Semua staf sudah pun tiba di hotel Sri Malaysia. Mereka menanti kehadiran bos mereka yang masih belum sampai di lobi.
Akhirnya bosnya sampai juga!
Ammar turun daripada teksi itu. Begitu juga dengan Dayana.
'Minah menggeletis tu pun ikut juga?' Ainul berkata dalam hati.
"Im sorry guys for waiting. Jadi malam ni rehat dulu. Esok kita mulakan program kita" kata Ammar kepada pekerja pekerjanya.
Semua pekerjanya beredar menuju ke bilik masing masing.
Ammar bergerak keluar dari perkarangan hotel.
"Ehh you nak pergi mana?" Soal Dayana kepada Ammar.
"I wont stay here. I stay kat chalet" balas Ammar.
"I nak ikutttttt" Dayana merengek, mahu ikut.
"Dee, please. I ikut cakap you, bawak you datang sini. Now, dengar cakap I, you just stay here!" Tegas Ammar.
Ammar memandang sekilas Ainul yang masih belum berganjak.
'Apa perempuan tu tercegat di situ lagi?'
"Kau, buat apa lagi di situ? Tak reti reti nak balik bilik. Tercegat apa lagi?" Soal Ammar kepada Ainul. Nadanya agak tinggi
'Kau? Sejak bila? Biasanya, saya awak?' Ainul bingung.
"Saje je bos. Nak jalan jalan dulu."
Ammar terus berlalu dari situ dan menuju ke chalet yang terletak kira kira seratus meter dari situ.
Ainul bingung, mengapa Ammar bersikap dingin terhadapnya? Ainul yang menyukai lelaki itu terasa sedikit sedih apabila dilayan sebegitu. Hatinya juga sakit melihat dia membawa Dayana bersama.
Malam itu, Ainul terasa bosan. Dia berjalan jalan di tepi pantai. Pantai itu kelihatan meriah dengan lampu warna warni. Terdapat juga kumpulan buskers yang melakukan persembahan.
Ainul terhibur dengan persembahan yang disampaikan. Tanpa sedar, dia di sapa oleh seorang lelaki.
"Ehh bos. Bos buat apa di sini?" Soal Ainul.
Ammar hanya mendiamkan diri.
"Bos? Are you okay?"
"Ya, fine" akhirnya Ammar bersuara.
"No, you are not"
"Tadi saya stress. Sory kalau terkasar dengan awak" Ammar memohon maaf kepada Ainul.
"Ohh its okay lah bos. Saya faham. Bos stres pasal apa eh? You know this is Langkawi. Taknak lah stres stres." Ainul bercakap panjang lebar.
Ammar tersenyum.
Ainul melihat senyuman itu tersangat sangat manis. Hatinya berkocak. Dia sangat mencintai lelaki itu, sejak di bangku sekolah lagi.
"Saya stres dengan Dee. You know, Dayana. But, abaikan jelah dia."
Ainul mengangguk angguk.
"Ehh, awk dah makan?" Soal Ammar.
"Belum. Bos nak belanja saya ke? Thats great!" Ainul berseloroh.
"Well, jomlah" ajak Ammar.
"Ish, bos ni, saya gurau ajelah"
"Jom jelah. Tapi jom ikut saya balik chalet jap. Nak ambik wallet"
"No, itsokeyy, saya tunggu sini aje bos."
"Takkan saya nak tinggal awak sorang kat sini. Jom jelah. Bukan buat apa pun.
Ainul hanya menuruti.
Mereka berjalan menuju ke chalet. Sesampainya di chalet yang Ammar tinggal, Ainul meminta izin untuk ke tandas.
Ainul meletakkan handfonnya di atas meja. Dia bimbang handfonnya itu terjatuh semasa membuang air.
"Okay bos. Thanks"
"You are welcome. Dah jom"
Dayana memerhatikan kemesraan Ammar dan Ainul. Hatinya sakit melihat Ammar melayan Ainul dengan baik, sedangkan dengan dirinya acuh tak acuh saja!
'I have to do something!'
Ainul dan Ammar pulang ke bilik masing masing.
Ainul merebahkan badannya di katil. Dia mengenangkan saat saat dia keluar makan malam bersama Ammar. Dia terasa sedikit bahagia. Namun, dia teringat bahawa dia kini adalah tunangan orang.
Ainul mengeluh. Dia ingin menghubungi ibunya.
"Eh eh, mana pulak henfon aku ni?"
Soal Ainul sambil menyelongkar beg tangannya.
"Aduh mana aku letak!" Ainul bingung.
********
Dayana ke chalet Ammar. Dia mengetuk pintu Ammar berkali kali.
Ammar membuka sedikit pintu, dijenguk sahaja kepalanya keluar. Matanya dibuka sebelah sahaja kerana mengantuk.
"You nak apa malam malam ni?" Soal Ammar.
Dayana menolak keras pintu itu sehingga terbuka luas. Ammar tertolak ke belakang.
Dayana terus menutup pintu. Dia membuka cardigannya. Terdedahlah sebahagian besar dadanya dan juga bahunya.
Ammar panik. Apa yang Dayana ingin lakukan kepadanya.
"Yyyy.. yyouu nak buat apa ni Dee. Please get out from here!" Teriak Ammar.
Dayana menolak tubuh Ammar ke katil.
"Sayang. You akan jadi milik I lepas ni" kata Dayana sambil tersenyum.
Please comment jika ada yang perlu saya perbaiki. Dan jangan lupa vote terima kasih. :)
ANDA SEDANG MEMBACA
Ternyata Salah Mencintaimu
RomanceKisah perih yang dilalui Ainul Mardhiah sewaktu di bangku sekolah berulang kembali apabila dia bertemu pujaan hati yang enggan menerima cintanya dahulu. Dia benar benar telah melupakan lelaki itu, namun ditakdirkan mereka bekerja di satu pejabat yan...
