"Ibu. Ain rindu arwah ayah." Rintih Ainul kepada ibunya.
Puan Safura mengeluh. Dia akui dia juga merindui arwah suaminya itu. Namun kisah silam yang dilalui bersama lelaki itu sungguh memilukan.
"Kamu doakan ajelah kesejahteraan dia Ain" tegas Puan Safura dan terus berlalu dari situ.
Ainul mengusap usap batu nisan milik ayahnya itu. Dia sedar ayahnya telah melakukan sebuah kesilapan besar. Namun ayahnya juga telah menyesali perbuatannya itu.
Ayahnya telah melakukan hubungan sulit dengan wanita iaitu isteri kepada seorang ahli korporat yang terkemuka.
Ainul juga berasa hairan. Tidak cukupkah kemewahan yang diberi kepada wanita itu sehingga sanggup curang dengan lelaki yang biasa seperti ayahnya?
Benarlah kata orang harta bukanlah segala galanya. Kasih sayang juga diperlukan dalam kehidupan. Mungkin wanita itu mengalami situasi ini.
Ainul tersentak dari lamunan. Jam tangannya di kerling. Lantas segera meninggalkan kawasan perkuburan itu dan beransur pulang.
Ammar bersiul siul kecil menuju dapur rumahnya. Peti sejuk di buka dan terus mencapai susu marigold kegemarannya.
Papanya juga turut ke dapur.
"Morning papa"
"Ya morning" jawab papanya.
"Papa. Am ingat Am nak pergi holiday. Papa nak ikut?"
"Holiday? Boleh juga tu. Papa pun dah lama tak pergi bercuti dengan anak papa ni" kata Datuk Zikry lalu menguntumkan senyuman.
Ammar juga membalas senyuman papanya itu.
"But, Am. Macam mana dengan office?" Soal Datuk Zikry.
"Ouh, dont worry papa, PA am yang akan handle. Interview utuk staff baru pun PA Am yang handle jugak"
"Okay then. So, our destination is?"
Ammar mengangkat angkat kedua dua belah keningnya dan tersenyum nakal tanda ingin berahsia.
"Pin pin!" Bunyi hon motor penghantar surat itu kedengaran.
Ainul segera menuju ke peti surat. Dicapainya surat tersebut. Tertera nama Ainul Mardhiah Binti Nordin
Surat itu dibuka dengan penuh teruja.
"Yeay yeay yeay! Ibu ibu!" Ainul menjerit keriangan lalu berlari masuk ke dalam rumah.
"Ibu! Ain dapat pergi interwiew!"
Puan Safura menggeleng kecil.
"Baru interview ja Ain oi. Belum dapat kerja lagi" balas Puan Safura
"Alah ibu. Ibu kenalah sokong Ain, bukannya jatuhkan Ain" Ainul menarik muncung.
"Haa elok sangatlah muncung gitu!" Bebel Puan Safura.
"Hehehe, gurau je ibu. Ibu doakanlah Ain dapat job tu. Okay ibu?" Kata Ainul sambil tersengih.
"Yelah Ain, ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk Ain"
"Terima kasih ibu. Ain sayang ibu" kata Ainul sambil mengucup pipi wanita itu.
Ainul terus berlalu dari situ dan menapak anak tangga menuju ke biliknya. Dia menyanyi nyanyi kecil kerana kegembiraan.
Ainul merebahkan badannya di katil sederhana miliknya. Ainul tersenyum lebar. Dia mula menggayakan gaya orang yang sedang di temuduga.
Dia ketawa sendirian. Sudah gila agaknya! Namun tawanya terhenti tatkala mengingatkan peristiwa di pasaraya. Peristiwa yang menemukan kembali dia dengan pujaan hatinya.
Lelaki itu tidak berubah pada pandangan matanya. Masih kacak seperti dahulu dan juga tinggi egonya seperti dahulu. Apa yang pasti, lelaki itu masih membencinya. Dia juga tidak pasti apa yang membuat lelaki itu sangat membencinya. Ainul redha. Kini Ainul telah pun menyingkirkan lelaki itu dalam mindanya.
Namun pertemuan singkat itu memutikkan kembali perasaannya terhadap lelaki itu.
Ainul memejam rapat matanya. Berharap dia akan melupakan segala galanya yang berlaku.
ANDA SEDANG MEMBACA
Ternyata Salah Mencintaimu
RomanceKisah perih yang dilalui Ainul Mardhiah sewaktu di bangku sekolah berulang kembali apabila dia bertemu pujaan hati yang enggan menerima cintanya dahulu. Dia benar benar telah melupakan lelaki itu, namun ditakdirkan mereka bekerja di satu pejabat yan...
