Part 27

12.5K 404 5
                                        

Ammar pulang ke rumahnya. Kelibat Ainul tidak kelihatan, namun telefon bimbitnya masih di situ.

"Ya Allah, mana sayang pergi" rintih Ammar.

Dia yakin Ainul ke rumah ibunya. Namun, dia bimbang akan reaksi keluarga Ainul. Dia bertambah risau akan Ziyad! Ziyad pasti tidak akan melepaskan Ainul kali ini. Ammar meraup raup wajahnya berulang ulang kali.

"Sayang dont leave me alone. Abang masih perlukan sayang" rintihnya sekali lagi.


Ammar menghirup fresh oren kegemarannya di kedai mamak berhampiran ibu kota. Rambutnya berserabut. Jelas terpancar kekusutan di wajahnya. Dia benar benar jiwa kacau!

Dia ternampak kelibat Ziyad lalu di hadapannya. Dia menyorokkan muka.

'Huh, nasib baik dah pergi' ujar Ammar.

Tiba tiba dia di sergah dari belakang. Ammar tersentak. Ziyad! Lahanat budak ni, buat terkejut aje! Ammar mengurut urut dadanya.

Ziyad ketawa setelah itu. Lucu melihat muka Ammar apabila terkejut. Dia lantas duduk berhadapan dengan Ammar. Ammar menjeling saja.

"Kau sorok muka apa, ingat aku tak nampak kau?" Soal Ziyad, tawanya masih bersisa.

Ammar diam saja. Dia menghirup terus airnya itu.

"Apasal berserabut je aku tengok kau ni? Ni, Ain mana?" Soal Ziyad bertubi tubi. Riak wajah Ziyad penasaran.

"Bukan dia kat rumah ibu dia ke?" Jawab Ammar selamba. Mahu menutup kegusarannya.

"Mana ada. Aku baru lepas balik dari rumah dia lah ni hantar Razi" ujar Ziyad. Ammar meneguk air liur.

"Am. Dia lari rumah ke? Apa kau dah buat kat dia?" Soal Ziyad.

"Bro, rileks bro. Aku tahu kau boleh faham aku. Kau tahukan aku sayang sangat kat Ain" Ammar merayu Ziyad untuk bertenang.

Ziyad menghela nafas.

"Ya, aku tau hang sayang Ain"

'Aku pun sayangkan Ain' sambung Ziyad dalam hati.

"Bagus kalau kau tau. Hang tahukan yang aku takkan buat Ain sakit hati lagi. Kau tahu kan sebab apa?" Ammar berkata lagi.

"Tau. Kau takut aku rampas dia dari kau" jawab Ziyad.

"Good. Jadi, aku tak mungkin buat perkara yang menyakitkan hati dia"

"Jap, cuba kau straight to the point je Am. Pening aku!" Ziyad berkerut.

"Aku dianiaya..." Ammar memulakan ceritanya kepada Ziyad. Ammar yakin, Ziyad mampu membantunya.

Setelah usai bercerita, Ammar menghela nafas.

"Lahanat punya perempuan. Tak habih habih nak pelingkup rumah tangga orang" bentak Ziyad. Dia faham benar situasi Ammar sekarang. Namun dia tidak mampu merasai kesedihan yang dilanda Ainul.

"Cop. Betul ke perempuan tu mengandung?" Soal Ziyad inginkan kepastian.

Ammar sekadar mampu menangkat bahu tanda tidak tahu. Tiba tiba, Ammar terlihat satu kelibat yang dia kenal.

"Wei, laki tu!" Ammar menuding ke arah lelaki yang bertubuh sasa. Donnie!

Donnie lantas melarikan diri. Ammar pula pantas mengejarnya. Begitu juga Ziyad.


"Assalamualaikum" laung Ainul di luar rumah sahabat karibnya, Afrina.

Afrina membuka pagar.

"Walakumussalam. Eh, Ain! Masuk masuk!" Pelawa Afrina. Terkejut melihat kehadiran Ainul.

Setelah dijemput duduk, Afrina memulakan bicara.

"Hang kenapa tiba tiba datang sini, call tak apa tak" ujar Afrina.

Ainul sekadar tersenyum.

"Af, aku nak stay rumah hang dua tiga hari boleh tak?" Pinta Ainul.

"Eh, laki hang tak marah ke? Eh, hang gaduh ngan laki hang ke?" Soal Afrina.

Ainul menujukkan isyarat seinci. Menunjukkan dia bergaduh dengan suaminya hanya sedikit. Kecil kecilan gitu!

"Hang stay lah berapa lama hang nak stay. Tapi, kalau laki hang mai sini nak ambik hang, hang kena balik la tau" pesan Afrina.

Ainul mengangguk setuju seraya tersenyum.

"Thanks Af. Sayang hang" ucap Ainul.

"Dah dah. Aku tau hang penat. Pergilah naik berehat"

"Ya Allah, memahaminya kawan aku sorang ni! Aku naik dulu ya?" Ainul berkata sambil ketawa.

"Baru tau ke? Dah dah naik naik" ujar Afrina yang turut ketawa.


Setelah berlaku aksi kejar mengejar, akhirnya Ammar berjaya menangkap Donnie.

"Kau perompak haritu kan? Betul tak?" Bentak Ammar sambil menekan leher Donnie di dinding. Lorong itu kelihatan agak gelap dan sunyi, sesuai untuk bergaduh!

Ammar sekadar memerhati. Jika Ammar perlukan bantuan, dia akan membantu.

"Ya ya ya, eh tak tak!!" Jawab Donnie ketakutan.

"Mana satu ni bodoh! Ya ke tak?!" Soal Ziyad yang memeluk tubuh.

"Aku bukan perompak!" Jawab Donnie lagi.

"Kalau bukan perompak, habistu kau buat apa haritu kat rumah perempuan tu?!" Soal Ammar lantas menumbuk perut Donnie.

"Aku tak boleh bagitau! Dia bayar aku! Banyak!"

"Berapa sangat dia bagi kau?" Soal Ammar lagi.

Donnie membuat percubaan untuk lari. Namun Ziyad lebih pantas mencengkam tengkuk Donnie. Donnie akhirnya tersembam di tanah.

"Cakap cepat berapa dia bayar kau!" Soal Ziyad pula.

"Sepuluh ribu!" jawab Donnie.

Ziyad dan Ammar saling berpandangan.

"Aku bagi kau dua kali ganda. Kau nak?" Tawar Ammar.

Donnie menggeleng. Sebiji tumbukan singgah di pipi Donnie oleh Ammar.

"Ini untuk haritu, aku bayar balik" ujar Ammar setelah membalas tumbukan yang pernah Donnie lakukan terhadap Ammar.

Donnie mengaduh.

"Aku bagi kau lima kali ganda. Kau buka rahsia kau pada aku!" Tawaran Ammar kepada Donnie semakin tinggi.

Ziyad mencengkam kuat tengkuk Donnie, memaksa Donnie untuk menerimanya.

"Ya ya ya aku setuju!" Akhirnya Donnie bersetuju.

Ammar memandang Ziyad dengan riak penuh pengharapan. Mereka tersenyum puas!

Maaf jika part kali ni hambar ya :(
Apa apa pun, komen kalau perlu diperbaiki. I need your feedback. Kalau sudi vote dan followlah saya. Thanks :):):)

Ternyata Salah MencintaimuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang