Empat Puluh Lima [ 45 ]

3.3K 253 18
                                    

Suga cuba menggagahkan diri berjalan ke arah sebuah kafe. Dia baru sahaja keluar dari hospital. Doktor menyuruh dia memakai tongkat tapi dia tidak mahu. Lagipun badannya sahaja yang terasa sakit dan lebam. Bukan kakinya. Dia ke kafe ni pun sudah dilarang keras oleh adik-beradiknya namun dia tidak peduli. Dia rindukan anak-anaknya.

Sebaik sahaja menolak pintu kafe, Yunho sudah menjerit memanggilnya. Bagaimana Yunho boleh mengenalinya sedangkan dia lengkap bertopi dan bertopeng mulut? Mungkin auranya atau naluri seorang anak. 😂 Suga memeluk erat tubuh Yunho dan Aera yang masih kecil. Rindunya tidak terkata. Hampir empat bulan tidak berjumpa disebabkan egonya.

Suga meliarkan mata ke sekitar kafe yang kelihatan lengang kerana masih awal pagi. Dia mencari kelibat Soo Mi sebenarnya. Marahnya tiba-tiba datang kembali. Soo Mi sibuk sangat ke dengan kerja sehingga meninggalkan anak-anak mereka walaupun hari ini hari Sabtu? Setahunya, Soo Mi tidak bekerja pada hari Sabtu.

" Hye Rin. " panggil Suga. " Nae? " balas Hye Rin. " Saya nak ambil dia orang balik dan bagitau Soo Mi kalau tak nak jaga dia orang, jangan bagi kat awak! " marah Suga dengan nada tertahan. Tidak mahu menakutkan anaknya. Hye Rin menarik Aera dan Yunho daripada mengikut appanya.

" Kenapa pula?! Soo Mi ada hak nak jaga dia orang! " marah Hye Rin mula berang. " Habistu?! Tinggalkan mereka dengan awak dan sibuk bekerja?! " balas Suga. Hye Rin mula mengalirkan air mata sambil tangannya erat memegang tangan Yunho dan Aera. " Sunbae-nim perlu tahu Soo Mi sedang koma!!! " balas Hye Rin sedih. Suga tergamam.

[ Hospital ]

" Sunbae-nim perlu tahu Soo Mi sedang koma! "

Masih terngiang-ngiang kata-kata Hye Rin sebentar tadi. Matanya tertancap pada susuk tubuh kaku yang sedang dibuai mimpi panjang. Dadanya turun naik bernafas menggunakan alat pernafasan. Mesin denyutan jantung juga kelihatan tenang. Suga menghampiri katil tersebut.

Kakinya terasa lemah ketika ini. Air matanya juga seakan mahu jatuh. Kenapa dia begitu kejam melakukan semua ini kepada isterinya?

" Sunbae-nim. Soo Mi bagi ni sehari sebelum dia kemalangan. " kata Hye Rin sambil menghulurkan sehelai kertas kecil.

Jagi..saranghae. ♡♡♡

Suga membaca ayat yang ringkas namun padat. Hatinya terasa sebak. " Soo Mi ada kata...kalau dia pergi, dia suruh saya jaga Aera dengan Yunho dan urus kafe. Dia juga kata, kalau dia pergi...dia nak sunbae-nim pergi Busan dan sampaikan ucapan selamat hari lahir pada arwah eommanya. " kata Hye Rin.

Suga tersedar dari lamunannya tentang apa yang Hye Rin katakan tadi. Sudah tiga minggu Soo Mi tidak sedarkan diri seperti yang Hye Rin katakan. Soo Mi kemalangan dilanggar sebuah treler. Nasibnya agak baik kerana koma atau mungkin dia sudah pergi meninggalkan mereka semua. Suga menahan rasa.

Esok ialah hari lahir eomma Soo Mi. Dia akan ke Busan bersama Aera dan Yunho untuk tunaikan permintaan Soo Mi. Suga tunduk mendekati wajah Soo Mi dan sebuah ciuman kasih dihadiahkan pada dahi Soo Mi. Lama. ' Sayang...jagi minta maaf. Jagi akan tunaikan permintaan sayang. Sayang tunggu tau. Jagi akan pulang lepas ke Busan. ' kata hati Suga sebelum berlalu pergi.

[ Keesokan harinya ]

Suga memimpin tangan Yunho dan mendukung Aera yang baru berumur dua tahun. Mereka duduk di bangku stesen kereta api tersebut sambil menunggu kereta api tiba. " Appa. " panggil Yunho. " Nae? " balas Suga lembut. " Kita nak pergi mana? " tanya Yunho sambil memandang Suga.

Suga tersenyum. Disebabkan masih awal pagi, jadi tidak ramai orang yang berada di stesen kereta api ini. Oleh itu, dia tidak memakai topi dan topeng mulut. " Kita nak pergi lawat halmeoni. " balas Suga tersenyum. " Eomma? " soal Aera yang masih kecil. Suga menarik senyuman pahit. " Eomma tak sihat. Jadi eomma tak ikut. Nanti balik kita jumpa eomma ya. " balas Suga.

[ Completed ] Because Of You | Suga | Where stories live. Discover now