Bunyi mesin denyutan jantung yang kedengaran lemah memenuhi ruang sepi bilik unit rawatan rapi ( ICU ) itu. Seorang perempuan tertunduk lemah memandang suaminya yang terbaring kaku di atas katil. Air matanya sedaya upaya ditahan daripada mengalir.
Sudah banyak air matanya yang gugur namun suaminya masih dibuai mimpi yang panjang. " Eomma..." panggil seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 8 tahun. Perempuan tersebut memandang sayu anak lelakinya yang baru masuk ke dalam wad.
Budak lelaki tersebut segera mendapatkan emaknya. " Appa macam mana? " tanya budak lelaki itu. Perempuan itu menggeleng lemah lalu kepalanya dialihkan semula memandang suaminya. " Doktor kata kalau appa sedar dari koma, appa mungkin mengalami lumpuh seumur hidup. " ujar perempuan itu.
" Kawan-kawan appa ada datang? " tanya budak lelaki itu lagi. " Ada. " balas perempuan itu sepatah. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi mesin denyutan jantung yang kedengaran kritikal membuat mereka berdua cemas. Budak lelaki tersebut mula berlari keluar dari wad untuk memanggil doktor.
Manakala perempuan tersebut mula menggoncang tubuh suaminya yang kaku dan menangis memanggil suaminya. " Andwae. Jagi tak boleh pergi. Doktor! Ppali!!! " jerit perempuan tersebut. Ketika itu juga anak lelakinya datang bersama doktor dan beberapa jururawat.
" CUT!!! "
" Nice shot! " puji pengarah Kim. " Okay. Scene untuk hari ini berakhir di sini. Semua boleh mula kemas. " arah pengarah itu lagi dan berjalan ke arah pelakon perempuan yang sedang berbual dengan pelakon lelaki utama tersebut. " Bagus Soo Mi, Jun Ki. Nanti esok last scene dan habis cerita ni. Teruskan usaha~ " ujar pengarah Kim dan berlalu pergi setelah menepuk bahu Jun Ki.
Jun Ki hanya tersenyum sebelum pandangannya kembali pada Soo Mi di hadapannya. " Sayang! " jerit satu suara. Jun Ki dan Soo Mi mengalihkan pandangan pada gerangan tersebut. Serta-merta senyuman manis terukir di wajah Soo Mi. " Hurm...dah sampai dah buah hati. Pergi la. Jumpa lagi esok. " kata Jun Ki.
Soo Mi tersenyum malu sebelum menundukkan badan sedikit. " Kamsahamnida sunbae-nim. " ucap Soo Mi dan berjalan ke arah Suga yang berwajah kelat. Jangan tanya macam mana Jun Ki boleh tahu Suga buah hati Soo Mi. Ini semua sebab hari tu Suga cemburu punya pasal. Nasib baik cerita ni takde scene yang menakutkan untuk kanak-kanak. [ harap faham ] Mahu histeria Suga nanti. 😆
" Hai jagi~ " sapa Soo Mi ceria. Sebahagian wajah Suga yang ditutupi topinya dipandang. Tiada secalit senyuman di situ. Suga segera berpeluk tubuh dan memalingkan badan. Lengan Suga dipeluk manja. " Kenapa nih..." tanya Soo Mi pelik sambil menarik Suga berjalan. Dia perlu menukar pakaian terlebih dahulu.
" Jamkkanman jagiya~ Nak tukar baju jap. " ujar Soo Mi lalu meninggalkan Suga untuk menukar pakaian. Beberapa minit kemudian, Soo Mi berjalan ke arah Suga yang sedang berpeluk tubuh sambil bersandar di luar bilik persalinan. " Kaja. " ajak Soo Mi lalu menarik tangan Suga dan berjalan ke kereta.
" Kenapa jagi diam je ni...hurm? Marah ke? " tanya Soo Mi lagi. Dia tidak puas hati apabila Suga hanya mendiamkan diri dan dapat dirasakan aura-aura merajuk di situ. " Merajuk. " balas Suga sepatah semasa Soo Mi memboloskan diri ke dalam kereta. Pintu kereta ditutup dan Suga berlari ke tempat pemandu.
Soo Mi tersenyum apabila Suga membuang topinya ke tempat duduk belakang dan membantu Soo Mi memakai tali pinggang keledar. Bukan dia tidak pandai pakai sendiri, tapi Suga suka memanjakan dia. " Jagi merajuk sebab apa? " tanya Soo Mi ketika Suga mula menggerakkan gear kereta.
Terdengar keluhan lemah dilepaskan oleh Suga. " Sayang beria-ia tadi kan. Padahal bukan suami sayang pun. " rajuk Suga. Soo Mi menepuk dahi. Lol la dia ni. Berlakon je. 😂 " Jagi...kan Soo Mi berlakon. Bukan apa pun. " terang Soo Mi sebelum ketawa. Akhirnya Suga tersenyum mendengar tawa Soo Mi yang gembira.
YOU ARE READING
[ Completed ] Because Of You | Suga |
FanfictionAku benci dia. Memang aku benci dia. Tapi semua tu berubah. Perasaan benci mula bertukar kepada sayang dalam diam. Sudah terlambat untuk aku buang perasaan itu bila aku diikat dengan dia. Sebab itu orang selalu pesan, " Jangan terlalu membenci, n...