Dua Puluh [ 20 ]

3.8K 311 8
                                    

" Sampai pun! Apa ke lama sangat hyung pergi? " tegur Jimin sebaik sahaja kelibat Suga dan Soo Mi kelihatan. " Entah. Semua orang dah ada kat sini balik. " sampuk Taehyung. " Eh kau buat apa kat sini? Shuhh shuhh ...menyibuk je dengan kumpulan orang. " halau Suga sebelum meletakkan kayu yang dipegangnya ke bawah.

" Ala hyung ni. Nak lepak dengan Jimin pun tak boleh. " rajuk Taehyung sambil tangannya memeluk leher Jimin. " Oppa! " panggil Jun Ha. Suga mengangkat kepala memandang Jun Ha. Jun Ha datang memeluk lengan Suga manja.

Soo Mi hanya memandang kosong. ' Nasib baik Jun Ha pakai baju lengan panjang. ' Soo Mi menarik nafas lega. Terselit cemburu di situ. Kakinya pantas melangkah ke khemah memasak. Tidak betah berlama-lama di situ. Bimbang hatinya makin parah.

" Hai oppa. " sapa Soo Mi pada Jungkook dan Jin. Namjoon pun berada di situ. " Hai Soo Mi. " balas mereka. " Dengar cerita tangan luka tadi? Dah okay ke? " tanya Jungkook yang sedang mengacau makanan di dalam periuk.

" Ouh. Dah. " balas Soo Mi. " Macam mana boleh luka? " tanya Jin sambil memotong sayur. " Tadi Soo Mi tolong En. Kim. Tak perasan ada ranting berduri. Then terpegang. " cerita Soo Mi. " Ni kalau Hoseok ada nih...mahu pitam mendengar. " ujar Namjoon. " Ada orang sebut nama aku ke? " tegur satu suara.

Semua mata memandang Jhope yang baru datang. " Eh. Takdelah hyung. " tipu Jungkook sambil tersengih. Soo Mi turut tersengih. " Sedapnya bau. Bila boleh makan? " tanya Seo Yoon yang baru datang. " Setahun dua lagi boleh la kut. " gurau Namjoon. " Kelakar kay kelakar. " balas Seo Yoon sambil memeluk lengan Soo Mi.

[ Keesokan paginya ]

Soo Mi mengeringkan rambutnya dengan menggunakan tuala. Suasana di tandas sedikit lengang ketika ini. Tidak ramai yang sudah bangun kerana masih awal pagi. Lagipun mereka semua lebih gemar mandi lambat kerana air yang sejuk di pagi hari. " Geu Rin...unnie dah siap ni. Lama lagi ke? " tanya Soo Mi yang sedang menyikat rambut.

" Unnie pergi dulu . Nanti Geu Rin datang. " balas Geu Rin yang masih berada di dalam bilik air. " Eo. Arasseo. Unnie pergi dulu. " kata Soo Mi dan berlalu keluar dari tandas. Di lehernya terdapat tuala dan di tangannya pula terdapat baldi kecil berisi berus gigi, ubat gigi, syampu dan sabun mandi.

Tiba-tiba ada satu tubuh yang menghalang jalannya. Soo Mi mengangkat wajah memandang Jun Ha di hadapannya. " Eo Jun Ha unnie. Waeyo? " tanya Soo Mi lembut. Jun Ha memandangnya dengan pandangan tajam. Soo Mi mula tertanya-tanya.

" Waeyo Jun Ha unnie? " tanya Soo Mi lagi. " Kau sengaja nak rapat dengan Yoongi kan? " tanya Jun Ha sinis. Soo Mi terkedu apabila mendengar bahasa dan pertuturan Jun Ha yang telah menjadi kasar. Tidak selembut seperti sebelum ini. Apa yang membuatkan Jun Ha mula melayannya sebegini? Disebabkan Yoongi oppa kah? Soo Mi bermonolog sendirian.

" Jawab pertanyaan aku! " arah Jun Ha mula meninggakan suara sedikit. Soo Mi memerhati sekeliling. " Saya tak faham dengan pertanyaan unnie. " jawab Soo Mi sedikit takut. Jun Ha menarik senyuman sinis. " Tak faham? Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau sengaja rapat dengan Yoongi. " ujar Jun Ha.

" Tak. Saya takde niat macam tu pun. " balas Soo Mi membangkang ulasan Jun Ha. " Sekali lagi aku nampak kau rapat dengan Yoongi ..nahas kau! " ugut Jun Ha memberi amaran sebelum menolak bahu Soo Mi membuatkan Soo Mi jatuh terduduk. Jun Ha tersenyum puas sebelum berlalu pergi.

Soo Mi mengerang kesakitan apabila merasakan ada cecair membasahi kain kasa yang membaluti lukanya. Soo Mi mengangkat tangannya sebelum melihat keadaan lukanya. Rupanya tangan Soo Mi yang terluka berdarah kembali kerana dia tertekan batu di tanah semasa jatuh tadi.

Soo Mi bangun dari jatuhnya dan segera ke khemah rawatan sebelum ada pelajar lain yang melihat keadaan tangannya yang berdarah kembali. Tapi nasibnya tidak berapa baik apabila dia terserempak dengan Suga. " Weyh . Apehal dengan tangan kau tu? Darah balik? " soal Suga.

Soo Mi hanya mendiamkan diri sambil melihat tangannya. " Kau jatuh ke? Jatuh sendiri ke ada orang tolak? " soal Suga lagi apabila Soo Mi hanya mendiamkan diri. Soo Mi hanya tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. " Siapa tolak kau? Jawab la pertanyaan aku nih. " kata Suga yang mula hilang sabar.

Terus mati sengihan Soo Mi. Kepalanya ditundukkan. " Jun Ha unnie. " sebut Soo Mi perlahan. Selepas itu dia mengetuk kepalanya sendiri. Niatnya tidak mahu memberitahu tapi mulutnya gatal ingin memberitahu. " What?! Jun Ha? " soal Suga tidak percaya.

Soo Mi mengangkat kepala ingin melihat reaksi Suga. Tiba-tiba muka Suga yang risau bertukar kepada dingin. " Kau nak tuduh Jun Ha ke sekarang ni? " soal Suga dingin sambil melemparkan pandangan tajam. Setajam sebilah pisau yang baru diasah. Ecewahhh! 😆

" M...mana ada. " jawab Soo Mi mula gagap-gagap. " Habistu?! " kata Suga. Suaranya cuba ditahan sebaik mungkin. " Soo Mi jawab berdasarkan pertanyaan Yoongi oppa. " balas Soo Mi takut. " Tapi aku tak rasa itu jawapan yang aku nak. Aku nak tahu siapa yang tolak kau jatuh! Bukannya tuduh orang lain! " tengking Suga.

" Kalau diri tu tak cukup baik, tak payah nak tuduh orang lain! " kata Suga lagi sambil menolak bahu Soo Mi membuatkan Soo Mi kebelakang sedikit. " Yoongi. " tegur satu suara sambil menahan tangan Suga dari terus menolak bahu Soo Mi. Suga dan Soo Mi memandang Jin serentak. Di belakang Jin ada Taehyung dan Jungkook yang hanya memandang .

" Kalau tak nak tolong Soo Mi...jangan buat Soo Mi macam ni. Biar hyung tolong cuci tangan dia. " kata Jin lembut lalu menarik tangan Soo Mi yang berlapik dengan baju lengan panjang. Soo Mi tidak suka memakai baju lengan pendek sejak sekolah rendah. Tidak tahu kenapa. Suga hanya memandang Soo Mi yang ditarik pergi . Jungkook dan Taehyung juga hanya mengekori dari belakang.

" Jungkook. Taehyung. " panggil Suga yang masih berdiri kaku di situ dan tidak sedikit pun berpaling ke belakang untuk memandang Soo Mi. yang sudah jauh. Taehyung dan Jungkook menghentikan langkah dan berpaling memandang Suga. " Pesan pada ' dia ' , hyung tak suka dia panggil hyung, oppa. " ujar Suga dingin dan terus berlalu pergi.

[ Khemah rawatan ]

Soo Mi hanya memandang kosong lukanya yang sedang dicuci oleh Jin. Kalau sebelum ini lukanya terasa pedih dan sakit, namun ketika ini hatinya lebih sakit. " Hyung! Jimin dengar tangan Soo Mi luka balik. " kata Jimin yang baru tiba di sebelah Jin. Jin hanya mengangguk sambil tekun mencuci luka Soo Mi.

" Hyung. Jimin nak balut luka Soo Mi boleh? " pinta Jimin meminta izin. Jin menganggukkan kepala membenarkan lalu memberikan ruang kepada Jimin untuk membalut. " Pandai ke kau balut Jimin? " tanya Namjoon yang melihat Jimin membalut tangan Soo Mi. " Selalunya yang expert benda ni Jin hyung dengan Suga hyung je. " ujar Jungkook yang tekun melihat Jimin.


To Be Continued ...

[ Completed ] Because Of You | Suga | Where stories live. Discover now