"Ain. Abang rindukan Ain. Sayang, maafkan abang" bicara Ammar, sambil jari jemarinya mengusap lembut pipi Ainul.
"Ain pun rindukan abang" kata Ainul lalu mengucup lembut tangan Ammar.
"Maafkan abang sayang. Abang tak mampu jadi suami yang baik untuk sayang. Abang dah banyak lukakan hati sayang. Tapi ketahuilah abang tak pernah duakan sayang. Tak pernah sekalipun"
Ainul menggeleng seraya berkata.
"Tak abang, abanglah suami yang terbaik. Ain dah maafkan abang. Ain tahu abang tak bersalah"
Ammar memeluk erat tubuh Ainul. Dia lantas meleraikan pelukan dan menjauhi Ainul. Kelibat Ammar hilang di sebalik cahaya.
"Abang! Abang! Jangan tinggalkan Ain! Abang!" Teriak Ainul.
"Ain.. Ain..." Puan Safura mengejutkan Ainul.
"Abang!" jerit Ainul setelah tersedar dari pengsan.
"Ain kat mana ni ibu? Abang Am. Ain nak jumpa abang Am" soal Ainul lantas mencuba untuk bangkit dari katil. Namun, Puan Safura menghalang.
"Ammar masih koma sayang. Ain.. Ain kena berehat. Kandungan Ain sekarang ni lemah" tegur Puan Safura.
"Ain nak jaga abang Am. Dia perlukan Ain ibu" ujar Ainul.
"Jangan risau. Abang Razi dan Ziyad ada temankan Ammar" Ainul tertunduk lemah.
"Sekarang Ain kena rehat demi kesihatan Ain dengan kandungan Ain" nasihat Puan Safura.
"Kenapa dengan Ain?" Soal Ainul
"Doktor cakap, Ain mengalami hypertension. Itu tak elok untuk kandungan Ain. Mak mintak sangat pada Ain jangan terlalu stres, jangan terlalu banyak fikir. Ini demi kebaikan Ain dan baby" pesan Puan Safura lagi. Puan Safura tahu, sangat berat untuk Ainul tenang memandangkan keadaan Ammar yang masih koma.
"Jaga kesihatan kamu nak. Doakan kesejahteraan Ammar. Jangan bersedih, kita kena redha. InsyaAllah Ammar akan sedar juga nanti" sambung Puan Safura.
Ainul berharap begitu. Dia ingin berada sentiasa di sisi Ammar. Dia pantas bangkit dari katilnya itu.
"Ain nak pergi temankan abang Am" Ainul berdegil. Puan Safura hanya menggeleng kepala. Puan Safura menuruti langkah Ainul.
Sesampainya di depan bilik Ammar, Ainul segera memulas tombol pintu.
Ainul terkesima apabila melihat tiada Ammar di situ. Ainul panik!"Abang? Abang kat mana? Ibu, abang Am mana? Abang Am mana?" Soal Ainul cemas.
"Ib. Ibu tak tahu" ujar Puan Safura.
Ainul segera bertanya kepada misi yang lalu di situ.
"Nurse! Mana suami saya dalam bilik ni?" Soal Ainul sambil menggoncang tubuh misi itu.
"Sabar Puan. Dia dah dipindahkan ke wad biasa memandangkan dia dah sedar" jawab Misi itu.
Ainul meleraikan pegangan pada tubuh misi itu. Dia menangis kesyukuran. Akhirnya, Ammar sedar juga setelah berhari hari dia koma!
Ziyad muncul. Dia ingin menyampaikan berita gembira tersebut.
"Ain. Am dah sedar" ujar Ziyad.
"Bawak aku jumpa dia Ziyad!"
Ainul berlari mendapatkan Ammar. Bahagia sungguh dia tatkala itu. Senyuman terukir di bibir Ainul yang pucat.
"Abang! Ain rindukan abang" Ucap Ain sambil melentokkan kepalanya di dada Ammar. Namun, tiada reaksi.
Ainul mengangkat kepalanya. Ammar memandangnya pelik. Berkerut dahi Ammar ketika itu.
"Abang, ni Ain. Abang tak rindukan Ain ke?" Soal Ainul kepada Ammar yang kelihatan bingung.
"Siapa Ain? Kau siapa?" Soal Ammar.
Ainul tergamam. Mengapa Ammar jadi begini? Adakah dia hilang ingatan? Ainul gundah gulana. Kini, Ammar tidak ingat lagi siapa dirinya!
"Encik Ammar mengalami amnesia, namun Puan jangan bimbang. Masalah ini cuma sementara sahaja" kata Doktor.
Ainul menarik nafas lega. Mujurlah masalah itu cuma sementara. Apa yang penting, Ammar sudah sedar. Dia tetap bersyukur.
Ziyad ingin menemui Dayana. Dia ingin membuat perhitungan dengan perempuan itu.
"Hoi!" Ziyad menjerit ke arah Dayana.
Dayana berpaling. Ziyad yang berkeadaan tangan berbalut itu dipandang sinis oleh Dayana.
"Kau siapa? Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku ni?"soal Dayana.
"Kau ingat nama aku baik baik. Nama aku Ahmad Ziyad bin Zaidi. Kau tu, perosak rumah tangga orang. Rumah tangga kawan aku!" Ujar Ziyad. Dayana ketawa.
"Ziyad. Apesal kau tak mampus je. Menyakitkan hati aku aje! Kau belah la!" Tengking Dayana.
"Kau ingat aku tak tahu rahsia kau? Kau yang buat naya Ammar, kau perangkap dia! Lepastu, kau tak puas hati dengan aku. Then kau nak langgar aku. Kan?"
Dayana terdiam.
"Haa, sekarang ni Ammar yang jadi mangsa. Kau puas la sekarang ni? Kau tak habis habis nak menyusahkan Ammar ni kenapa?"
Dayana terdiam lagi. Lidahnya kelu!
"Aku dah buat laporan polis. Aku akan pastikan, kau meringkuk dalam penjara!" Ujar Ziyad. Membuntang mata Dayana.
"Eh, apa buktinya!"
"Janganlah risau sangat sayang. Aku ada ramai saksi" jawab Ziyad sambil tersenyum sinis. Ziyad berlalu pergi dari situ.
Dayana kelihatan cemas. Peluh dingin mula membasahi wajahnya.
Sory part ini mungkin kurang best. Huhuhu. Maaf atas kelewatan, sibuk sikit😭😭😭
![](https://img.wattpad.com/cover/69653001-288-k482710.jpg)
YOU ARE READING
Ternyata Salah Mencintaimu
RomanceKisah perih yang dilalui Ainul Mardhiah sewaktu di bangku sekolah berulang kembali apabila dia bertemu pujaan hati yang enggan menerima cintanya dahulu. Dia benar benar telah melupakan lelaki itu, namun ditakdirkan mereka bekerja di satu pejabat yan...