Waktu pejabat hampir tamat. Ammar bersedia untuk pulang ke rumah. Tiba tiba telefon bimbitnya berdering. Tertera nama Dayana di skrin.
'Dee? Apa dia nak?' Ammar hairan. Dia menolak panggilan itu. Namun, telefonnya berdering sekali lagi. Dia lantas mengangkat panggilan dengan kasar.
"You nak apa?!" Teriak Ammar.
"Abang? Abang dah kenapa?" Soal gadis itu di hujung talian.
Ammar melihat skrin. Rupanya kali ini Ainul yang menghubunginya. Ammar menepuk dahinya.
"Sorry sayang. Abang ingat Dee yang yang call. Im so sorry ya sayang" Ammar meminta maaf. Bimbang isterinya itu berkecil hati.
"Hm, its okay lah abang. Abang nak makan apa malam ni? Biar Ain masakkan" soal Ainul.
"Apa apa saja pun abang tak kisah. Abang hentam aje" jawab Ammar sambil ketawa.
Ainul tersenyum.
"Kalau macam tu, biar Ain masak makanan favourite abang. Masak lemak ketam dengan nenas" ujar Ainul.
"Ya Allah sedap tu sayang. Nanti balik abang makan ya. Bye sayang" Ammar mematikan panggilan.
Seketika kemudian. Telefon bimbitnya berdering lagi. Kali ini nama Dayana sekali lagi tertera di skrin.
Ammar mendengus. Dia mengangkat panggilan itu dengan nada yang tinggi.
"You nak apa lagi?!" Soal Ammar.
"Ammar, tolong I!. Ada perompak kat rumah I!. Dia nak rogol I!. Tolong I Am! Come and safe me!" Dayana menangis nangis di hujung talian. Suaranya jelas dalam ketakutan.
"Okay Dee relax, I datang sekarang. You better call polis untuk follow up" pesan Ammar kepada Dayana. Dia bergegas menuju ke rumah Dayana yang terletak berhampiran dengan pejabatnya.
Sesampainya Ammar di rumah Dayana, kelihatan pintu pagar terbuka luas, begitu juga pintu rumahnya. Terdapat empat orang lelaki yang memakai topeng di situ. Dua orang sedang memegang tangan Dayana yang menangis ketakutan.
Ammar segera menyerang ke arah perompak perompak tersebut. Ammar sememangnya tangkas dalam hal sebegini. Dia mahir dalam seni mempertahankan diri. Namun lawannya saat ini bukannya calang calang.
Sedang rancak dia bergelut, tiba tiba belakang Ammar di hentak dengan sebuah objek keras. Ammar akhirnya tertewas. Dia rebah dia lantai.
Dunia bagaikan terjeda seketika. Salah seorang lelaki tersebut memeriksa nadi Ammar.
"Hidup lagi bos!" Laung Donnie.
Dayana tersenyum. Dia lantas bangkit dan menuju ke arah Ammar. Di belainya wajah tampan yang tidak menyedarkan diri itu.
"Im sorry sayang, I have to do this because I love you. I cant live without you" ujar Dayana lantas menyuruh lelaki itu membawa Ammar ke biliknya di tingkat atas.
Ammar terjaga. Dia terasa sakit yang amat sangat di bahagian kepalanya dan belakang badannya. Dia melihat sekeliling. Dia terlihat kelibat wanita di situ.
"Dee" Ammar menyeru nama Dayana.
"Oh, sayang Thanks God finally you sedar" ujar Dayana sambil menghampiri tubuh Ammar untuk memeluk lelaki itu. Ammar menepis.
Ammar segera merenung jam tangannya. Pukul satu pagi! Ammar bingkas bangun. Dia perlu pulang dengan segera.
"Sayang you stay sini sajalah malam ni" pinta Dayana.
"No, I have to go. Please, move!" Arah Ammar. Dia lantas keluar dari situ dan segera pulang ke rumah.
Dayana membiarkan saja Ammar pergi. Namun, perempuan itu tersenyum puas!
"Mesti sayang tunggu abang balik. Kesian sayang" Ammar serba salah dengan Ainul. Dia resah memikirkan reaksi Ainul. Dia menghidupkan telefon bimbitnya yang terpadam. Terdapat sepuluh panggilan daripada Ainul. Ammar mengeluh. Dia terus memecut laju keretanya.
Ammar melangkah perlahan masuk ke rumah. Kelibat Ainul tiada. Dia menuju ke meja makan. Makanan rupanya sudah dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Ammar segera menapak ke atas menuju ke biliknya. Dikuak pintu dengan perlahan. Dia menghampiri isterinya yang sedang tidur. Dia melingkarkan tangannya di pinggang Ainul dan mencium dahi isterinya.
Ainul terjaga.
"Baru balik abang?" Soalnya.
"Ya sayang. Sorry, abang ada hal tadi. Sorry ya?" Ammar memohon maaf.
"Abang dah makan? Lama Ain tunggu abang tadi." Soal Ainul lagi. Namun nadanya sedikit sayu.
Ammar menggeleng. Ammar rasa serba salah terhadap Ainul.
"Kesian sayang. Maafkan abang ya" kata Ammar sambil mencium tangan Ainul.
"Jom turun bawah. Ain panaskan lauk ya. Jom jom" ujar Ainul sambil menarik tangan Ammar turun dari katil.
Ammar lega. Mujur isterinya itu tidak marah. Dia bersyukur kerana mempunyai isteri sebaik dan setabah Ainul. Dia mengukirkan senyuman buat isterinya itu.
Namun di hati Ainul terbuku satu perasaan kecewa. Tapi dia menyembunyikan perasaan itu. Dia harus memahami dan percaya sepenuhnya kepada suaminya.
"Sayang. Tahu tak kenapa papa panggil abang haritu?" Soal Ammar.
Ainul menggeleng seraya bertanya kepada Ammar apakah sebabnya.
"Papa sponsor kita untuk pergi honeymoon. Hadiah perkahwinan kita" ujar Ammar sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut.
"Wahhh, abang bestnya. Kat mana?" Ainul teruja.
"Sayang cakap aje nak pergi mana, kita pergi"
Ainul sudah membayangkan masa depan. Ainul benar benar teruja!
Maaf jika hambar :(
Comment jika ada yg perlu diperbaiki. vote dan followlah kalau sudi. Thanks :):):)
ANDA SEDANG MEMBACA
Ternyata Salah Mencintaimu
RomanceKisah perih yang dilalui Ainul Mardhiah sewaktu di bangku sekolah berulang kembali apabila dia bertemu pujaan hati yang enggan menerima cintanya dahulu. Dia benar benar telah melupakan lelaki itu, namun ditakdirkan mereka bekerja di satu pejabat yan...
