Part 29

12K 383 3
                                        

Dayana menghampiri Ammar yang sedang berjalan menuju ke kedai mamak berhampiran untuk bertemu Ziyad. Setelah sampai, Ammar mengambil tempat duduk. Dayana menyentuh bahu Ammar.

"Sayang" tegur Dayana lantas duduk di samping Ammar.

Ammar hanya tersenyum sinis. 'Dayana, perempuan licik!' Getus Ammar.

"Baby you sihat?" Ammar menyindir.

Dayana meneguk air liur. Dayana sekadar mengangguk kecil.

"You serius ke yang baby tu baby I?" Soal Ammar lagi.

"Sayang, of course la, takkan you tak ingat?" Ujar Dayana.

"I tak ingatlah. I kan pengsan. Budak budak you yang pukul I kan? Ingat tak?"

"Apa yang you cakapkan ni Am?" Soal Dayana, pura pura tak tahu!

Ziyad muncul lalu duduk di hadapan Dayana.

"Ohh, Am ni ke lahanat tu?" Soal Ziyad. Dayana berkerut. Ammar mengangguk kecil seraya tersenyum sinis.

Ziyad ketawa.

"Hahaha, kau rupanya. Eh, muka aje cantiklah, tapi pelingkup rumah tangga orang" ujar Ziyad.

"Eh, kau ni siapa hah? Tiba tiba jelah. Kau berambuslah, menyebok!" Dayana berang.

"Siapa entah yang menyebok. Eh Am, kau ada ajak dia join kita ke hah?"

Ammar menggeleng laju.

"See? Kaulah yang menyebok perempuan!" sambung Ziyad.

"Hello Mr. Whatever! Aku tak kenal pun kau siapa okay, jangan nak kurang ajar dengan aku!" Bentak Dayana.

"Wowowo, bro jom kita blah tempat lain. Sini panas lah, ada lalat pulak tu" Ziyad menyindir.

Ziyad dan Ammar berlalu meninggalkan Dayana sendiri.

"Kau tengok jelah nasib kau nanti. Kau tak kenal aku siapa!" Bentak Dayana.



"Ziyad, Ain kat mana?" Soal Ammar, tidak sabar rasanya dia untuk bertemu isterinya.

"Rilek la bro, dia sihat. Jangan risau. Baru ni dia bantai tiga bar cadburry" Ziyad ketawa sendiri. Ammar sekadar tersenyum kelat.

"Okay Ammar, plan aku macam ni....."



"Ain! Ziyad call aku, dia cakap......" Tutur Afrina terhenti. Tidak sanggup untuk meneruskan bicaranya.

"Dia cakap apa Af?" Soal Ainul. Gelisah dibuatnya!

"Dia cakap, Ammar kena langgar!" Sambung Afrina.

Ainul menekup mulutnya. Air mata bertakung di tubir matanya. Dia tidak percaya apa yang dikatakan Afrina sebentar tadi.

"Dia kat mana Af? Suami aku ada kat mana?"

"Dia... Dia dah takda Ain. Aku harap hang sabar" Afrina menenangkan sahabatnya itu.

Ainul terjaga dari tidurnya. Dia tercungap cungap. Berpeluh peluh mukanya.

"Ahhh!! Mimpi!" Bentak Ainul.

Dia mimpi suaminya itu meninggal dunia. Dia akui dia amat merindui suaminya itu. Namun, dia terpaksa meninggalkan suaminya untuk menenangkan diri.

"Ain, nasib baik hang bangun dah. Jom ikut aku pergi hospital" ajak Afrina.

"Hospital? Buat apa?" Soal Ainul.

"Jom jelah. Nanti aku cerita. Jom cepat!"

Ainul bingung. Mengapa? Dia mulai teringat akan mimpinya sebentar tadi.

"Af, bagitau lah aku. Hang jangan buat aku cuak!" Pinta Ainul.

Afrina menghela nafas.


"Okay Ammar, plan aku macam ni. Actually Ain kat rumah kawan dia. Dia tu kawan aku jugaklah...."

Belum sempat Ziyad menghabiskan ayatnya, tiba tiba mereka didatangi sebuah kereta yang dipandu laju. Kereta itu ingin melanggar Ziyad, namun Ammar menolak tubuh Ziyad untuk menyelamatkan lelaki itu.

Ammar tercampak ke hadapan. Ammar tidak menyedarkan diri. Darah keluar dengan begitu banyak sekali. Namun Ziyad hanya cedera ringan.

"Tolong! Tolong!" Laung Ziyad meminta bantuan. Orang ramai mula mengerumuni Ammar. Salah seorang daripada mereka menghubungi ambulans. Ammar dikejarkan segera ke hospital.



Ainul berjalan pantas menuju ke bilik yang menempatkan Ammar. Di luar bilik kelihatan Ziyad yang sedang menunggu.

Kepala dan tangan Ziyad ketika itu berbalut. Dia mengalami luka yang agak dalam di bahagian lengan. Namun, keadaan Ammar lebih teruk.

"Ziyad, apa dah jadi sebenarnya? Ammar macam mana?" Soal Ainul yang kebimbangan.

"Ada orang langgar. Aku tak tau siapa" jawab Ziyad.

"Ammar macam mana?" Soal Ainul lagi.

Ziyad tetap berdiam. Kerana dia, Ammar jadi begitu.

'Am, kenapa kau selamatkan aku Am? Kenapa?' Rintih Ziyad.

"Ziyad, macam mana keadaan Ammar?" Soal Ainul lagi sambil menggoncang tubuh Ziyad.

"Dia......"

Huhu, sory jika part ni kurang menarik. Comment jika perlu diperbaiki. Kalau sudi, vote dan followlah saya. Thanks :):):)

Ternyata Salah MencintaimuCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang