part 8

15.8K 570 6
                                        

Ainul mengemas barangannya. Dia bakal ke Langkawi untuk menyelesaikan urusannya. Dia bersama dengan lima orang pekerja lain termasuk bosnya.

"Berapa lama Ain pergi ke sana?" Soal Puan Safura.

"Tak lama pun ibu. Mungkin tiga atau empat hari je" jawab Ainul.

"Ain jaga diri elok elok na. Jangan buat tak senonoh kat sana" pesan Puan Safura.

"Yalah ibu, ibu jangan risau" Ainul meyakinkan ibunya.

Telefon Ainul berdering.

'Ziyad'

Ainul menjawab.

"Ain hang ada mana?"

"Kat rumah laa, asal?"

"Aku nak ajak hang keluar lah. Bersiap cepat."

"Alah Ziyad, aku busy ni. Hang nak pergi mana?"

"Adalah. Kejap je. Tau. Siap cepat. Bye sayang!"

Tuttt tutttt..

"Dah bertunang pun dok aku hang lagi. Cuba la tukar Ain oi, takkan nak lagu tu ja, kasar bunyinya tu" bebel Puan Safura melihat Ainul yang masih ber aku hang dengan Ziyad.

Ainul hanya tersengih.

'Habistu nak panggil apa? Abang? Sayang? Euww, memang taklah!'

Ziyad membawa Ainul ke sebuah restoran mewah. Belum sempat Ziyad hendak membuka pintu, Ainul menghalang.

"Ehh, Ziyad hang nak makan sini ke?" Soal Ainul.

"Yelah kenapa?"

Muka Ainul berkerut.

"Aku takbiasa lah Ziyad oii. Aku ni bersederhana orangnya. Kita makan warung kat situ jelah. Sedap pun sedap, murah pun murah. Takpayah laa nak perabih duit makan kat sini" panjang lebar Ainul berkata kata.

Ziyad ketawa melihat tingkah Ainul yang membebel itu. Jika dia keluar bersama perempuan lain, pasti restoran ini yang menjadi pilihan mereka. Tetapi Ainul tidak! Dia sekadar mahu makan dia warung situ sahaja!

"Hahaha. Hang ni lawak lah Ain"

"Lawak apa pulak, ada aku buat lawak ke?"

"Hahaha, Ain Ain. Dah jom. Nak pergi warung mana?"

"Haaa, good question. Kita pergi warung kat hujung tu. Laksa dia terbaekkk!! Haaa moh kite moh!" Kata Ainul sambil berjalan menuju ke warung tersebut.

Ziyad hanya tercegat memerhatikan gelagat Ainul sambil tersenyum. Telatah gadis itu benar benar memikat hatinya.

Ammar menghubungi Ainul. Tetapi tidak dijawab. Ditenung jam di tangan.

"Hm, dah sepuluh setengah. Patutlah. Mesti dia dah tidur." Ammar bermonolog.

Ammar mencuba sekali lagi.

"Hello?"

Akhirnya Ainul menjawab.

"Hai."

"Ohh, ya bos. Assalamualaikum bos! Haa, ada apa bos?"

"err walaikumussalam" terasa dirinya disindir Ainul.

'Takguna punya pompuan!'

"Erm, awak pergi dengan siapa nanti?"

"Saya pergi dengan driver bas lah. Kenapa ni bos?"

" Jom pergi dengan saya"

"Ohh, takboleh la bos. Saya dah tempah tiket dah."

"Pleasee, go with me. Pleaseeeeeeee. Sayang pleaseee" rayu Ammar.

"Sory ya bos, nanti driver bas tu marah saya. Okay bos. Selamat malam. Asalamualaikum!"

Ainul mematikan talian.

Ammar terlopong.

"waaikumussalam"

Ammar mengepalkan tangan dan mengetap bibir. Dia berasa geram dengan Ainul.

'Takpa, kat sana aku akan laksanakan misi aku'

Telefon Ammar berdering.

'Dayana'

Ammar menolak panggilan itu.

Telefon Ammar berdering lagi.

Ammar menjawab kasar.

"You nak apa!"

"Heyy chill laa sayang. Apa ni marah marah I. Dengar cerita you nak pergi Langkawi. Sampai hati tak ajak I" kata Dayana dengan gaya rajuknya.

"I pergi sana untuk kerja, bukan berjimba!"

"Well, I nak ikut you"

"Tak boleh Dee!"

"Please I nak ikut youu. I janji I tak kacau you"

Ada sesuatu bermain di fikiran Ammar. Ammar membenarkan Dayana ikut bersama.

"Thanks sayang. Pick up me kat rumah tau"

"Heyy pergi sendi..." belum sempat Ammar menghabiskan ayat, Dayana sudah mematikan telefon.

"Ni nak kena pergi dengan dia lah ni?" Ammar bercakap sambil  memandang skrin, seolah olah sedang bercakap dengannya.

Ammar menghempas tubuhnya ke katil.

Ternyata Salah MencintaimuCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang