Part 12

17.7K 627 15
                                    

"Damn, damn, damn!!!!!" Bentak Dayana sambil menumbuk numbuk dinding rumahnya.

Dayana teramat kecewa. Rancangannya nyata gagal sama sekali. Sepatutnya dia yang ditangkap basah bersama Ammar. Seharusnya dia yang bernikah dengan Ammar. Tetapi Ainul pula yang menggantikan tempatnya!

"Aku akan buat sampai kau bercerai berai!" Dayana berazam. Dia sanggup melakukan apa jua untuk membalas dendam!

Dayana sudah tersenyum sendirian. Dibayangkan apa yang bakal dia lakukan untuk musnahkan rumah tangga Ainul dan Ammar.

Dia sungguh cinta mati terhadap Ammar. Dia juga sanggup merendahkan diri merancang untuk ditangkap basah bersama lelaki itu. Dia lakukan itu untuk untuk hidup bersama lelaki itu. Namun impiannya terberai. Lelaki itu telahpun berkahwin dengan gadis lain.

"Ammar is mine. Forever. Takde sape pun yang boleh ambik dia dari aku. Aku akan rampas balik Ammar, walau aku terpaksa membunuh" kata Dayana sambil mengelus elus pisau di hujung jarinya dan ketawa.

                       ************

Sudah hampir sebulan perkahwinan Ainul dan Ammar. Namun sikap Ammar masih juga sama. Masih dingin. Ainul buntu. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk menambat hati suaminya.

Bunyi kereta kedengaran. Jam menunjukkan pukul satu setengah.

'Aik, awalnya dia balik?' Ainul bermonolog.

Ammar masuk ke dalam rumah.

"Ain. Mak Long nak datang rumah. Dia nak tinggal sini beberapa hari. Better kau pastikan takda kesan yang kita tidur asing!" Arah Ammar.

Ammar risau benar Ibu saudaranya itu tahu mereka tidur asing. Pasti dia akan diberi kuliah perdana secara percuma oleh Mak Longnya!

"Okay okay. Erm, Am balik terus ke?"  Soal Ainul.

"Nope. Japgi aku balik ofis balik. Aku nak make sure bilik tetamu tu kau kemas. Bawak semua barang barang aku pindah bilik balik" Arah Ammar. Dia sememangnya takut dengan Maklong nya itu walaupun mereka tersangat rapat. Jika ada sahaja benda yang tak kena, pasti dibebelnya sampai bernanah telinga!

Setelah selesai 'menghapuskan bukti', Ammar menarik nafas lega. Suara orang memberi salam kedengaran.

"Mak Long!" Jerit Ammar.

Pintu dibuka untuk menyambut kedatangan Mak Long tersayang. Ammar dan Ainul bersalaman dengan wanita itu.

"Ohh, inilah Ainul. Cantik juga orangnya" puji Datin Adhura, Mak Long kepada Ammar.

Ainul hanya tersenyum kelat. Ammar pula sekadar tersenyum sumbing.

"Biasalah Mak long, tengok suami dia lah handsome ke tak" Ammar lantas berkata sambil memeluk bahu Ainul seraya melebarkan senyuman manja kepada Ainul.

Ainul tersentak dengan perbuatan Ammar yang berlakon bersikap baik terhadapnya di depan Mak Long.

'Allahu' Ainul mengucapkan di dalam hati. Dia terasa dirinya dipermainkan. Dia mahu menangis saat itu, namun senyuman yang dikuntumkan menghalang air matanya daripada gugur.

'Alangkah indahnya jika Ammar benar benar bersikap begitu terhadapnya' rintih Ainul di dalam hati.

"Mak Long dah makan? Ain dah siapkan makanan. Jomla kita makan sekali. Abang, ajakla Mak Long makan" Ainul bersuara.

'Abang?' Ammar meneguk air liur.

'Dia panggil aku abang?. Hati Ammar berkocak tatkala Ainul menggelarkan dirinya abang.

"Haa, jomlah Maklong. Maklong kena rasa masakan isteri Am. Sedap tau!" Ammar memuji, namun pujian kali ini benar benar ikhlas!

"Tula, tengok saja pun dah rasa sedap, belum lagi makan. Kan Ain?" Mak Long yang berkata.

"Haha, Mak Long ni belum cuba lagi dah kata sedap. Apa kata Mak Long makan dulu, ha baru tau sedap ke tak sedap" jawab Ainul. Bersahaja. Dia seakan akan sudah biasa dengan wanita itu.

Ammar melihat keakraban Ainul dan Mak Longnya. Mereka seakan akan mempunyai Chemistry yang baik. Mak Longnya itu sangat sukar untuk beramah dengan orang yang tidak dikenalinya. Tetapi berbeza pula dengan Ainul. Mereka seperti sudah kenal lama!

'Oh shit, malam ni kena tidur sekali. Kalau tak mampus kena siasat dengan Mak Long' Ammar berkata di dalam hati.

'Jaga iman, jangan sampai tersentuh dia. Tapi dia kan isteri aku. Tak salahkan?' Ammar tersenyum nakal.

Comment jika ada yang perlu diperbaiki. Dan jangan lupa VOTE. HEHE, TERIMAAKASIHH :):):)

Ternyata Salah MencintaimuWhere stories live. Discover now