Dua Puluh Tujuh [ 27 ]

4K 327 33
                                    


Namjoon mengambil telefon bimbitnya yang berada di atas meja makan sebelum berjalan melalui ruang tamu. " Kookie. Kaja. " ajak Namjoon. Jungkook bangun dari sofa dan berjalan mengekori Namjoon ke pintu utama.

" Kau orang nak pergi mana tu? " tegur Jin yang baru sahaja turun dari tingkat atas. " Kami nak keluar jap, hyung. " balas Jungkook yang sedang memakai kasut. Jin mengerling jam dinding yang menunjukkan pukul 3:25 petang.

' Ke mana sajalah budak-budak ni nak pergi. ' Jin bermonolog sendirian sebelum berjalan ke ruang tamu untuk menyertai Taehyung dan Jhope yang sedang bermain permainan video.

" Hyung! " panggil Jungkook. Jin menoleh ke arah pintu. " Nanti hyung tak payah masak tau. " kata Namjoon. Jin mengerut dahi pelik . Ingin saja dia bertanyakan sebabnya tapi dia hanya mengangguk kepala sebelum Namjoon dan Jungkook hilang dari pandangan.

[ Pasar ]

" Annyeong Soo Mi. " tegur Namjoon dan Jungkook. Soo Mi melepaskan nafas lega sebaik sahaja mendengar sapaan mereka berdua. " Annyeong. Kaja. Nanti lambat pula. " ajak Soo Mi dan mula berjalan memasuki Pasar Jagalchi.

" Soo Mi nak beli apa? " tanya Jungkook. " Erm..." Soo Mi teragak-agak untuk menjawab pertanyaan tersebut kerana dia masih ligat berfikir sedari tadi. " Yoongi oppa suka makan daging. Kan? " ujar Soo Mi.

Jungkook dan Namjoon berpandangan sesama sendiri sebelum mengangguk. Kemudian mereka tersengih seperti kerang busuk. Dapat menangkap apa yang Soo Mi cuba lakukan. " Erm....bukan Yoongi hyung je yang suka makan daging, kami pun suka jugak. " kata Namjoon .

Soo Mi menggigit bibir. Lupa pula pada mereka yang lain. Terdengar tawa kecil Jungkook dan Namjoon di belakangnya. " Ha...jumpa pun kedai daging. " Soo Mi cuba menukar topik sebaik sahaja terjumpa kedai daging. Makin galak Jungkook dan Namjoon ketawa.

Soo Mi hanya menahan perasaan malu. Habis merah padam wajahnya. " Ahjussi....daging lembu 5 kilo. " pinta Soo Mi. Pemilik kedai tersebut tersenyum sebelum mengangguk faham. Namjoon dan Jungkook memandang satu sama lain dengan mata membulat. Serius ah Soo Mi beli daging 5 kilo?

Setelah daging dibungkus di dalam kotak, Namjoon dan Jungkook masing-masing membawa sekotak daging. Setiap kotak mempunyai 2.5 kilo. Agak berat. Oleh sebab itu Soo Mi mengajak Jungkook dan Namjoon yang agak sado. 😂

" Daging...checked . " kata Soo Mi. " Jom kita cari bahan-bahan lain. " ajak Soo Mi dan mula berjalan. Namjoon dan Jungkook hanya mengekori dari belakang.

Skip~

Namjoon mengetuk pintu rumah bertalu-talu sehingga pintu terbuka dari dalam. Terpapar wajah Suga yang agak mamai dengan rambut dibasahi peluh dan baju sukan yang masih melekat di badannya. Jelas kelihatan bahawa dia baru pulang dari latihan.

Namjoon memboloskan diri terlebih dahulu setelah Suga menguak pintu lebih luas dan diikuti Jungkook di belakangnya. Suga memandang Namjoon yang membawa kotak dan Jungkook yang menjinjing beberapa plastik. Pandangannya tidak dilepaskan sehingga Namjoon dan Jungkook sudah hilang memasuki ruang dapur.

Suga berpaling semula untuk menutup pintu tapi badannya kaku serta-merta apabila melihat Soo Mi yang baru melaluinya dengan sebuah senyuman. Dia menutup pintu rumah setelah tersedar dari lamunannya dan terdengarlah suara adik-beradiknya yang kecoh sebaik sahaja Soo Mi sampai di dapur.

" Wahhh....banyaknya daging. Kita nak buat kenduri ke apa? " tanya Taehyung. " Yeahhhh!!! Boleh buat Bulgogi!!! " Jhope mula menjerit riang. Taehyung juga turut menjerit riang bersama Jhope. " Tadi lagi banyak. Ada dua kotak patutnya. " terang Jungkook.

" Dua kotak? Jadi mana lagi satu? " tanya Jimin yang berdiri di sebelah Soo Mi. " Tadi kami pergi ke pusat kebajikan. Soo Mi dermakan sekotak daging tu. " balas Namjoon bagi pihak Soo Mi. Semua terangguk-angguk kepala faham. " Baiknya Soo Mi. " sampuk Jin.

[ Completed ] Because Of You | Suga | Where stories live. Discover now