Lima [ 5 ]

4.8K 461 18
                                    

Soo Mi pergi mengemas bilik di tingkat atas sementara yang lain masih melakukan kerja sekolah mereka di tingkat bawah . Soo Mi masuk ke bilik yang paling dekat dengan tangga iaitu bilik Jin dan Namjoon . Terdapat 4 buah bilik di tingkat 2 . Jadi Jin dan Namjoon berkongsi bilik .

Namun semua bilik di tingkat dua sangat besar dan cukup selesa sekiranya berkongsi . Soo Mi tersenyum apabila melihat bilik Jin dan Namjoon yang kemas .

Pasti Jin yang mengemas kerana dia paling tua di dalam rumah ini . Kemudian Soo Mi bergerak ke bilik sebelah iaitu bilik Jhope dan Jimin . Soo Mi menarik nafas lega apabila bilik mereka berdua juga kelihatan kemas .

Soo Mi berlalu ke bilik Jungkook dan Taehyung selepas melihat bilik Jhope dan Jimin . Nafas lega ditarik perlahan oleh Soo Mi . ' Bagus nya dah siap kemas . ' kata hati Soo Mi tersenyum . Namun senyuman nya mati apabila dia hanya melihat tempat Jungkook sahaja yang kemas tetapi tidak untuk Taehyung .

" Taehyung oppa suka melompat dan aktif orangnya . So , no wonder macam ni keadaannya . " kata Soo Mi menepuk dahi . Dia mula mengemas tempat Taehyung yang agak bersepah . Selepas itu , dia bergerak ke bilik Suga yang berada di hujung sekali .

Apabila dia masuk , dia sudah menjangkakan hal tersebut . Soo Mi menarik nafas panjang dan mula mengemas bilik Suga . Sedang asyik mengemas , tiba-tiba ada suatu suara yang membuatkan dia terkaku . " kau buat apa kat sini hah ?! " sergah Suga yang hanya bertuala di pinggang .

Soo Mi menelan air liur yang terasa kesat . " Mian Suga oppa . Soo Mi cuma kemas bilik . " balas Soo Mi gugup . " kau keluar sekarang . Lagi satu . Jangan panggil aku oppa . Panggil aku Suga sahaja . " arah Suga dingin lalu menolak Soo Mi keluar dari biliknya .

Soo Mi jatuh terduduk akibat tolakan tersebut . Terkerdip-kerdip mata Soo Mi dengan kejadian itu . Dia sudah biasa dengan sikap Suga yang dingin dengannya . Nafas berat dilepaskan . Jimin yang sedang naik tangga bergegas membantu Soo Mi yang masih terkaku di depan pintu bilik Suga .

" Eh Soo Mi . Okay tak ? " tanya Jimin prihatin sambil membantu Soo Mi bangun . " okay . Soo Mi turun bawah dulu . " balas Soo Mi lalu berlalu turun ke bawah . Jimin hanya menjongket bahu .

Soo Mi duduk di sofa memerhati Taehyung , Jungkook , Jhope dan Namjoon bermain permainan video . Jin pula di dalam biliknya . Jimin turun dari tingkat dua dengan tergesa-gesa.

" Hyung . Kata nak buat perancangan kita tu . Jom la . " ajak Jimin mengingatkan Namjoon dan yang lain tentang perancangan mereka . Namjoon , Jhope , Jungkook dan Taehyung terus memberhentikan permainan video mereka untuk melaksanakan rancangan rahsia tersebut .

Soo Mi mengambil kesempatan untuk menyiapkan kerja sekolah yang dibawanya tadi . Namjoon dan yang lain berhati-hati menuju ke bilik Suga yang berada di hujung sekali . Pintu dibuka sedikit untuk melihat apa yang dilakukan Suga .

Ternyata Suga sedang dibuai mimpi dengan posisi baring meniarap . Mereka semua kecuali Jin menyusup masuk ke dalam bilik Suga perlahan-lahan supaya tidak mengejutkan Suga yang sedang tidur .

Namjoon mengira dengan kiraan jari . Apabila jari ketiga dinaikkan , Taehyung melompat ke atas belakang badan Suga . " Arghhhh !!! " jerit Suga terkejut bersama sakit yang dirasai .

Jungkook dan Jhope pula bertindak memegang keuda-dua belah tangan Suga . Jungkook di sebelah kiri dan Jhope di sebelah kanan . Jimin pula duduk di atas kaki Suga supaya Suga tidak bertindak ganas .

" Baik kau keluar daripada badan hyung kami ! " jerit Namjoon memberanikan diri . " Apa kau cakap ni hah ?! " balas Suga senada dengan Namjoon . Dia cuba menahan sakit yang dirasainya . " Aku tahu kau bukan hyung kami ! Baik kau keluar ! Balik ke tempat asal kau ! " jerit Jimin pula .

" Apa benda kau orang mengarut ni ! Bangunlah ! Aku sakit ni ! " kata Suga cuba melepaskan diri . Namjoon bertindak menggeletek kaki Suga supaya Suga kembali kepada dirinya .

" Geli la ! Baik kau berhenti geletek . " kata Suga diselangi ketawa kegelian . " Kau keluar jembalang ! " kata Taehyung sambil cuba mencekik Suga .

Jin yang kebetulan lalu di hadapan bilik Suga apabila mendengar keriuhan dan huru-hara , pantas menyelamatkan Suga apabila melihat adik-adiknya memperlalukan kepada Suga sebegitu rupa .

[ Completed ] Because Of You | Suga | Where stories live. Discover now