Part 32

12K 364 4
                                        

Setelah seminggu di hospital, akhirnya Ammar dibenarkan pulang. Namun, ingatan Ammar masih belum pulih. Walaubagaimanapun, Ainul tetap berusaha mengembalikan memori Ammar.

"Kau bawak aku pergi mana ni?" Soal Ammar.

"Abang. Ain bawak abang balik rumah kitalah" jawab Ainul tenang. Ammar hanya membisu. Sesampainya di rumah mereka, Ainul membukakan pintu untuk Ammar. Ammar memerhati segenap ruang rumah itu. Matanya meliar.

"Ini... Ini rumah aku?" Soal Ammar.

"Yelah abang. Haa tengok ni. Ini, gambar masa hari kita nikah" ujar Ainul sambil menunjukkan bingkai gambar pernikahan mereka. Ammar hanya diam membisu.

"Aku suami kau?" Soal Ammar lagi.

Ainul mengangguk laju.

"Abang satu satunya suami Ain" kata Ainul sambil memeluk erat tubuh Ammar.

"Abang cepatlah sembuh. Ain rindukan Abang yang dulu" bisik Ainul di telinga Ammar. Ammar tidak selesa tatkala Ainul melakukan itu lantas meleraikan pelukan itu. Ammar menjauhkan sedikit tubuhnya.

"Sorry, aku tak biasa" ujar Ammar lalu membawa diri ke luar.

Ainul tertunduk. Sungguh, dia rindukan Ammar yang dulu. Ammar yang ceria dan menyayanginya. Namun apa yang ada sekarang hanyalah Ammar yang kaku, kekok dan sugul.

Ainul menganggap Ammar masih sakit, lalu dibiarkan perasaan sedih yang membelenggu. Harapannya agar Ammar akan kembali pulih seperti dahulu.

'Ain akan usaha sedaya Ain untuk pulihkan ingatan Abang' tekad Ainul lalu menuruti langkah Ammar keluar.


"Ziyad!" Dayana memekik nama Ziyad. Ziyad berpaling.

"Hm, kau nak apa?" Soal Ziyad.

"Aku nak minta maaf. Ya aku mengaku, aku nak langgar kau. Sebab. Aku bengang la kat kau! Faham?" Dayana membuat pengakuan.

Ziyad tersenyum sinis.

"Finally kau mengaku jugak kan? Tak payah la susah susah polis nak siasat. Kan?" Perli Ziyad.

Mata Dayana terbeliak. Terkejut.

"Aku merayu pada kau. Tarik balik laporan tu. Aku akan tebus kesilapan aku pada kau. Aku janji!" Rayu Dayana.

"Wow!" Teriak Ziyad lalu menepuk nepuk tangannya.

"Dayana. Merayu pada aku. That's amazing!" Kata Ziyad yang masih bertepuk tangan. Dayana tertunduk.

"Please. Aku merayu. Apa kau suruh aku buat, aku akan buat" ujar Dayana.

"Kau patut minta maaf pada Ammarlah, bukan aku. Walaupun niat kau nak langgar aku, tapi Ammar yang jadi mangsa"

"Where is he?" Soal Dayana.

"Tak payah la kau cari dia. Dia bukannya ingat kau pun. Dia amnesia" terang Ziyad.

"Oh my God, what i've done!" teriak Dayana lalu menekup mulutnya.

"Kau kena bersihkan nama Ammar pada isteri dia. Kau boleh buat tu?" Pinta Ziyad. Dayana merenung redup wajah Ziyad. Lantas mengangguk.

'Sure! Tapi aku ada back up plan' bisik hati Dayana.

"And one more thing. Dont you dare to do anything yang akan musnahkan rumahtangga diaorang. Faham?" Sambung Ziyad. Dayana hanya mampu mengangguk.

Dayana berlalu dan tersenyum puas. Dia berjaya memujuk Ziyad menarik kembali laporan yang dibuat.

"Its okay. I have another plan. Tapi sebelum tu, aku kena hapuskan seseorang dulu" Dayana bermonolog sambil wajah Ziyad bermain main di minda.

"Abang. Jom makan!" Ainul menjemput Ammar untuk makan.

Ammar malas hendak melayan Ainul kerana dia merasakan perempuan itu merimaskan. Namun, perutnya terasa lapar dan aroma masakannya membuka selera.

Ammar perlahan menuju ke meja makan. Ainul tersenyum manis.

"Duduk abang, makan. Ni, Ain masak makanan favourite abang. Ketam masak lemak dengan nenas" bicara Ainul panjang lebar, namun Ammar tetap tiada respons.

Ammar menyuapkan nasi ke dalam mulut.

'Hm, not bad perempuan ni masak' Terdetik dalam hati Ammar.

"Sedap tak abang?" Soal Ainul.

"Biasa aje" jawab Ammar. Ainul sedikit kecewa. Biasanya, Ammar akan memuji setiap masakannya. Namun, kali ini berlainan.

Ammar membuka pintu bilik. Dia menjenguk. Kelihatan Ainul yang sedang duduk di meja solek sambil melumur losen di tubuhnya. Ainul tersenyum kepada Ammar melalui cermin. Namun, Ammar segera mengatup pintu. Ainul berpaling melihat ke arah pintu.

"Kena tidur dengan dia? Ish, takmahu lah!" Ammar bermonog, lalu menuju ke bilik tetamu.

Ainul mengeluh. Dia lantas meluru ke luar.

"Abang. Abang, nak pergi mana?" Soal Ainul.

"Aku.. Aku nak tidurlah" ujar Ammar.

"Abang, itu bukan bilik kita. Bilik kita di sana"

"Kita? Tidur dengan kau? Err, takpalah. Aku tidur sini saja" Ammar berkata lalu segera meninggalkan Ainul.

"Abang!" panggil Ainul, namun sia sia saja. Ainul melangkah lemah menuju biliknya.

Ainul mengambil positif segala tindakan Ammar.

'Proses pemulihan' Bisik hati Ainul.

Sory lambat sebab agak sibuk. And sory sangat sangat kalau takbest :( komenlah apa yg patut. Kalau sudi, vote dan followlah saya. Thanks :)

Ternyata Salah MencintaimuCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang