Tujuh [ 7 ]

4.4K 426 7
                                    

Soo Mi mengemas beg sekolahnya sambil melihat jam di dinding rumah tersebut yang menginjak ke pukul 10:00 malam . Soo Mi melihat mereka yang sedang melakukan kerja sekolah kecuali Suga dan Jimin yang menonton televisyen . Dia perlu segera pulang ke rumah sebelum eommanya risau .

Beg sekolahnya digalas di bahu Soo Mi dan dia pergi ke arah Jin yang sedang duduk menyelesaikan kerja sekolah . " Jin oppa . Soo Mi nak balik . Boleh? " bisik Soo Mi supaya mereka yang lain tidak terganggu . Jin mengangkat kepala dari terus menunduk melakukan kerja sekolah .

" Dah nak balik ? Jomlah Jin oppa hantar . " pelawa Jin . " eh tak payah . Jin oppa teruskan buat kerja sekolah . Soo Mi boleh balik sendiri . " balas Soo Mi menolak pelawaan Jin . " tak boleh . Dah malam sangat ni . Soo Mi kan perempuan . " kata Jin berkeras ingin menghantar Soo Mi .

" Tapi nanti Jin oppa balik sorang kan bahaya jugak . So , tak payah la ya . " ucap Soo Mi masih menolak pelawaan Jin . Jin memegang dagunya sambil berfikir . " takpe . Boleh ajak dia orang ni . " balas Jin . " Dongsaeng-dongsaeng hyung yang tersayang . Nak ikut hyung pergi hantar Soo Mi balik tak ? " tanya Jin . " tak nak . " jawab mereka serentak .

" Hyung nak singgah kedai dalam perjalanan hantar Soo Mi . " sambung Jin . Semua mula menjerit teruja . Jin dan Suga menutup telinga termasuk Soo Mi apabila mereka yang lain menjerit . Namjoon dan Jhope sudah berlari naik ke tingkat atas untuk menukar baju .

Taehyung dan Jimin bergaduh di tengah tangga . Jungkook pula cuba menolak mereka berdua daripada menghalangnya untuk naik ke tingkat atas . " Hyung . Jungkook nak naik la . " rengek Jungkook .

Selepas 7 minit kemudian , semua turun ke tingkat bawah dengan perasaan teruja tidak terkecuali Suga yang turut mengekori mereka dari belakang . Mereka pun bertolak dengan berjalan kaki untuk menghantar Soo Mi .

Apabila kedai yang berhampiran dengan rumah Soo Mi mula kelihatan , Taehyung , Jimin , Jungkook , Jhope dan Namjoon mula berlari keriangan ke arah kedai tersebut . Mereka sibuk memilih ais krim di peti sejuk beku yang dipenuhi ais krim pelbagai perisa . Suga dan Jin hanya menggelengkan kepala manakala Soo Mi tersengih melihat perangai mereka yang kebudak-budakkan . " Hyung ! Taehyung nak ais krim ni ! " kata Taehyung teruja sambil menunjukkan ais krim yang dipilihnya ke arah Jin .

Suga juga sibuk memilih ais krim . " Jungkook nak yang ini . " kata Jungkook pula . " Jhope nak yang ini . Ini . Ini dan ini . " kata Jhope . Jin menunjukkan satu jari telunjuknya yang bermakna hanya satu sahaja yang perlu dipilih . Jhope tersengih . Dia mengambil satu dan berlalu ke kaunter .

" Semua dah letak kat kaunter kan ? " tanya Jin . Mereka semua mengangguk . Soo Mi hanya memerhati mereka dari luar kedai . " Ahjumma . Ni semua ais krim dia orang . Jadi dia orang bayar . " usik Jin .

" Hyung !!! " jerit mereka berpadu suara . " yela . Hyung bayar . " kata Jin mengalah sambil ketawa geli hati kerana dapat mengenakan mereka . Selepas ais krim sudah dibayar , mereka mengambil kembali ais krim yang dipilih dan menyambung semula perjalanan .

Jungkook berjalan menyaingi Soo Mi . " Soo Mi . Nah ais krim . " kata Jungkook menghulurkan sebatang ais krim yang dia pilih khas untuk Soo Mi . Soo Mi menyambutnya dengan senyuman manis . " Terima kasih Jungkook oppa . " balas Soo Mi .

" aikk ? Untuk Soo Mi je ? Hyung punya mana ? " kata Jin ingin merajuk . Tiba-tiba Taehyung melagakan ais krim yang dipilih untuk Jin ke pipi Jin . " Ya !! Sejuk la taehyung . " kata Jin geram namun ais krim tersebut di ambil jua dan dibuka plastiknya .

Taehyung tersengih menampakkan barisan giginya yang cantik dan tersusun . " Hyung . Esok nak beli ais krim lagi . " bisik Jhope di telinga Jin . " Hamboih . Banyak cantik . Pokailah hyung nanti . " marah Jin . " Alaaaa... " kata Jhope mencebikkan bibir sedih . Sedar tidak sedar mereka sudah sampai di hadapan rumah Soo Mi .

Soo Mi memandang setiap seorang jejaka di hadapannya dan tangan dilambai . " Bye Soo Mi . Jumpa esok " jerit Taehyung ceria . Soo Mi tersenyum mendengarnya dan meminta diri masuk ke dalam rumah . Mereka bertujuh pula bergerak pulang ke rumah .

" Saya dah balik . " kata Soo Mi sambil membuka kasutnya . Eommanya tersenyum melihat Soo Mi diselangi batuk . Soo Mi bergegas ke meja makan di mana eommanya duduk . " Eomma okay tak ?! " soal Soo Mi cemas .

" Gwaenchana . Eomma okay . " balas eomma sambil tersenyum manis . Soo Mi melepaskan keluhan . " Soo Mi bentang toto ya . Eomma tidur okay . " kata Soo Mi berlalu masuk ke biliknya yang berkongsi dengan eomma .

Selepas beberapa minit kemudian , Soo Mi keluar kembali untuk pergi ke dapur mengambil air dan ubat untuk eommanya . " Eomma . Makan ubat ya . Lepas tu eomma tidur . " kata Soo Mi memberi ubat pada eommanya . Eommanya menyambut ubat yang diberi anaknya dan dimasukkan ke dalam mulut .

Air di dalam gelas diteguk perlahan dan senyuman diberikan pada anaknya yang nampak risau . Diusap lembut rambut Soo Mi . " Soo Mi jangan risau sayang . Eomma okay . " pujuk eomma membuatkan Soo Mi tersenyum .

[ Completed ] Because Of You | Suga | Where stories live. Discover now