Part 34

11.3K 367 11
                                        

Ammar menyanyi nyanyi kecil menuruni anak tangga. Di bawah kelihatan Ainul yang sedang menyediakan makanan tengah hari.

Dia tidak menghiraukan Ainul lalu terus meluru keluar. Ainul yang menyedari Ammar segera mendapatkan Ammar.

"Abang nak pergi mana pakai smart smart, wangi wangi ni?" Soal Ainul.

"Aku nak pergi jumpa orang kejap" jawab Ammar ringkas.

"Owh, tapi makanlah dulu Ain dah masak ni" pinta Ainul. Ammar menggelengkan kepala.

"No, aku dah lambat. Aku lunch kat luar aje nanti. Kau makan jelah sorang. Boleh kan?" Ujar Ammar

Ainul menatap kedua anak mata milik Ammar. Dia mahu Ammar fahami isi hatinya. Dia mahu Ammar mengerti keadaannya. Namun hampa. Ammar segera mengalihkan pandangan dan terus pergi meninggalkannya.

Ainul terpaku. Dia membiarkan saja Ammar pergi.

Ammar pergi menemui Dayana seperti yang sudah dijanjikan. Mereka banyak meluangkan masa bersama sejak akhir akhir ini. Memang ini yang diimpikan Dayana selama ini.

Kemesraan mereka berdua itu disaksikan Ziyad yang kebetulan berada di situ. Dia mengepalkan tangannya.

"Tak guna betul Ammar. Dulu beria benci. Sekarang, siap boleh bermanja manja pulak dengan perempuan tu. Yang perempuan tu pun satu, aku dah warning tapi takmahu dengar juga!" Bebel Ziyad sendirian. Geram dengan perbuatan mereka berdua.

'Kesian Ain' keluh Ziyad. Dia lantas berlalu pergi. Tidak sanggup melihat drama di depan matanya.

"Dee, come here!" panggil Ammar. Dayana yang sedang membelek belek beg tangan itu segera menuju ke arah Ammar.

"Ya sayang? Ada apa?" Soal Dayana.

"I lapar. Jom makan?" Pinta Ammar. Dayana melemparkan senyuman yang manja.

"Alalala lapar ek? Okay jom jom makan" Dayana menarik tangan Ammar.

Ammar dan Dayana duduk di meja makan. Mereka duduk bertentangan. Sedang menunggu makanan sampai, Dayana mencapai jari jemari Ammar.

"Sayang. I love you. So much" Dayana berbicara. Matanya berkaca kaca. Ammar merenung redup anak mata gadis itu. Hatinya cair melihat seorang perempuan begitu. Perempuan yang meluahkan rasa cintanya pada Ammar. Dia juga telah mula menyayangi perempuan itu.

"Sayang. Marry me? Ammar, please. Kahwin dengan I" rayu Dayana.

Ammar lantas mengangguk dan tersenyum. Dia mengesat air mata palsu di pipi Dayana. Dia menguntumkan senyuman buat Ammar. Hatinya bersorak kegirangan.



Di rumah, Ammar banyak terdiam daripada bercakap. Dia hanya termenung di hadapan televisyen yang terpasang. Dia membayangkan detik detik dia bersama Dayana. Dia mula tersenyum sendirian.

"Sayang, tengok tu. Cincin tu, cantik kan?" Dayana menarik lengan Ammar untuk melihat cincin idamannya.

"Erm, yelah tengok hargalah pun cantik" seloroh Ammar.

"Bestnya kalau I dapat cincin tu" Dayana memancing Ammar.

"Em, okay nanti I belikan untuk you. Okay? Now lets go" pujuk Ammar.

Ammar mula membayangkan kembali cincin yang Dayana inginkan. Dia cuba mengingati kembali jenisnya agar mudah untuk dia beli dan beri kejutan untuk Dayana.

Ainul yang melihat Ammar tersenyum sendirian sejak tadi datang menghampiri Ammar lantas duduk di sampingnya. Ainul memberanikan diri untuk melentokkan kepalanya di dada Ammar. Ainul terasa jari jemari Ammar membelai belai rambut Ainul.

Ainul terpana. Sungguh dia rindukan belaian Ammar. Lama sungguh dia tidak merasai kasih sayang Ammar. Ammar membisikkan sesuatu ke telinga Ainul.

"Sayang, I love you"

Ainul teringat saat kali pertama Ammar melafazkan kalimah itu padanya. Ainul terasa sedikit bahagia.

"Dee, im gonna marry you!" Bisik Ammar lagi.

Ainul mengangkat kepalanya. Dia terkejut tatkala Ammar menyeru nama Dayana. Ammar kelihatan seperti berkhayal. Ayat Ammar yang terakhir tadi bermain di fikiran Ainul

'kahwin?' Ainul menyoal dalam hati.

Huhu, sorry kalau kurang menarik. Comment apa yg patut okay, teguran ke cadangan ke. Kalau sudi, vote dan followlah saya. Thanks :):):)

Ternyata Salah MencintaimuCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang