Part 43

11.7K 347 9
                                    

Puas aku mencuba
Menepis semua dugaan
Malah ada yang anggap
Aku lupa daratan

Peritnya aku lalui
Kemelut yang panjang
Hingga ke saat ini
Ku tidak ketentuan

Wanita manakah
Sanggup berkongsikan kasih
Walau madu bagiku
Tapi hempedu bagimu

Terkadang harus terima
Suratan dariNya
Tidak salah kalau kasih dibahagi
Seadilnya

Telah... haaa..
Kufikir sedalamnya.. haaa..
Untuk membuat keputusan
Harus aku berterus terang
Jujur dalam perbuatan
Dan... haaa...
Jatuh airmataku... haaa...
Mendengar pengakuan ikhlasmu
Sanggup bersaudarakan dia walau hakikatnya
Hatimu terluka...

Moga suatu hari sembuhlah luka

Dan kembali ceria walau hati aku ini
Milik engkau dan dia


Ammar meminta diri untuk pulang. Namun, Dayana menghalang.

"Dee, esok I datang lagi. I janji. Dengar cakap misi okay? Jangan melawan. Kalau tak, I taknak lawat you lagi" pesan Ammar.

"Ammar jangan balik. Ammar. Ammar" rayu Dayana.

Ammar mengeluh.

"Okay okay. Now, you kena tidur" arah Ammar

"Jangan pergi" pinta Dayana.

"Ya, but now you have to sleep"

Dayana mula memejamkan mata. Seketika kemudian, Dayana terlelap. Ammar harus menunggu Dayana betul betul tidur. Kemudian, dia akan pulang.

Setengah jam berlalu, Ammar mengambil keputusan untuk pulang. Dia menapak perlahan agar bunyi tidak kedengaran. Dia membuka pintu dengan berhati hati dan menutupnya dengan perlahan sekali.

Dia segera ingin pulang menemui Ainul!

Setelah sampai di rumah, kelihatan Ainul terlelap di meja makan menunggu kepulangannya. Dikerling jam di tangan. Jam menunjukkan pukul 11 malam.

'Ya Allah, sayang kenapa tunggu abang'

Ammar segera menghampiri Ainul. Lauk pauk sudah tersedia di atas meja. Ammar mengejut Ainul.

"Sayang, kenapa tak naik atas tidur?" Soal Ammar.

"Ain tunggu abang balik. Abang dah makan?" Soal Ainul. Ammar menggeleng.

"Alah kesian. Tunggu jap eh, Ain panaskan makanan"

"Takpe sayang, takpayah panaskan. Sejuk sejuk pun sedap kalau sayang yang masak" Puji Ammar, mahu mengambil hati Ainul.

"Betul ni? Haha okay"

Ainul kelihatan tidak berduka dengan kehendaknya. Kehendaknya untuk Ammar berkahwin dengan Dayana.



"Sayang. Abang taknak kahwin dengan Dee. Tolong lah jangan paksa abang" Ujar Ammar.

Ainul merenung Ammar

Ainul meraih tangan Ammar, lalu diletakkan di perutnya.

"Abang... Anak dalam perut Ain, anak kita. Anak ini perlukan abang, sama seperti Dayana perlukan abang" tutur Ainul.

Air mata Ammar bergenangan.

"Ain tak paksa abang, Ain cuma mintak abang mengerti. Mengerti betapa Dayana perlukan abang untuk meneruskan hari hari terakhir dia"

Ammar tertunduk membisu. Air matanya mengalir.

Ainul mengesat air mata Ammar.

"Kita sebagai manusia, harus ada hati dan perasaan. Ain mintak abang fikirkan ya" ucap Ainul sambil mengucup pipi Ammar. Ainul berlalu pergi, namun Ammar sempat memegang tangan Ainul.

"Abang cintakan Ain, seorang" tutur Ammar, lemah.

"Ain tahu. Dah, jomlah tidur. Abang mesti penat seharian jaga Dayana"

Ammar memeluk erat pinggang Ainul. Dia mengelus lembut pipi dan rambut Ainul.

"Sayang terlalu baik. Abang tak sampai hati hampakan sayang. Kalau itu permintaan sayang, abang turutkan" bisik Ammar.

Agak hambar. Part ni just nak perdengarkan lagu di atas 😂😂😂
Tajuk dia pahit akan manis akhirnya. Dedikasi untuk Ammar dan Ainul 😊😊 maaf jika bosan. Vote dan komen, thanks.

Ternyata Salah MencintaimuWhere stories live. Discover now