Dua Puluh Tiga [ 23 ]

3.6K 312 15
                                    


Dia cuba mencari rakan kelasnya. " Soo Mi! " panggil satu suara. Soo Mi berpaling ke belakang memandang ke arah suara tersebut. Soo Mi terkedu.

Jimin dan Taehyung melambai tangan sambil tersenyum comel pada Soo Mi. Soo Mi membalas senyuman tersebut kemudian dia berpaling semula ke hadapan untuk meneruskan niatnya. Niatnya ingin melarikan diri daripada mereka. " Soo Mi nak ke mana? " tanya Jimin mengerut dahi. " Cuba lari dari kami ke ? " soal Taehyung.

Soo Mi hanya tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. " Jom ikut kita orang. Jin hyung nak jumpa. " kata Jimin. Akhirnya Soo Mi mengambil keputusan untuk mengikut mereka. Mungkin ada perkara yang penting. Tapi hatinya berdoa supaya tiada lelaki itu.

" Hyung. Ni Soo Mi. " kata Taehyung lalu mengambil tempat di kerusi makan diikuti Jimin. " Hai Soo Mi. Duduklah. " jemput Jin. Soo Mi hanya menggelengkan kepala menolak pelawaan Jin. " Jin oppa nak cakap apa? " tanya Soo Mi. Soo Mi menekup mulut apabila dia mula terasa mual dan kepalanya mula sakit.

" Soo Mi okay ke? 5 hari kita orang tak dapat contact Soo Mi. " kata Jin risau. " Soo Mi makan tak? Makan apa kat rumah? " tanya Namjoon pula. Semua mata memandangnya dengan riak yang jelas terpamer risaunya. Soo Mi menarik sengihan palsu. " Soo Mi okay...." ayatnya tergantung kerana cuba menahan sakit di kepalanya.

" Yah. Taehyung, kookie kata makanan kau nak tu takde. " kata Suga yang berdiri agak jauh di belakang Soo Mi. Pandangan Soo Mi mula kabur sebaik sahaja mendengar suara Suga. Dia hampir jatuh terjelepok ke lantai namun sempat disambut oleh Suga yang berada di belakangnya. Jika tidak, pasti sakit lain yang datang.

" Yah. Kau apehal tetiba pengsan ni? " Suga mula gelabah. Apatah lagi adik beradiknya yang lain sudah mula kelam kabut menyuruh Suga membawa Soo Mi ke bilik kesihatan. Dengan hati separuh rela separuh tak rela, Suga mengendong Soo Mi cara bridestyle ke bilik kesihatan walaupun banyak mata memandang.

[ Bilik kesihatan ]

Soo Mi membuka mata perlahan-lahan untuk melawan cahaya yang mencucuk-cucuk matanya. ' Aku kat mana ni? ' desis hati Soo Mi. Matanya memandang kosong siling di atas dan pandangannya diliarkan ke sekitar bilik. Seketika cuma Soo Mi terkedu apabila matanya tertancap pada seorang lelaki di muka pintu.

Suga menutup pintu bilik rawatan tersebut dengan perlahan dan kaki dibawa ke katil di mana Soo Mi berada. " Lama betul kau pengsan. " ujar Suga lalu menghulurkan segelas air kosong. Soo Mi menyambut huluran tersebut dan air diteguk rakus. Gelas kosong diletakkan di meja berdekatan.

Soo Mi cuba turun dari katil untuk pulang ke kelas. " Kau nak pergi mana? " soal Suga sambil tangannya mengunci pergerak Soo Mi dengan kedua-dua tangannya menekan katil. ( harap faham 😂 ) Soo Mi terkedu. Jantungnya berdegup dengan pantas apabila Suga amat rapat dengannya.

" N-nak balik kelas. " balas Soo Mi tergagap-gagap. Suga menarik senyum. Soo Mi mula pelik. Jarang betul dapat lihat sisi Suga yang ceria tapi dapat pula dia lihat ketika ini. " Kau duduk sini. Lagipun dah dekat waktu balik. Ni pun aku kata aku pergi tandas. Jadi aku masuk kelas dulu. " kata Suga lalu bergerak ke pintu.

