Part 40

14.8K 383 18
                                        

Ammar mengambil angin pagi yang dingin di halaman rumah. Dia menghirup udara yang segar. Terasa lapang dada dan pemikirannya. Ketenangan kini dia rasakan. Dia terlihat kelibat Ziyad yang sedang berjoging.

"Woi!" Laung Ammar. Ziyad berpaling.

"Wohoi!" Balas Ziyad lalu singgah sebentar ke rumah Puan Safura.

"Bila kau ada kat sini?" Soal Ziyad.

"Semalam. Projek memujuk menjadi" kata Ammar sambil membuat gaya berbisik pada Ziyad.

Ziyad tersenyum kecil.

"Tahniah lah. Jangan buat hal lagi sudah" pesan Ziyad.

"Hm, insyaAllah. Huish, aku rasa dah lama tak jog. Badan pun dah makin comel" ujar Ammar

Ziyad ketawa.

"Hah, jomlah jog sekali. Ada jugak geng nak borak, takdela aku cakap sorang sorang japgi" ajak Ziyad.

"Hahah, okay tukar baju jap. Takkan nak pakai kain pelekat pulak" kata Ammar dan terus masuk untuk menukar pakaian.

"Am, mai sarapan" ajak Puan Safura.

"Takpa ibu makan dulu. Am nak jog dengan Ziyad kejap" ujar Ammar.

"Amboi, dulu bukan main bergaduh bertumbuk bagai. Sekarang ni dah jadi geng?"

Ammar hanya tersengih.

"Hehe biaselah ibu. Takkan nak gaduh memanjang. Am pergi dulu ibu"



"Aku nak Ammar! Tepiiii!!!! Aku nak Ammar. Ammar mana!!!!! Lepaskan aku!!!!" Dayana mengamuk di wad. Dia tidak ubah seperti orang gila. Dia mahukan Ammar berada di hadapannya.

Zaharul bersama sama dengan tiga orang misi memegang tubuh Dayana yang bertindak agresif.

"Okay, Dee, tengok ni. I call Ammar sekarang. Tenang Dee, tenang!" Ujar Zaharul.

Kuat sekali Dayana meronta untuk melepaskan diri. Misi yang memegang Dayana juga sudah kelihatan serabai. Tangan Dayana yang menepis terkena pada muka Zaharul. Terasa cecair hangat berwarna merah mengalir dari bibir Zaharul.

Namun, Dayana menjadi sedikit tenang setelah diberi ubat penenang.

"Aku nak Ammar. Ammar.... Ammar....." Nama Ammar disebut sebelum tubuhnya terbaring di katil.




"Aduh weh, lepak jap ahh. Aku penat" ujar Ammar yang kelihatan semput. Maklumlah, sudah lama dia tidak bersenam.

"Apalah kau. Baru joging sikit dah penat" Ziyad bersuara.

"Eleh, aku dah lama tak joging. Stamina kurang" ujar Ammar, namun tiba tiba handfonnya berdering.

'Zaharul?'

"Hello?" Ucap Ammar.

Ziyad sekadar memerhati riak wajah Ammar yang bertukar.

"No, Zarul aku tak ada kena mengena dengan dia lagi!"

Ziyad hairan. Dahinya berkerut.

"Fine, aku datang sekarang!" Ammar mematikan talian.

Wajah Ammar kelihatan serabut.

"Apahal bro?" Soal Ziyad.

"Dayana. Dia dah gila! Dia mengamuk kat wad, dia nak aku ada." ujar Ammar.

"Kat wad? Dah kenapa beruk tu masuk wad?" Soal Ziyad lagi.

"Cubaan bunuh diri. Dia kelar tangan dia" terang Ammar.

'Dah beruk tu beruk jugak!' gumam Ziyad.

"Ziyad, ikut aku please" rayu Ammar. Ziyad mengangguk setuju.

"Jangan bagitahu Ain tau" pesan Ammar.


Ammar memasuki bilik yang menempatkan Dayana. Kelihatan Dayana terbaring lesu.

"Ammar, kau kena stay sini sampai dia jaga. Dia kalau terjaga takde kau kat depan mata, konfem dia mengamuk" tegas Zaharul.

Ammar meneguk air liur.

"Bro, kenapa pulak dia? Dia takda kena mengena lagi dengan perempuan ni" soal Ziyad kepada Zaharul

"Masalahnya, perempuan ni mengamuk kalau takda Ammar. Dia ni baru lepas kena ubat penenang. Kalau tak, jahanam tempat ni dah. Ni tengok ni berdarah bibir aku" ujar Zaharul sambil menjuihkan bibirnya yang berdarah kerana Dayana.

Ammar meraup wajahnya. Apa harus dia lakukan?

"Sekarang ni, terpulanglah kau nak buat apa. Kau call lah papa dia suruh balik Malaysia, uruskan anak dia. Kenapa nak suruh aku pulak. Dah jom, Ziyad!" kali ini, Ammar membela diri. Mereka berdua segera meninggalkan tempat itu.

"Wait Ammar, kau kena stay!" Laung Zaharul. Namun, Ammar tetap meninggalkan tempat itu. Zaharul menumbuk dinding.

"Damn!" Zaharul memaki hamun.

'What should I do' Zaharul meraup wajahnya. Dia takkan meninggalkan Dayana dalam keadaan begini. Dia sayangkan perempuan itu. Namun, Dayana hanya inginkan Ammar!

"Ziyad, masuklah dalam dulu" pelawa Puan Safura. Ziyad mengangguk dan masuk ke dalam.

Ainul yang sedang menonton televisyen menegur suaminya.

"Abang pergi mana dengan Ziyad? Lama betul. Bukan nak ajak Ain" Ainul membuat nada merajuk.

"Kitorang pergi hospital..." Ziyad terlepas cakap.

Ammar memandang Ziyad.

"Hospital? Buat apa?" Soal Ainul.

"Aaaa kitorang melawat... kawan. Haa kawan. Dia accident" jawab Ammar.

"Ohh accident. Teruk ke?" Soal Ainul.

"Huishhh teruk, kepala tercabut" sampuk Ziyad.

Ainul ketawa. Begitu juga Ammar dan Ziyad.

"Dah dah, tercabut ke tertanggal ke, jom makan. Ziyad meh makan sekali"

'Nasib baik tak kantoi. Ziyad Ziyad' gumam Ammar dalam hati.

Okay hambar huhuhu, sory ehh😂😂. commentlah apa apa yg patut teguran ke cadangan ke. Kalau sudi vote dan follow. Thanks 😁😁😁

Ternyata Salah MencintaimuCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang