Part 38

13.6K 377 12
                                    

Ainul mengunyah kerepek pisang sambil menonton televisyen. Sesekali dia menyanyi nyanyi kecil sewaktu iklan dimainkan. Dia kelihatan seperti tiada masalah. Mungkin, segala rasa sedihnya itu telahpun dibuang jauh.

Tiba tiba bunyi salam kedengaran di luar.

"Awiy! Awiy! Bukak pintu kejap!" Laung Ainul. Malas sungguh untuk dia bergerak membuka pintu.

"Hisy, mana pulak budak ini!" Gumam Ainul lantas segera bangun untuk membuka pintu.

Ainul menghampiri pintu lalu memulas tombol. Kelihatan seorang lelaki yang berdiri terpacak sambil kedua dua tangannya dibelakang.

'Ammar' Ainul terkejut.

Ammar melemparkan senyuman yang paling menawan kepada isterinya itu.

'Allahu!' Ucap Ainul dalam hati. Dia akui, dia cair melihat senyuman Ammar meskipun wajahnya itu masih lebam lebam. Namun, Ammar kekal kelihatan kacak.

Ammar menghulurkan sejambak bunga ros merah kepadanya sambil senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

Puan Safura, Adawiyah dan juga Razi menyaksikan mereka berdua di sebalik tangga.

'Yes!' Ucap mereka bertiga serentak. Mereka telah berpakat dengan Ammar untuk membiarkan Ainul yang membuka pintu.

Belum sempat Ammar hendak memulakan bicara, Ainul segera menutup pintu. Mujur saja tidak terkena batang hidung Ammar. Jika tidak, patahlah hidungnya yang menawan itu! Hehe.

'Aik, langsung tak bagi can? Takpe sayang, takpe. Abang akan cuba sampai sayang betul betul cair dengan abang. Hehehe' getus hati Ammar sambil tersenyum lebar.

Ziyad yang berada di luar pagar ketawa mengekek melihat Ammar diperlakukan sebegitu.

Ammar mencebik.

"Heh, gelak gelak. Ingat kelakar?" Kata Ammar kepada Ziyad.

"Hahaha, lawak lah woi. Hang kata hang tera, piiiraaaaahh!" Ujar Ziyad bersama tawanya yang masih bersisa.

"Lek ahh, baru first try. Alahh, aku tau dia jual mahal je tu. Sebab perempuan mana yang tak cair tengok senyuman aku yang sungguh manis lagi menawan ni!" Ammar memuji diri sendiri sambil keningnya dijongketkan.

"Hahaha, eleh banyak lah kau! Dah jom! Aku nak balik dah ni. Pape roger" Ziyad meminta diri untuk pulang.

Ammar juga melangkah pulang. Dia yakin, dia akan menakluk kembali hati Ainul. Ammar tersenyum setelah itu. Dia lantas mencapai telefon bimbitnya.

Sayang, baliklah rumah cepat. Abang rindu tau. Hehehe missyou, loveyou. Dari suamimu yang kacak lagi bergaya ☺☺

Sent!

seen!

"Aik! Seen aje? Nak kena sayang ni. Haih. Tunggu la nanti abang dukung sayang balik rumah" Ammar bermonolog

Ainul mencebik membaca mesej dari Ammar.

"Heh, missyou loveyou konon. Pergilah kahwin sana dengan Dee kau tu!" Bentak Ainul. Benci rasanya.

Namun, dia terasa lucu melihat wajah Ammar yang lebam lebam itu. Hahaha padan muka! Dia lantas tersenyum sendirian. Dia kembali mengunyah kerepek pisangnya yang masih berbaki. Kuat makan sungguh!



Ammar memandu keretanya untuk pulang ke rumah. Tiba tiba, keretanya dihalang. Mujur saja tidak berlanggar!

'Alahai, apa dia nak?' Keluh Ammar saat melihat kereta yang dikenali pemiliknya itu.

Dayana membuka pintu keretanya. Dia menapak perlahan menuju ke arah Ammar. Ammar berkira kira untuk cabut! Namun kereta yang menghalang menyukarkan untuk Ammar lari.

Dayana mengetuk tingkap. Ammar mengerling. Dia lantas membuka tingkap separuh.

Ammar hanya membuat isyarat kepala menanyakan apa kemahuan Dayana.

"Sayang bukak pintu. Please" rayu Dayana. Dia mengeluh melihat tingkah Ammar yang degil.

"Susah sangat ke you nak faham I? I love you. I nak hidup dengan you. Susah sangat ke?!" Ucap Dayana bernada tinggi.

Ammar menarik nafas panjang.

"Dee. Macam I nak faham you kalau you sendiri pun tak faham I? See, I dah ada isteri okay. Isteri I dah cukup baik cukup sempurna. I tak perlukan siapa siapa lagi, cukuplah dia sorang" bicara Ammar panjang lebar.

"You janji you nak kahwin dengan I" ungkit Dayana. Kali ini, matanya berkaca. Air mata mengalir. Tidak tahu tulus atau palsu.

'Aduh sampai bila nak macam ni. Hm, nak kena heret dia masuk balik kereta dia' getus hati Ammar. Dia lantas keluar dari keretanya.

"Dee, can you just go home" ujar Ammar sambil memaut lengan Dayana.

Dayana merenung tepat anak mata Ammar. Dia lantas mendekatkan tubuhnya dan menarik kepala Ammar mendekati wajahnya untuk membuat percubaan mengucup bibir Ammar.

Ammar mengelak. Dia segera menampar pipi Dayana. Dayana terjelopok.

"Dayana! You gila ke?! This is public!" Tengking Ammar. Dia memerhati sekeliling. Ramai yang sedang menyaksikan mereka. Dia juga mahu pastikan Ainul tiada di sekitar itu.

Dayana memegang pipinya. Dia menangis. Ammar rasa bersalah kerana menampar Dayana, namun tindakan Dayana sebentar tadi sangat keterlaluan. Jadi, dia terpaksa!

Ammar segera masuk ke dalam kereta dan memecut laju.

"I'll fight for you Ammar Rizal!" Sempat lagi Dayana menjerit ke arah Ammar. Ammar sekadar membiarkannya saja.

"I swear i'll fight for you!"


Sorry kalau part ni kureng. Huhu. Commentlah ap ap yg patut ok. Kalau sudi, vote and followlah saya. Thanks :):):)

Ternyata Salah MencintaimuWhere stories live. Discover now