Part 25

13.3K 425 8
                                        

Ainul kelihatan teruja. Dia dan suaminya bakal berbulan madu di Bali. Memang ini yang diidamkan Ainul sejak dari dulu. Akhirnya, impiannya akan tercapai tak lama lagi. Dia teringat akan bapa mertuanya yang menawarkan hadiah perkahwinan tersebut sebulan lepas. Dia sangat sangat menghargainya.

Barangan Ainul telah siap kemas sejak dua hari lepas lagi. Maklumlah, eksaited uols! Ainul menyiapkan barang barang milik Ammar juga. Ammar kan sibuk bekerja, jadi Ainullah yang mengambil alih mengemas barang barang Ammar.

"Yang. Dah siap ke?" Laung Ammar dari tingkat bawah.

"Yeye kejap abang, Ain dah nak turun dah ni!" Sahut Ainul.

Tiba tiba loceng rumahnya berbunyi.

'Siapa pula yang datang?'

Ammar segera menjenguk ke luar. Sebuah kereta Toyota Camry milik Dayana. Ya, dia kenal benar kereta itu!

'Apa kau buat di sini setannnnn' gumam Ammar dalam hati. Dia lantas beristighfar setelah menggelarkan Dayana 'setannnn'

Dia merenung ke atas. Ainul masih belum turun. Ini kesempatannya untuk ke luar memghalau Dayana. Dia segera meluru keluar.

"You nak apa lagi ni Dee?" Soal Ammar

"I nak you bertanggungjawab atas kandungan I" ujar Dayana.

"What?! Eh apa you merepek ni? Bila masa pulak I mengandungkan you. You jangan nak buat hal di sini Dee!" Ammar berang apabila di tuduh sebegitu.

"I ada bukti lah Am. Nak I tunjuk kat you? Ke, you nak I tunjuk pada Ainul? Ainul mana? Ainul?" Ujar Dayana lantas meluru ke dalam memekik nama Ainul.

Ammar segera memaut lengan Dayana.

"Hey, apa ni Dee, I langsung tak faham" soal Ammar sambil memaut lengan perempuan itu.

Ainul keluar sejurus terdengar sedikit kekecohan di luar. Dia melihat Ammar sedang menarik tubuh Dayana dekat pada tubuhnya. Ainul terkesima. Ainul menyaksikan saja babak yang menghimpit jiwanya itu.

Dayana yang menyedari kehadiran Ainul segera meraih tangan Ammar dan meletakkan di pinggangnya. Ammar menepis kuat dan berpaling.

'Ainul' Ammar meraup wajahnya setelah itu. Dayana segera mendapatkan Ainul.

"Hey Ainul. Aku datang just nak bagitahu kau yang kita ni bakal bermadu" ujar Dayana.

Ainul membisu sejak dari tadi. Dia tidak mengerti apa yang sedang berlaku. Bermadu? Apa ini?

"Kenapa diam? Kau happy eh? Maigadd, aku lagi happy. Aku mengandung anak Ammar!" Sambung Dayana lagi dengan riak teruja.

"Sayang, jangan percayakan setan ni!" Ammar membela dirinya, berharap Ainul tidak mempercayai apa yang keluar dari mulut Dayana.

Ainul yakin. Dia harus mempercayai suaminya!

"Aku percaya kau mengandung" ujar Ainul. Ammar mengeluh.

"Tapi aku tak percaya Ammar yang lakukannya. Ammar bukan macam tu, I know him more than you" sambung Ainul.

Ammar menarik nafas lega. Dia lantas mendapatkan isterinya dan memeluk bahu Ainul.

Dayana tersenyum sinis.

"Well, I ada buktilah uols. I have a lovely picture with you sayang. You tak ingat ke malam tu? ohh sayang you agresif sangat malam tu"  Dayana berkata dengan nada manja. Dia mendekati Ammar dan membelai wajah Ammar.

Ainul menatap wajah Dayana dengan perasaan geram. Mahu saja wajah itu ditumbuknya sekali lagi. Jujur, dia geram saat ini!

"Ainul, kau ingat tak malam yang Ammar balik lambat? Actually, dia datang rumah aku lah. We have a wonderful moments that night. I love it" ujar Dayana lagi. Kali ini dia mengenyit mata pada Ammar.

Ammar segera menolak tubuh Dayana.

"Eh, kau keluarlah setan!" Sekali lagi Ammar menggelar Dayana setan. Huh.

Dayana ketawa.

"Ainul, jangan lupa tengok gambar tu nanti ya? I'll send you later. Kejap je lagi. Bye, bakal madu" bisik Dayana di telinga Ainul. Ainul mengetap bibir lantas masuk ke dalam.

Telefon Ainul berdering. Dia membuka mesej masuk itu. Whatsapp itu dari Dayana. Ainul menatap gambar gambar itu.

Dia menyaksikan adegan adegan panas suaminya itu bersama Dayana. Hatinya hancur luluh. Ternyata percakapan Dayana itu benar! Air matanya kini mengalir. Dia menahan sebak. Tergamak Ammar melakukan itu padahal Ainul sangat sangat mempercayainya. Sungguh tega Ammar mengkhianati kepercayaannya. Ainul merintih dalam hati. Dia sepatutnya gembira hari ini, namun perkara sebaliknya berlaku.

"Sayang buat apa lagi tu? Kita kan nak pergi honeymoon, cepat kita kena bertolak sekarang" ujar Ammar.

"Its no more honeymoon for us!" Ainul bersuara.

Huhu, Maaf ya jika hambar. Sebetulnya tiada pengalaman. Comment jika perlu diperbaiki. kalau sudi, vote dan followlah saya. Thanks :):):)

Ternyata Salah MencintaimuCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang