Empat Puluh Enam [ 46 ]

4.8K 308 35
                                    

Soo Mi menekan nombor di kod kekunci rumah sebelum memboloskan diri. Tangannya naik mengurut leher yang terasa lenguh. Rumah yang kelihatan gelap membuatkan Soo Mi tertanya-tanya. Di mana Suga dan anak-anak mereka sedangkan sudah pukul 8:00 malam ketika ini.

Tangannya menekan suis lampu supaya dapat menerangi ruang tamu yang gelap. Ketika itu la terdengar sayup-sayup piano dimainkan membuatkan Soo Mi agak terkedu. Kakinya melangkah ke ruang tamu untuk melihat gerangan yang bermain piano.

Matanya terpaku melihat jari Suga yang sedang menari di atas papan kekunci piano dengan lagak yang tenang dan menawan pada pandangannya ketika ini. Suga mengalihkan pandangan pada isterinya yang sedang terpegun dan matanya sengaja dikenyetkan sebelum fokus bermain piano semula.

Kaki Soo Mi perlahan-lahan mendekati belakang Suga dan leher Suga dipeluk sayang. Beberapa minit kemudian, lagu pun tamat. Soo Mi menghadiahkan sebuah ciuman di pipi Suga yang putih. Suga tersenyum manis. Tidak sia-sia main piano sebab dapat hadiah. 😂 Tangan Suga meleraikan tangan Soo Mi yang memeluk lehernya dan menarik Soo Mi supaya duduk di bangku piano bersamanya.

Tangan Soo Mi digenggam lembut sebelum dibawa ke bibir. Sebuah ciuman lembut diberikan ke tangan Soo Mi. Kemudian dagu Soo Mi dipegang lembut sebelum bibir Suga mencium dahi Soo Mi penuh kasih.
" Close your beautiful eyes, dear. " pinta Suga. Soo Mi hanya patuh.

Suga mengeluarkan sesuatu dari sebuah beg kertas yang berada di tepi bangku piano. Sebuah kotak baldu berwarna merah dibuka dan seutas rantai dipakaikan di leher Soo Mi. Soo Mi hanya diam tidak berkutik . " Happy Anniversery , sayang. " ucap Suga. Soo Mi membuka mata dan tangannya memegang rantai yang berada di lehernya.

Soo Mi sedaya upaya cuba menahan air matanya yang ingin mengalir. Namun dia tewas. Air matanya tetap juga mengalir. Ibu jari Suga mengelap air mata Soo Mi yang gugur dan dia menggeleng supaya Soo Mi tidak menangis. " Jom kita makan. Jagi dah masak. " ajak Suga lalu membawa Soo Mi ke meja makan yang sudah dihias indah.

Lampu ruang tamu juga menjadi malap untuk menaikkan suasana romantik. Mata Soo Mi membulat tidak percaya. " Jagi masak semua ni? " soal Soo Mi. Suga hanya mengangguk dengan senyuman manis. " Boleh makan ke? " tanya Soo Mi tanpa sedar. Mati senyuman Suga. " Boleh la. Jin hyung yang ajar tau. Jin hyung dah rasa dan dia tak sakit perut pun. Sampai hati sayang cakap macam tu kan. " rajuk Suga memasamkan muka.

Soo Mi tersengih. Tidak menyangka mulutnya lantang berbicara. Soo Mi memeluk lengan Suga manja. " Mianhae. Gomawo jagiya... Jom kita makan. Mesti sedap. Soo Mi pun tengah lapar. " ucap Soo Mi teruja. Senyuman Suga mula terukir kembali dan membantu Soo Mi untuk duduk.

Sepanjang mereka menjamu selera, Suga hanya merenung mata Soo Mi membuatkan Soo Mi kurang selesa. " Jagi...jangan pandang macam tu boleh? " marah Soo Mi berkerut dahi. Suga menarik senyuman nakal. " Malu la tu. Hehehe. " usik Suga dan tersengih. " How was your day, dear? " tanya Suga mengubah topik.

Terhenti suapan Soo Mi. Wajahnya bertukar menjadi muram. Suga menjongket kening pelik melihat perubahan wajah Soo Mi. " Ada masalah ke? Ada orang ganggu sayang ke? " soal Suga risau. " Ani. Soo Mi kena buang kerja. " luah Soo Mi sedih. Suga mengukir senyum.

Soo Mi menjadi geram melihat Suga yang tersenyum. Gembira melihat isteri sendiri dibuang kerja? " Kenapa jagi senyum? Orang tengah sedih, dia senyum pula. " kata Soo Mi geram. Suga masih tersenyum. Tangan Soo Mi yang berada di atas meja dicapai lalu digenggam. " Baguslah sayang kena buang. Itu yang jagi nak. Sayang jaga anak-anak je ya? " pujuk Suga.

Soo Mi terdiam. Dia tersedar sesuatu. Suga memang tidak suka dia sibuk dengan kerja kerana bimbang anak-anak mereka mungkin terabai. Soo Mi menghela nafas dan akhirnya mengangguk sebelum mengukir senyum untuk Suga. " Esok Aera dengan Yunho ada photoshoot. Jagi ikut kan? " tanya Soo Mi.

Photoshoot? Selepas semua mengetahui bahawa Suga sudah berkahwin dan mempunyai anak, populariti kumpulan BTS melonjak naik dan anak-anak Suga terkena tempias sehingga Aera dan Yunho mendapat pelbagai tawaran untuk menjadi duta. Suga juga mendapat tawaran untuk memasuki The Return Of Superman dan Oh My Baby , namun dia harus menolak kerana kekangan masa.

Suga mengangguk. " Tapi jagi datang lambat sikit ya. PD-nim nak jumpa untuk concert world tour di Jepun tiga hari lagi. Jagi akan datang dengan dia orang semua. Okay? " balas Suga. Soo Mi hanya mengangguk dan mereka menyambung menjamu selera.

' Maafkan jagi , sayang. Jagi yang minta Hyun pecat sayang. '

Skip~

Sudah sehari Suga dan yang lain berada di Jepun untuk concert world tour. Suga melihat telefonnya yang tidak berbunyi sedari tadi. Soo Mi tidak menelefonnya langsung. Dia risaukan Soo Mi dan anak-anaknya ketika ini. " Hyung. Kita dah nak jumpa fans. " kata Jimin. Suga mengangguk dan menyimpan semula telefonnya ke dalam poket.

Setiap ahli diberikan mikrofon untuk bercakap di atas pentas dan mereka akan mulakan fansign. Ada segelintir peminat bertanyakan pasal Soo Mi kepada mereka. Semua mata memandang Suga meminta jawapan. Suga meneguk air liur kesat. ' Dia orang tanya aku ke? ' desis hati Suga. ' Lol. Mesti la tanya aku. Soo Mi kan isteri aku. ' sambung hati Suga.

" Errrr...." Suga yang teragak-agak ingin menjawab soalan terkejut apabila peminat mula menjerit nama Soo Mi, Aera dan Yunho. Suga dan yang lain mengalihkan pandangan pada tangga pentas dan ternampak susuk tubuh seorang perempuan sedang memegang tangan seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Suga berdiri kaku di tempatnya kerana terkejut. Soo Mi berada di Jepun? Ahli yang lain juga terkejut. " Aigoo! Anak-anak buah ahjussi!!! " jerit Taehyung dan Jhope. Aera dan Yunho berjalan mendekati mereka yang sedang berdiri di tengah pentas. Semua peminat mula bersorak apabila Soo Mi berjalan mendekati Suga. Siapa yang famous sekarang ni? BTS ke Soo Mi ? 😂

" Macam mana sayang boleh ada kat sini? " tanya Suga berbisik. " PD-nim suruh datang. " balas Soo Mi turut berbisik. Sepanjang fans meeting berjalan, Soo Mi dapat berinteraksi dengan peminat BTS di Jepun dengan menggunakan bahasa Jepun membuatkan mereka lebih mesra. Soo Mi juga akan menterjemahkan apa yang BTS bakal katakan.

Dia mula mempelajari pelbagai bahasa selepas dia sihat. Mana la tahu kan apa yang dipelajarinya berguna juga suatu hari nanti. Suga menghela nafas lega melihat army dapat menerima status dirinya dan juga isteri serta anak-anaknya. Tangan Soo Mi yang berada di sebelahnya ditarik lalu digenggam lembut. Mereka berpandangan dan berbalas senyum menunjukkan rasa bahagia di hati.








Dah habis ke?
Sambung atau perlu author tekan ' Completed Story ' ?

Author dah takde idea meh. Bosan betul cuti nih. 😂

Author belanja satu gambar comel punya~

Author nak ucapkan terima kasih kepada readers yang membaca dan menekan vote

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Author nak ucapkan terima kasih kepada readers yang membaca dan menekan vote.

Terima kasih sebab bagi sokongan dari belakang , depan , kiri , kanan , bawah dan atas. 😂😂😂

Okay. Author mengarut. Maafkan shaya. 🙈😂😆

[ Completed ] Because Of You | Suga | Where stories live. Discover now