, hapuskanlah air mata ku ini. Berikanlah aku kekuatan menempuhi dugaanMu" pinta Ainul dalam hati.

Sorry sangat jika terdapat kekurangan dalam cerita ini. Sebab saya tak ada pengalaman lagi. Jadi sila comment kalau ada pape yg perlu diperbaiki. Thanks for voting!!! :):):)

Ternyata Salah MencintaimuCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang