Ziyad mengekori Ainul dan Ammar menuju ke kafeteria. Namun bukanlah niatnya untuk melakukan onar, tetapi sekadar untuk melepaskan rindunya terhadap Ainul.
Ainul duduk di meja yang terpencil. Ammar yang memilih tempat duduk itu. Sunyi sikit, baru ada privacy!
Ammar yang sedang beratur untuk membayar makanan terlihat kelibat Ziyad lalu di sebelahnya. Ammar lalu memberhentikan Ziyad daripada terus berjalan.
"Kau nak apa dari dia? Jangan ganggu dia lagi boleh tak? Dia dah bahagia dah dengan aku sekarang ni" ujar Ammar kepada Ziyad.
Ziyad menjongket kening.
"Kau ni kenapa? Aku datang sini nak makan, bukan nak buat kacau. Apasal? Kau takut aku rampas Ain? Macam tu?" Sindir Ziyad lalu tersenyum sinis.
Ammar malas hendak melayan. Dia terus berlalu dari situ dan pergi ke meja. Ammar meletakkan makanan di atas meja lantas duduk berhadapan dengan Ainul.
"Eh eh, abang? sudu mana? Mee kari tak boleh makan pakai tangan abangku sayang" soal Ainul sambil mengangkat kedua dua keningnya.
Ammar sudah tersengih dan ingin bangun untuk mengambil sudu. Namun Ainul menawarkan diri untuk pergi ambil.
"Takpe takpe biar Ain pulak pergi ambik"
'Alahai jauhnya sudu. Itulah Ammar, pilih tempat duduk yang jauh jauh' keluh Ainul.
Ammar sekadar memerhati isterinya dari jauh. Kelihatan Ziyad juga sedang mengambil sudu!
Ammar sudah tidak boleh duduk diam!Tiba tiba kepala Ainul terasa pening. Dia rasa mahu pitam. Ainul memegang kepalanya, lalu rebah.
Ziyad yang berada berhampiran Ainul segera mendapatkan Ainul. Ammar juga nampak yang isterinya itu rebah. Dia segera bangun dan menuju ke arah isterinya.
Ziyad menepuk nepuk pipi Ainul. Dan dia ingin mengendong Ainul ke unit kecemasan. Namun Ammar muncul sebelum sempat Ziyad mengangkat tubuh Ainul.
"Tepi! Biar aku angkat isteri aku" Ammar menepis tangan Ziyad dan meminta Ziyad untuk ke tepi. Tepisan tangan Ammar membuatkan Ziyad sedikit tertolak ke tepi.
Ammar mengangkat tubuh isterinya yang tidak menyedarkan diri itu. Rasa khuatir mula membelenggu diri Ammar. Ziyad juga turut menuruti Ammar.
"Sory aku tertolak kau tadi. Kau mana larat angkat dia, tangan kau kan sakit. Lagipun, aku sorang je yang boleh angkat isteri aku" ujar Ammar, termengah mengah.
Yelah, mengendong Ainul sambil bercakap memang semputlah! Jalan pun laju gila pulak tu. Memang tercungap Ammar dibuatnya. Tapi mujurlah unit kecemasan berada berhampiran saja.
Ammar dan Ziyad diminta untuk tunggu di luar sementara doktor sedang merawat Ain.
"Eh, kau dera dia eh? Sampai pengsan macam tu?" Soal Ziyad.
Ammar memandang Ziyad menggunakan ekor mata sahaja. Malas untuk memandang muka lelaki itu.
Ammar memalingkan tubuhnya menghadap Ziyad seraya berkata.
"Kau gila ke? Takkan aku nak dera isteri sendiri? Kau nak dengki pun agak agaklah!" Ujar Ammar. Geram dengan soalan tak masuk akal Ziyad.
Ziyad mencebik.
"Kau tunggu apa lagi. Boleh dah la kot kau balik. Tangan pun dah siap balut kan?" sambung Ammar seakan akan menghalau Ziyad balik.
"Eh, biarlah. Aku nak tengok Ain" bidas Ziyad.
Doktor datang menghampiri mereka, namun mereka berdua lebih pantas dari doktor.
"Macam mana dengan Ain?" Serentak mereka menyoal.
Doktor memandang mereka berdua silih berganti.
"Siapa suami dia?" Soal doktor yang memakai tanda nama Tajul.
"Say....." serentak sekali lagi.
Ziyad dan Ammar saling berpandangan.Namun Ziyad tidak mampu menjawab soalan doktor tersebut.
"Saya suami dia" Ammar menjawab.
"Sila ikut saya" arah doktor tersebut.
Ammar memandang Ziyad. Ziyad sekadar mengangguk sahaja tanda 'membenarkan' Ammar masuk ke dalam. Namun, Ziyad setia menunggu di luar.
"Encik Ammar. Encik betul betul tak tahu ke apa yang berlaku pada isteri encik?" Soal doktor itu. Wajahnya serius! Ammar mula rasa cuak.
"Tak tahu doktor. Kenapa dengan isteri saya?" Ammar menyoal, meminta doktor itu memberi penjelasan.
Doktor itu mengeluh panjang. Ammar merenung tepat wajah doktor itu untuk menantikan jawapan. Di minda Ammar kini penuh dengan tanda tanya.
"Sebenarnya isteri kamu......"
Huhu. Kalau nak tahu, sila tunggu next part! Sila comment jika perlu diperbaiki dan jangan lupa vote. Thanks yous :):):)
![](https://img.wattpad.com/cover/69653001-288-k482710.jpg)
YOU ARE READING
Ternyata Salah Mencintaimu
RomanceKisah perih yang dilalui Ainul Mardhiah sewaktu di bangku sekolah berulang kembali apabila dia bertemu pujaan hati yang enggan menerima cintanya dahulu. Dia benar benar telah melupakan lelaki itu, namun ditakdirkan mereka bekerja di satu pejabat yan...