Dua minggu kemudian...
Soo Mi berjalan masuk ke dalam bangunan Big Hit Entertainment. Butang lif ditekan penuh debaran. Minggu lepas dia ada berkunjung ke sini tetapi mereka pergi ke luar negara. Soo Mi agak terasa hati apabila Suga tidak langsung menghubunginya untuk memberitahu mereka ke luar negara.
Setelah pintu lif terbuka, kakinya menuju ke bilik latihan mereka. Sebaik sahaja pintu dibuka, kelihatan Jhope , Taehyung , Namjoon dan Jimin yang sedang duduk merehatkan diri sementara Jungkook berlatih bersama Jin. " Eo?! Annyeong saeng! " sapa Jhope teruja sebelum bangun dari duduknya dan mendapatkan Soo Mi di muka pintu.
Jimin dan Jungkook juga berlari mendapatkan Soo Mi diikuti yang lain. Mereka menarik Soo Mi masuk ke dalam bilik latihan mereka. " Saeng buat apa kat sini? " soal Jimin teruja. " Nak jumpa kau orang. Lama dah tak jumpa. " balas Soo Mi. Terselit nada sedih di hujung ayatnya. " Mianhae Soo Mi. Kita orang sibuk sangat sampai tak sempat nak jumpa. " ujar Namjoon bersalah.
" Rindu kat Yunho dengan Aera. " luah Taehyung dan Jin mencebik bibir sedih. " Jangan risau. Dia orang sihat je. " pujuk Soo Mi. " Soo Mi free malam ni? " tanya Jungkook. Soo Mi hanya mengangguk. " Datang la ke rumah kita orang. Kita makan malam sama-sama. " ajak Jin. " Baiklah. " balas Soo Mi tersenyum.
" Datang sini...sebenarnya nak jumpa Yoongi hyung kan? " usik Namjoon disambut tawa mereka yang lain. Soo Mi hanya tersengih sebelum mengangguk malu. " Dia ada kat kafeteria. Katanya jumpa orang. " kata Jhope. " Soo Mi...maafkan Yoongi hyung sebab tak contact Soo Mi sebulan. " kata Jimin.
Soo Mi hanya mengangguk faham. Dia mula berjalan ke arah pintu keluar. " Nak pergi mana? " tanya Taehyung mengekori Soo Mi. " Soo Mi nak balik. Nak siapkan Yunho dengan Aera untuk malam ni. " balas Soo Mi. " Habis tu...Yoongi? " tanya Jin. " Nanti malam kan jumpa. Jangan bagitau dia tau. Nak buat kejutan. Hehe. " kata Soo Mi sebelum keluar dari bilik latihan.
Saat dia melalui kafeteria, dia ternampak bayang-bayang Suga yang sedang membelakangi pintu masuk kafeteria bersama seorang gadis cantik sedang bergelak ketawa?
[ 8:00 malam ]
Soo Mi menekan loceng rumah lalu memandang anak-anaknya yang teruja. Sebaik sahaja pintu terbuka, Soo Mi terpaku. " Appa!!! " jerit Yunho lalu memeluk kaki Suga. Aera juga sudah meminta Suga mendukungnya. Suga mengambil Aera dan didukungnya. " Masuklah saeng. " jemput Jimin.
Jimin mengambil Aera dari dukungan Suga dan menarik Yunho untuk masuk ke dalam rumah. Soo Mi tersenyum apabila melihat anaknya yang gembira. " Kau buat apa kat sini? " soal Suga tiada perasaan. Soo Mi yang baru sahaja ingin masuk ke dalam rumah terkaku. " K-kau? " soal Soo Mi kembali tidak percaya.
" Sorry. Awak buat apa kat sini? Siapa yang jemput datang ke sini? " tanya Suga. Soo Mi agak terpempan apabila mendengar bahasa yang kedengaran kasar di telinganya. Soo Mi cuba positif. Senyuman ditarik sebelum memandang Suga. Suga mengalihkan pandangan ke luar rumah.
" Soo Mi datang sini bawa Aera dan Yunho jumpa jagi. Jin oppa yang ajak datang sini makan malam sama-sama. " balas Soo Mi sebelum berjalan masuk. Hatinya bagai dihiris-hirs ketika ini. Suga hanya mendiamkan diri tanpa perasaan sebelum berjalan naik ke tingkat atas setelah menutup pintu rumah.
Mereka yang seronok dengan kehadiran Yunho dan Aera memandang pelik Suga yang baru sahaja naik ke tingkat atas. Bagai ada aura gelap menyelubungi diri Suga sebentar tadi. Soo Mi bergerak ke dapur untuk membantu Jin. Buah di dalam plastik di letakkan di atas kaunter dapur. Soo Mi memerhati dapur yang besar dan cantik.
" Saeng buat apa kat sini? Jangan kata nak tolong Jin oppa. Jin oppa dah habis masak dah. Takde apa yang perlu ditolong. " jelas Jin. Soo Mi hanya tersengih apabila Jin sudah mengetahui tujuannya datang ke dapur. " Takpe. Soo Mi tolong potong buah ya. Soo Mi ada beli buah. " ujar Soo Mi dan mula mengambil pisau untuk memotong buah.
YOU ARE READING
[ Completed ] Because Of You | Suga |
FanfictionAku benci dia. Memang aku benci dia. Tapi semua tu berubah. Perasaan benci mula bertukar kepada sayang dalam diam. Sudah terlambat untuk aku buang perasaan itu bila aku diikat dengan dia. Sebab itu orang selalu pesan, " Jangan terlalu membenci, n...