Soo Mi membawa seorang pelajar perempuan baru yang cantik dan anggun mengelilingi sekolah sebelum menghantarnya ke kelas . Semua pelajar yang berselisih dengan mereka tidak melepaskan pandangan kepada gadis di sebelahnya .
Selalunya ketua pelajar yang akan menguruskan pelajar baru namun dia sebagai penolong ketua pelajar terpaksa mengambil alih kerana ketua pelajar mempunyai urusan di luar sekolah . Sememangnya dia baru berumur 16 tahun tetapi dia sudah menjadi penolong ketua pelajar disebabkan guru-guru yang senang dengan sikapnya .
Kaki nya menuju ke kelas 5 Sains 1 untuk menghantar pelajar baru di sebelahnya . Soo Mi mengetuk pintu dan kemudian masuk selepas diberi keizinan oleh guru yang mengajar . Semua mata tertumpu kepadanya dan pelajar baru di sebelahnya .
" Ini adalah Jun Ha . Pelajar baru untuk kelas ini . Jadi diharapkan semua bekerjasama dan membantunya . " kata Soo Mi tegas tanpa sedikit rasa gentar . Pelajar di sekolah juga tahu menghormatinya walaupun pelajar yang lebih tua .
En. Park yang sedari tadi mendiamkan diri mula mengarahkan pelajar baru tersebut untuk mengambil tempat di sebelah seseorang yang amat dikenali . Mata Soo Mi tertumpu ke kanan bersebelahan tingkap . Barisan yang dipenuhi oleh orang-orang yang dikenalinya .
Taehyung dan Jimin melambaikan tangan pada Soo Mi . Jin dan Jungkook mengukir senyuman . JHope mengenyetkan matanya dan Namjoon tersengih . Kemudian matanya terarah pada Suga yang hanya dingin .
Soo Mi meminta diri untuk keluar dan terus menuju ke kelasnya yang berada di tingkat atas . Soo Mi sempat mengukir senyuman manis kepada enam orang tadi sebelum beredar . Sementara di kelas 5 Sains 1 pula , En. Park pergi ke bilik guru sebentar untuk mengambil buku . Ketika itu Suga mengambil kesempatan untuk berbual dengan pelajar baru yang berada di sebelahnya ." Hai . Saya Suga . Awak ? " tanya Suga . " Saya Jun Ha . Selamat berkenalan ." balas Jun Ha sambil tersenyum . Jhope dan Namjoon mengambil kesempatan untuk memusingkan badan ke belakang untuk berbual dengan Jun Ha juga .
Jimin dan Taehyung memang kebiasaannya akan bermain dengan Jungkook dan Jin . Tetapi aneh apabila Jin hanya mendiamkan diri . Jin memegang dadanya yang berdegup laju kerana gementar dan berdebar .
Taehyung yang melihat peluh mula merenik di dahi Jin mula risau . " Jin hyung . Okay tak ? " tanya Taehyung . Mata Jimin dan Jungkook juga terarah pada Jin . " Hyung okay . " balas Jin sambil menarik nafas perlahan bagi menghilangkan debaran tadi .
Dia tidak berniat untuk memusingkan kepala memandang ke belakang sekali pun atau lebih tepat untuk memandang Jun Ha . Dia kenal Jun Ha . Dia sangat mengenali Jun Ha .
-------------------------------------------------------
Ini cerita saya yang ketiga . Saya harap dapat vote dan comment untuk menaikkan semangat saya . Terima kasih kepada readers kerana sudi membaca . 😊
Pastikan baca sampai habis tau! Sebab akhir-akhir tu baru rancak. 😂
YOU ARE READING
[ Completed ] Because Of You | Suga |
FanfictionAku benci dia. Memang aku benci dia. Tapi semua tu berubah. Perasaan benci mula bertukar kepada sayang dalam diam. Sudah terlambat untuk aku buang perasaan itu bila aku diikat dengan dia. Sebab itu orang selalu pesan, " Jangan terlalu membenci, n...