" Kalau balik nanti...aku datang sini, kau hilang..siap kau. " ugut Suga tersengih. " Ouh. Lagi satu...jangan risau. Guru kelas kau dengan kawan-kawan kelas kau tahu kau kat sini. Jadi kau tak ponteng. Duduk sini sampai aku datang. " pesan Suga. Terkerdip-kerdip mata Soo Mi menelan pesanan Suga yang agak aneh baginya.

Setelah pintu bilik kesihatan tertutup, Soo Mi menyandarkan badannya ke kepala katil. Kepalanya ligat berfikir apa yang telah berlaku dan sedang berlaku. " Dia keluar kelas semata-mata nak jenguk aku ke? " soal Soo Mi lebih kepada diri sendiri. Kemudian dia menggelengkan kepala menidakkan sangkaannya. " Aniya. Tadi kan dia kata pergi tandas. " nafi Soo Mi.

Apabila loceng berbunyi, Soo Mi berjalan keluar dari bilik kesihatan dan kakinya terarah ke kelasnya untuk mengambil beg dan bertanyakan kerja sekolah. Dia lupa seketika tentang ugutan Suga tadi.

[ Kelas 5 Sains 2 ]

" Yah. Soo Mi! Kau dah okay ke? " soal Hanbin risau. Hye Rin yang berada di situ juga turut risau. " Hehe. Aku okay jela. Mana yang lain? " tanya Soo Mi. " Hari ni kan last sebelum balik kan kat makmal. Jadi dia orang kat sana. " balas Hye Rin. " Dah tu kau orang buat apa kat sini? " tanya Soo Mi lagi.

" Nak bagi beg kau la. Kita orang baru nak gerak ke bilik kesihatan, kau dah datang pulak. " kata Hanbin. Soo Mi mengangguk faham sambil tersengih. Dia mula menggalas beg dan memegang beberapa buku. " Kau ni okay ke ? Larat tak bawa? Kalau tak, aku tolong. " ujar Hye Rin risau. " Aku okay. " balas Soo Mi bersama senyuman pucatnya.

Soo Mi, Hye Rin dan Hanbin memandang ke arah pintu yang terbuka luas apabila mendengar suara tapak kaki orang berlari. Mereka berpandangan sesama sendiri. Tiba-tiba muncul seorang lelaki di muka pintu dengan wajah yang termengah-mengah dan nafasnya tidak teratur mungkin penat berlari.

" Eo? Annyeonghaseyo Yoongi sunbae-nim " sapa Hanbin dan Hye Rin serentak lalu menundukkan sedikit badan mereka. Yoongi hanya mengangkat tangan dan tersenyum. Soo Mi hanya terkaku di situ. " Yah Soo Mi. Aku suruh kau tunggu kat bilik kesihatan kan? " marah Suga.

Soo Mi hanya menunjukkan wajah tidak bersalahnya. Dia mengalihkan kembali pandangannya pada Hanbin dan Hye Rin. " Aku nak tahu pasal kerja sekolah hari ni. " kata Soo Mi lalu mengeluarkan buku nota dari begnya.

" Balik karang la tanya. Sekarang balik. " arah Suga. Taehyung dan Jimin yang berada di muka pintu kelas Soo Mi hanya tersengih melihat perangai Suga. " Hye Rin...cepatlah bagitau. " desak Soo Mi. Soo Mi cuba tidak menghiraukan Suga.

Suga mula geram. Dia mengambil beg galas Soo Mi dan diberikan kepada Taehyung . Manakala buku yang selebihnya diserahkan pada Jimin. Taehyung dan Jimin hanya menurut. " Kau orang balik dulu. Nanti hyung balik dengan Soo Mi. " kata Suga.

" Weyh...Hanbin...cepatlah bagi..." belum sempat Soo Mi menghabiskan ayatnya, dia mula terasa mual dan sakit di kepalanya datang kembali. Dia hampir jatuh tapi sempat berpaut di meja yang berdekatan dengannya.

Suga segera mendapatkan Soo Mi. " Degil la kau nih. " marah Suga lalu memimpin Soo Mi keluar dari kelas untuk pulang. " Hye Rin...nanti tolong whatsapp dia. Jumpa esok. " ucap Suga sebelum mereka berdua hilang dari pandangan Hanbin dan Hye Rin. Hanbin dan Hye Rin berpandangan sesama sendiri sebelum menjongket bahu.

To Be Continued ...

Maaflah tak best. Abaikan typo. 😌

[ Completed ] Because Of You | Suga | Where stories live. Discover now