Part 17

18.1K 634 10
                                        

Sudah seminggu Ainul tinggal di rumah ibunya. Selama itu jugalah Ammar makan nasi di kedai! Dia baru terasa kehilangan Ainul. Tiba tiba pintu bilik pejabatnya dikuak.

"Good morning sayang!" Dayana muncul dengan tiba tiba.

Ammar mengeluh panjang melihat Dayana. Dia semak dengan kehadiran gadis yang menggeletis itu.

"Dee, you nak apa lagi? You takda kerja ke datang sini ha?" Soal Ammar acuh tak acuh.

"Eh, sape cakap I takda kerja. I ada kerjalah. I kena kerjakan you" Kata Dayana sambil menarik tali leher Ammar. Dia merapatkan mukanya ke muka Ammar. Ammar mengelak. Ammar menepis wajah Dayana. Dayana tertolak ke belakang.

"Dont touch me, bitch!" Ammar menghamburkan kata kesat kepada Dayana. Geram sungguh dengan tindakan gadis itu!

"Hey Am, sape yang bitch? I ke bini you, hah? You tau tak apa yang bini kesayangan you tu buat belakang you? You tau tak?" Dayana mengumpan Ammar.

Ammar meneguk air liur. Dayana menunjukkan imej dalam telefon bimbitnya.

"Nah, you tengok sendiri lah ya, sayang"

Ammar mencapai telefon bimbit milik Ainul.

Kelihatan gambar Ainul sedang berduaan dengan seorang lelaki.

'Ziyad?' Ammar membutirkan nama lelaki itu. Ziyad, bekas tunangan Ainul. Ammar mengetap bibir. Tangannya dikepalkan. Dia menahan amarahnya itu, tidak mahu Dayana tahu akan kemarahannya.

"Ammar. Aku nak hang jaga Ainul elok elok" pesan Ziyad kepada Ammar, lelaki yang baru dikenalinya dan sudah pun memiliki Ainul.

"Jangan risau. Em. Aku nak mintak maaf lah. Aku tak jangka benda ni jadi" Ammar memohon maaf kepada Ziyad atas apa yang berlaku.

"Benda dah jadi Am, takpelah. Kalau aku tau hang buat dia sakit hati, aku tak teragak agak untuk rampas dia balik" Ziyad memberi amaran dalam sebuah gurauan.

Ziyad menepuk nepuk bahu Ammar sebelum berlalu pergi.

Ammar teringat akan pesanan Ziyad itu. Ziyad akan merampas Ainul kembali jika Ammar membuat Ainul terluka.

Ya, dia akui dia telah menyakiti Ainul. Tapi dia juga tidak mahu kehilangan Ainul. Ya, Ammar sangat membenci Ainul. Tapi Ainul jugalah gadis yang pernah dia cintai suatu masa dahulu.

Ammar membuat keputusan untuk ke rumah ibu mertuanya. Dia ingin mengambil semula Ainul untuk pulang ke rumahnya.

"Hey, Ammar! Where are you going?" Laung Dayana apabila melihat Ammar yang tergesa gesa keluar.

"Tak guna!" Bentak Dayana.


"Assalamualaikum!" Ammar memberi salam setelah tiba di rumah ibu mertuanya.

Kedengaran suara lelaki menjawab salamnya.

Ammar terpana melihat lelaki itu.

'Ziyad'

Ammar teringat akan gambar yang ditunjukkan Dayana. Tanpa berlengah dia melepaskan satu tumbukan di pipi Ziyad. Ziyad terduduk akibat penangan Ammar.

Seisi rumah keluar melihat apa yang berlaku. Fakhrurrazi berlari mendapatkan Ziyad yang rebah itu.

"Woi kau apahal?!" Razi menjerkah.

Satu tumbukan pula dilayangkan ke wajah tampan milik Ammar oleh Fakhrurrazi.

Ainul menenangkan abangnya.

"Am, Am buat apa di sini?" Soal Ainul kepada Ammar yang kesakitan.

"Ini rupanya kerja kau Ain. Kau kata nak jenguk ibu kau. Tapi kau jenguk abang Ziyad kau ni, kan?!" Ammar berkata kepada Ainul.

"Ya Allah, Am. Apa yang Am cakapkan ni? Sekarang ni Am cakap. Am nak apa?"

"Aku nak bawak kau balik" Ammar menjawab.

"Aku tak izinkan kau bawak balik Ain" Ziyad bersuara.

"Eh, kau sape nak halang aku? Ain ni isteri aku, suka hati akulah!" Bentak Ammar.

"Ain ni isteri kau ke? Tapi kenapa kau tak layan dia macam isteri?" sindir Ziyad.

Ammar hanya terdiam.

"Ain, kau nak ikut aku balik ke tak? Kau nak jadi isteri derhaka ke?" Soal Ammar kepada Ainul.

Ainul memejamkan matanya. Air matanya gugur lagi.

"Ibu, Ain kena ikut Am balik. Ain taknak jadi isteri derhaka" pinta Ain kepada ibunya.

Puan Safura mengangguk seraya menangis. Ainul masuk ke dalam untuk mengambil barangannya.

Puan Safura menghampiri Ammar.

"Ammar. Kamu jaga lah Ain baik baik. Kamu sayangilah dia. Ibu merayu pada Ammar, janganlah bencikan Ain. Dia tak bersalah atas apa yang terjadi pada keluarga kamu" Puan Safura berbicara.

Ammar terkesima. Dia tahu Ainul tidak bersalah, namun dendam terhadap ayah Ainul menjadikan dia turut membenci Ainul.

"InsyaAllah ibu. Am cuba" ujar Ammar sambil menyalami ibu mertuanya itu.

Dia juga turut menyalami abang Razi.

Ainul muncul dengan beg pakaiannya. Dia mengekori Ammar ke keretanya.

Ziyad menghampiri Ammar, dan membisikkan sesuatu.

"Remember my words? Aku akan rampas Ain kalau kau sakitkan hati dia? And now, aku akan lakukannya!"

Ziyad tersenyum sinis kepada Ammar. Ammar mengepalkan tangannya, namun dia menahan rasa marahnya. Ammar menghela nafas dan masuk ke dalam kereta. Dia terus memecut pulang ke rumah.

Sory kalau tak best. Sila comment dan vote, terimakasihh. :):):)

Ternyata Salah MencintaimuCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang